2 Animasi Primeworks Studios Memeriahkan Aktiviti Ramadan Raya 2019

Ejen-Ali---Ramadan-Raya-2019-(FINAL) (1)

2 Animasi Primeworks Studios Memeriahkan Aktiviti Ramadan Raya 2019 | Siri animasi utama dengan usahasama Primeworks Studios dan Wau Animation Sdn Bhd iaitu Ejen Ali akan bersama-sama turun padang bagi memeriahkan sambutan Ramadan Raya pada tahun ini. Menerusi acara Ramadan Raya ini juga Primeworks Studios bakal  memperkenalkan  sebuah siri animasi baharu iaitu Alif & Sofia kepada peminat animasi pada waktu yang sama.

Ramadan Raya

Kedatangan Ramadan dan kemeriahan Raya memang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat di Malaysia.  Bersempena dengan kempen Ramadan Raya, Primeworks Studios juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan setahun sekali menerusi penganjuran aktiviti lapangan.  Acara ini dianjurkan bersempena kempen “Setulus Ikhlas” Media Prima Berhad bagi menimbulkan rasa tulus dan ikhlas dalam mendidik jiwa dalam setiap perbuatan.

Siri animasi utama dengan usahasama Primeworks Studios dan Wau Animation Sdn Bhd iaitu Ejen Ali akan bersama-sama turun padang bagi memeriahkan sambutan Ramadan Raya pada tahun ini. Menerusi acara Ramadan Raya ini juga Primeworks Studios bakal  memperkenalkan  sebuah siri animasi baharu iaitu Alif & Sofia kepada peminat animasi pada waktu yang sama.

Ramadan Raya - Ejen Ali

Semangat Ramadan Raya Primeworks Studios dimulai dengan acara kerjasama oleh pihak Sunway Velocity Mall melalui aktiviti animasi Ejen Ali yang bermula pada 18hb hingga 20hb Mei 2019 (Sabtu hingga Isnin) bertempat di Main Atrium, Sunway Velocity di Cheras Kuala Lumpur. Penampilan kali kedua Ejen Ali dan Ejen Alicia di pusat membeli-belah ini selama tiga hari dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pertandingan mewarna, sesi bertemu peminat dan interaksi  permainan istimewa untuk peminat siri animasi popular, bermula dari jam 12.00tengahari hingga 7.00malam

“Kami teruja dengan kedatangan Ramadan Raya kali ini kerana buat pertama kalinya Primeworks Studios membawakan gabungan dua (2) siri animasi popular Ejen Ali dan Alif & Sofia lebih dekat ke hati para peminat setia rancangan ini. Menerusi inisiatif yang dianjurkan akan memberi peluang untuk peminat berinteraksi dengan karakter siri animasi ini.” kata Airin Zainul, Pengarah Unit Aset Digital, Pelesenan &  Pembarangan.

Bagi meneruskan kempen Ramadan Raya pada tahun ini pihak Primeworks Studios juga ingan berkongsikan kemeriahan dengan melancarkan sebuah lagi animasi baharu berkolaborasi bersama Blindspots Studios. Majlis pelancaran siri animasi baharu Alif & Sofia  akan diadakan secara umum bertempat di ruang legar Central i-City Mall, Shah Alam pada hari Sabtu,  25hb Mei 2019 bermula jam 3.00petang.  Pelancaran pada hari tersebut akan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk kehadiran ‘voice cast’ (pelakon suara) karakter Alif & Sofia. Turut sama menceriakan keseluruhan acara kempen Ramadan Raya ini adalah penampilan Ejen Ali dan Ejen Alicia yang akan memanaskan pentas sebelum acara pelancaran berlangsung.

Ramadan Raya - Alif & Sofia

“Alif & Sofia merupakan siri animasi yang menampilkan dua karakter kanak-kanak yang dinamik membawa penonton mempelajari mengenai asas-asas pembelajaran  Islam di saluran YouTube. Kami berharap dengan tercetusnya siri ini penonton dapat menyelami nilai-nilai murni sekaligus memberikan sesuatu yang bermakna di bulan Ramadan ini.” tambah Airin Zainul.

Alif & Sofia

Pada yang terlepas peluang, Alif & Sofia sekali lagi akan berjanji temu pada hari Ahad 26hb Mei 2019, dari jam 11.00pagi hingga 4.00petang di Central i-City Mall. Manakala Ejen Ali akan  berada di  Melaka, di Ground Floor, Freeport A’Famosa bermula jam 12.00tengahari hingga 9.00malam. Peminat Ejen Ali di Melaka berpeluang menyertai aktiviti yang disediakan seperti peraduan mewarna, IRIS DIY dan bergambar bersama maskot karakter kesayangan, Ejen Ali dan Ejen Alicia.

Jadual Event

Rasai ketulusan Ramadan dengan sajian acara istimewa animasi popular Primeworks Studios.

Leave a Reply