TGV Cinemas Tayangkan INDEPENDENCE DAY PERCUMA

TGV Cinemas Tayangkan INDEPENDENCE DAY PERCUMA | Masih ingatkah lagi anda pada filem “Independence Day” lakonan Will Smith, Jeff Goldblum, Bill Pullman and Mary McDonnell? Filem ini ditayangkan sekitar tahun 1996 yang mengisahkan bumi telah diserang oleh makhluk asing. Sekumpulan pejuang dari seluruh dunia bergabung bagi menyelamatkan bumi pada tarikh 4 Julai yang bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat. Jika ingat-ingat lupa, ini ada berita baik yang dibawakan oleh TGV Cinemas!

White House Blown Up in Independence Day
Rumah Putih diserang oleh kapal makhluk asing

Tonton Independence Day PERCUMA!

TGV Cinemas, salah satu peserta pameran dan operator pawagam multipleks yang utama di Malaysia telah berkerjasama dengan Twentieth Century Fox mengajak penonton wayang tegar untuk bersama-sama menentang pencerobohan makhluk asing dalam filem sekuel INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE. TGV Cinemas akan menayangkan filem asal Independence Day (1996) secara PERCUMA! di rangkaian TGV Cinemas terpilih di seluruh negara bermula pada 11, 12, 18 dan 19 Jun 2016.

independence-day-poster
Tayangan Percuma Independence Day (1996)

Tak cukup dengan tayangan PERCUMA!, penonton yang hadir berpeluang memenangi tiket-tiket pratonton filem INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE, yang mana pemenang bertuah tersebut akan menjadi antara yang terawal menonton filem tersebut pada 21 Jun 2016, 2 hari sebelum tarikh rasmi tayangan, kata Celeste Koay, Ketua Perkhidmatan Pemasaran TGV Cinemas.

independence-day-film-header-v4-front-main-stage
INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE

Tarikh & Waktu Tayangan Independence Day PERCUMA!

Bagi yang berminat untuk menonton tayangan filem Independence Day (1996) boleh mendapatkan tiket mereka di kaunter khas pawagam terpilih satu jam sebelum tayangan bermula. Disertakan di sini senarai pawagam, tarikh dan masa tayangan tersebut:

Waktu Tayangan Independence Day
Tarikh & Waktu Tayangan Independence Day (1996)

Anda juga boleh merujuk ke laman web TGV Cinemas www.tgv.com.my atau Facebook www.facebook.com/tgvcinemas untuk maklumat pawagam terpilih dan waktu tayangan. Selamat Menonton!

About TGV Cinemas Sdn Bhd

TGV Cinemas
TGV Cinemas

TGV Cinemas Sdn Bhd (TGV Cinemas) is one of Malaysia’s biggest operators and owners of premier multiplexes. Located in major shopping centres in Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Johor, Terengganu and now in Sarawak, TGV Cinemas has 32 multiplexes with 251 screens and some 42, 828 seats in its fold. TGV Cinemas commits to providing the best cinema experience to moviegoers out there. One of the ways to enhance the cinema going experience is through its exclusive partnership with IMAX Corporation. Currently, there are four Maybank-IMAX theatres in Malaysia, namely in TGV Gurney Paragon, TGV Tebrau, TGV 1 Utama and TGV Sunway Pyramid. In addition, TGV Cinemas also introduced innovative concept dining experience like Chill*X and halls like Beanie and INDULGE, which is their luxury cinema in TGV Cinemas 1 Utama.

More information about the company can be found at www.tgv.com.my. You may also connect with TGV Cinemas on Facebook (www.facebook.com/tgvcinemas), Twitter (www.twitter.com/tgvcinemas) or LINE (@TGV Cinemas).

Me’nate Steak Hub Sajikan Istimewa Ramadan 2016

Me'nate Ramadan Menu 2016-promo

Me’nate Steak Hub Sajikan Istimewa Ramadan 2016 | Setahun telah berlalu dan bulan Ramadan akan menjelang kembali. Dan sekali lagi Naz berkesempatan untuk menghadiri Me’nate Steak Hub ‘Ramadan Preview’ buat kali ke-2.

Me'nate Istimewa Ramadan1

Bertempat di cawangan yang terletak di Starpac Point, Setapak (berhadapan Setapal Central) untuk memperkenalkan juadah berbuka puasa sempena Ramadan 1437H yang bakal menjelma.

(more…)

Seafood di SHELL ‘N’ Bayan Lepas

SHELL 'N' - Main

Lama dah tak update blog, maklum la busy dengan kerja. Pada Selasa lepas, NAZ berada di Seberang Perai pun atas urusan kerja. Seperti biasa, waktu sebegini ambil peluang untuk “jalan jalan cari makan”…. Baru men’google’ tempat yang nak dituju tiba-tiba member ajak ke kedai sepupu dia yang baru bukak….. kedai seafood seperti konsep Shell Out dan Ocean Houz di Lembah Klang. So kita pun bersetuju untuk terjah ke SHELL ‘N’ (shell-in) di Bayan Lepas.

ShellN-Poster1
Untuk tempahan boleh hubungi SHELL ‘N’ di talian 013-2860288

(more…)

THE TRANSPORTER REFUELED 3 September

TR_FBcovernew

THE TRANSPORTER REFUELED 3 September Kepada peminat-peminat cerita lasak The Transporter, jangan lepaskan peluang ke pawagam yang terdekat bagi menyaksikan THE TRANSPORTER REFUELED pada 3 September nanti.

TransporterRNEW_poster27x39-01
Watak Frank Martin kini dilakonkan oleh Ed Skrein…

Seperti biasa, kalau cerita The Transporter mesti penuh dengan aksi kejar mengejar kereta Audi hitam ni…

Tak kurang juga dengan aksi lawan hero dengan penjahat…. Ed Skrein memegang watak Frank memang best dan kagum dengan gaya lakonan beliau.

Sebuah plot jalan cerita yang menarik di mana Frank terpaksa menyelamatkan ayahnya yang telah diculik dan dipercayai diracun. Penuh dengan tipu daya sekumpulan wanita yang ingin membalas dendam bagi mencapai objektif mereka walaupun terpaksa berdepan dengan kematian. Sungguh menarik!

Nantikan kemunculan THE TRANSPORTER REFUELED!

HELLO KITTY GO AROUND!! DI MALAYSIA

HELLO KITTY Logo

Disember ini, dunia Hello Kitty akan dibawakan khas dari Hong Kong ke Malaysia! Sebuah acara eksklusif Hello Kitty bertemakan karnival dengan pelbagai aktiviti interaktif dan juga peluang untuk bertemu dengan Hello Kitty!

HELLO KITTY GO AROUND!! DI MALAYSIA  |  Pada bulan Disember ini, Kuala Lumpur bakal mengalami gelombang keceriaan yang tiada bandingan dengan kunjungan daripada karakter klasik popular, Hello Kitty dan rakan-rakannya dari Sanrio dalam acara Hello Kitty terbesar dan terhebat di negara ini – “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”. Bakal berlangsung dari 19 Disember 2015 hingga 19 Januari 2016 di VIVA Home Expo, acara Hello Kitty yang unik ini menjanjikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan bersama keluarga. Acara ini bersesuaian dengan semua peringkat umur, tidak kiralah jika anda peminat Hello Kitty atau tidak.

HELLO KITTY Media Key Art
HELLO KITTY Go Around in Malaysia

(more…)

%d bloggers like this: