5 Lagi Solusi Kepakaran Dari WD-40 Untuk Penyelenggaraan

WD-40 Solusi Kepakaran

5 Lagi Solusi Kepakaran Dari WD-40 Untuk Penyelenggaraan |  Kita semua sedia maklum bahawa setiap tugas yang berlainan memerlukan peralatan yang berbeza. Hal ini terjadi bagi beberapa pekerjaan yang sukar atau rumit, yang mana memerlukan produk yang direka khusus untuk penggunaan tertentu.

WD-40 produk solusi kepakaran anada

Menyedari perkara ini, WD-40® memperkenalkan barisan produk solusi kepakaran WD-40® pada tahun 2011. Formulasi khas yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan khusus para pengguna profesional, barisan produk ini membantu juruteknik supaya pekerjaan spesifik mereka dapat dilakukan dengan lebih cekap dan mantap.

Seiring dengan evolusi Sains & Teknologi, WD-40® telah menambah 5 penyelesaian baharunya ke dalam barisan produk solusi kepakaran WD-40® untuk melengkapkan lagi keperluan penyelenggaraan anda.

Berikut adalah 5 tambahan baru dalam barisan solusi kepakaran WD-40®. Lihat sama ada tugasan atau pekerjaan anda memerlukan bantuan Pakar!

WD-40® SPECIALIST FOOD GRADE SILICONE SPRAY

Direka khas untuk industri pengedalian makanan dan pemprosesan makanan, ia tidak berwarna, tidak berbau, membentuk filem tanpa warna yang memberi pelinciran dan melindungi permukaan seperti plastik, getah, logam, kaca, kayu dan banyak lagi.

WD-40 - Silicone Spray

Ia adalah agen yang terbaik untuk menyisihkan dan mengeluarkan garisan makanan, pengadun, pencetak, rantai rol, tali sawat, penggelek dan lain-lain.

WD-40® SPECIALIST DUST FREE AIR DUSTER

Penghapus debu udara ini sangat berkesan menghilangkan habuk dan kotoran dengan mudah. Tidak kesat dan tidak menghakis, produk ini mudah digunakan dalam membantu menjaga peralatan elektronik, barangan isi rumah, bengkel, dan memberi kenderaan bebas daripada habuk, serpihan, serbuk dan sebagainya- tanpa meninggalkan sebarang sisa.

WD-40 - Air Duster

Ia selamat digunakan pada permukaan plastik dan peralatan ketepatan halus (contohnya; kamera, mikroskop, pencetak dan komputer riba).

WD-40® SPECIALIST HIGH PERFORMANCE SPRAY GREASE

Kualiti premium, pelinciran yang tahan lama untuk permukaan logam, produk ini dirumus khas bagi kegunaan di kawasan yang memerlukan pelinciran lebih lama dan perlindungan daripada hakisan.

WD-40 - Performance Spray Grease

Ia tidak menitis, kerana dicipta dengan sifat lekatan dan kedapan yang sangat baik untuk memberi ketahanan terhadap air. Produk ini boleh digunakan di keseluruhan kawasan kediaman, industri dan premis (contohnya; kendi, gear, rantai, bolt dan nut, paip, pili, jentera)

WD-40® SPECIALIST MULTI-PURPOSE CUTTING OIL

Produk ini direka untuk menggelakkan lubang dan kerosakan logam, untuk memudahkan pemprosesan logam secara mekanikal dengan mengurangkan pengumpulan haba dan daya geseran.

WD-40 - Cutting Oil

Ia mengurangkan tenaga pemotongan dan meningkatkan kecekapan pemotongan dan sesuai digunakan bagi semua jenis logam. Dengan bahan tambahan tekanan tinggi dan anti-geseran, ia juga meningkatkan kemasan mesin dan memanjangkan hayat peralatan.

WD-40® SPECIALIST RUST REMOVAL SOAK

Produk ini menghilangkan karat dengan cepat dan melarutkannya tanpa merosakkan bahagian atau cat di sekitarnya. Tidak bertoksik, tidak mudah terbakar, dan boleh dibiodegradasi, ia sesuai untuk membaiki bahagian berkarat logam tanpa perlu mengikis, menyental atau menggosok.

WD-40 - Rust Removal Soak

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barisan siri produk kepakaran WD-40®, boleh melayari https://wd40.asia/SpecialistNewSoloutions.


MENGENAI SYARIKAT WD-40®

Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran.

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist TM Automotive

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.

Leave a Reply