20th Century Fox World Theme Park di Genting Highlands

Genting GITP

Ice Age, Avatar, Rio, Night At The Museum, The Wolverine dan banyak lagi karakter 20th Century Fox World akan berada di Genting Highlands menjelang 2016. Ini merupakan Pelan Pelancongan Bersepadu Genting atau dikenali dengan Genting Integrated Tourism Plan (GITP) yang akan menelan belanja sebanyak RM5 Billion. Ia adalah rancangan induk 10 tahun yang melibatkan pembangunan, pembesaran, peningkatan dan pengubahsuaian hotel-hotel, infrastruktur dan sebuah taman tema 20th Century Fox World Park yang pertama di dunia.

GITP

Bertempat di Genting International Showroom (GISR), Genting Grand Hotel, Resorts World Genting berlangsung acara perasmian “Genting Integrated Tourism Plan (GITP) dan 20th Century Fox World Theme Park” yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Acara dimulakan dengan ucapan dari Tan Sri Dato’ Lim Kok Thay, Pengerusi dan CEO, Genting Malaysia Berhad yang menerangkan pelan pembangunan Genting kepada para hadirin. Disusuli dengan ucapan dari Mr. Jeffrey Godsick, President 20th Century Fox – Produk Pelanggan. Mr. Jeffrey juga telah menayangkan rakaman ucapan Mr. Jim Gianopulos, Pengerusi dan CEO Fox Filmed Entertainment.

 VVIP Speeches

Tiba giliran YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan Perdana Menteri telah menyatakan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2014 iaitu kedatangan sebanyak 28 juta pelancong asing dengan anggaran pendapatan sebanyak RM76 Billion. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Genting Malaysia atas pelan transformasi mega ini.

Launch gambit

Seterusnya kesemua VVIP berada di pentas untuk acara perasmian majlis. Yang menarik adalah ‘launch gambit’ yang mana karakter Ice Age… Scrat (tupai) membawa masuk replika biji oak dan disampaikan kepada Perdana Menteri. Apabila biji oak tersebut masuk ke bungkah ais lalu tayangan terpancar di skrin besar menandakan majlis telah dirasmikan. Selesai sahaja majlis tersebut satu sidang media diadakan bagi para wartawan bertanya soalan.

Fakta-fakta menarik GITP dan 20th Century Fox World Park:

  • Hotel baru bertaraf 3-Bintang (bersebelahan First World Hotel) yang menawarkan 1,300 bilik.
  • Menaiktaraf infrastruktur dan kelengkapan Hotel Genting Grand, Maxims, Resort Hotel, Theme Park Hotel dan First World Hotel.
  • Sebuah arena persembahan yang boleh memuatkan sebanyak 10,000 penonton di Resort World Genting.
  • Pembinaan station kereta kabel baru dengan100 gondola yang boleh membawa naik pelawat seramai 4,000 orang dalam masa 1 jam.
  • Pembinaan tempat letak kereta bertingkat yang akan menambah 1,300 ruang letak kereta dan juga ruang letak bas.
  • Pembukaan Genting Premium Outlets (GPO) di kawasan pertengahan bukit (sekitar Awana Resort) yang menawarkan jenama antarabangsa terdiri dari produk fasyen, pakaian sukan, barangan kulit, aksesori fasyen dan lain-lain lagi.
  • Pembinaan 20th Century Fox World Park yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1 Billion.

nazlannasirKeseluruhan projek ini dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2016. Jadi boleh mula untuk kumpul duit untuk berbelanja di sana. Teruja dan menantikan saatnya sahaja.

 

Leave a Reply