4-Dalam-1 Bufet Makan Malam di Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Chef dengan sajian 4-dalam-1 bufet makan malam

4-Dalam-1 Bufet Makan Malam di Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam | Baru sahaja selesai promosi makanan bulan Merdeka, dan kini Restoran Royale Songket di Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan tema terbaharu mereka iaitu 4-Dalam-1 Bufet Makan Malam. Bufet makan malam yang mewah ini mengetengahkan empat tema utama iaitu BBQ dan Grill, Masakan Itali, Makanan Jepun dan menu Kegemaran Malaysia.

4-dalam-1 bufet makan malam restoran royale songket poster

Untuk permulaan, anda boleh membuat pilihan pelbagai pembuka selera yang boleh didapati di kawasan hidangan pembuka selera dan salad bar seperti Salad, Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carrot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn, Gado – Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil Salad with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments.

BBQ dan Grill

Seperti biasa tumpuan utama bufet makan malam ini semestinya BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station), di mana pengunjung dapat menikmati hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza. Selain itu, pengunjung boleh juga mencuba menu di gerai Seafood on Ice yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang. 

Grill Lamb Cutlet
Pizza
Seafood on Ice

Selain daripada gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station) dan Seafood on Ice, sajian bufet ini turut menghidangkan menu masakan kegemaran Malaysia. Antaranya yang popular seperti Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis.

Satay
Masakan Kegemaran Malaysia

Terdapat juga gerai Jepun yang semestinya menarik minat pencinta makanan Jepun seperti Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati masakan Barat seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boleh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood.

Masakan Itali yang menjadi salah satu tema bufet makan malam ini juga boleh di dapati di gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos. Di gerai ini juga, terdapat pelbagai pilihan masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices, French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini. Antara menu lain yang ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung.

Bagi menambah kemeriahan pada bufet makan malam ini, kumpulan pastri kami menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut. Antaranya, Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago Soup, Mango – Mandarian Pudding dan banyak lagi!

puding
kk
red valvet

4-Dalam-1 Buffet Dinner di Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam berlangsung pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga yang ditawarkan ialah RM 95.00+ bagi seorang dewasa, manakala, RM47.00+ bagi setiap kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 11 tahun. Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke telemarketing@bluewavehotels.com. Layari laman web kami www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply