5 jenis pekerjaan yang anda tidak ketahui sebenarnya menggunakan WD-40

WD-40 untuk pekerjaan lain juga

5 jenis pekerjaan yang anda tidak ketahui sebenarnya menggunakan WD-40 | Hampir ditemui di setiap garaj atau bengkel di seluruh dunia, WD-40, bermaksud Water Displacement Formula (Menghilangkan kelembapan) yang berjaya disempurnakan pada percubaan ke-40, sering dikaitkan dengan penjagaan dan penyelenggaraan automotif, sebernanya mempunyai beribu kegunaan.

bengkel

Salah satu fungsi utama, seperti namanya “Water Displacement” ia bertindak sebagai pencegah kelembapan dan hakisan, ia juga boleh digunakan sebagai pembersih gris dan kesan gam yang melekit, pengilat, dan juga pelarut (untuk melarutkan bahan jenis polikarbonat atau lilin).

Fungsi – fungsi ini menjadikan WD-40 produk yang hebat untuk pekerjaan seperti tukang emas, ahli sukan, pengumpul duit syiling, pembuat kasut, dan pemuzik!

Untuk tukang emas, WD-40 berfungsi sebagai pengilat untuk barang perak supaya kembali bersinar, dan membantu membersihkan dan mencegah karat pada barang kemas.

WD-40 - tukang emas

Untuk ahli sukan, senarai perkara yang boleh dilakukan oleh WD-40 boleh mencapai beberapa halaman. Iia boleh melincirkan dan membersihkan peralatan sukan (sama ada golf, raket atau tongkat kayu) dan melindunginya daripada berkarat, menyingkirkan kelembapan (rantai basikal, peralatan menyelam skuba dan bahagian bot) membantu melancarkan brek kasut roda, sekali gus menghentikan gangguan pada mesin sukan anda, dan banyak lagi.

WD-40 - sukan

Untuk pengumpul syiling, WD-40 telah digunakan selama bertahun-tahun untuk membantu membersihkan syiling lama dan mengembalikan kilauan asalnya, tanpa menghakis permukaan atau merosakkan reka bentuk syiling terbabit.

WD-40 - pengumpul syiling lama

Untuk pembuat kasut, WD-40 membantu menyingkirkan kesan lilin yang digunakan pada kasut, melincirkan cangkuk kasut, menjadikan kasut kulit yang lama lebih lembut dan lentur semula, mengembalikan kejernihan kasut plastik, membaiki peralatan pembersih kasut dan melincirkan gandar (roda) pada penggilap kasut.

WD-40 - Tukang Kasut

Untuk pemuzik, WD-40 amat popular di kalangan pemuzik untuk penjagaan alat muzik. Menurut pengguna yang sudah tertahun-tahun menggunakannya untuk penjaggaan instrumen menyatakan bahawa tali instrumen boleh tahan lebih lama jika dirawat dengan WD-40. Ia juga membantu melincirkan skru penala ‘halus’ pada instrumen bertali, mencegah tali piano daripada berkarat, dan membersihkan rak muzik.

WD-40 - pekerjaan ahli muzik

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai WD-40, sila layari https://wd40.asia

Leave a Reply