AEON Charity Run and Ride 2019 Membantu Golongan Yang Memerlukan

AEON-Registration-rev-4Poster-2 (1)

AEON Charity Run and Ride 2019 Membantu Golongan Yang Memerlukan | Kebanyakan dari kita mempunyai kehidupan yang selesa dengan apa yang kita ada, masih ada orang di luar sana yang berjuang untuk memenuhi keperluan. Yayasan AEON Malaysia (MAF), buat kali pertama akan menjadi tuan rumah acara AEON Charity Run & Ride 2019 dalam usaha untuk mewujudkan sifat memberi kembali kepada masyarakat yang layak dengan menjemput rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan sambil menjaga kesihatan.

AEON Charity Run and Ride 2019 poster

AEON Charity Run & Ride 2019, yang bertujuan untuk menyokong golongan yang kurang bernasib baik akan diadakan pada hari Ahad, 16hb Jun 2019 di AEON MALL di Nilai, Negeri Sembilan, bermula pukul 6.30 pagi dan akan berakhir pada 10:00 pagi .

AEON Charity Run

Shinobu Washizawa, Naib Presiden MAF berkata, “Charity Run & Ride ini sangat bermakna kerana ia memberi peluang kepada peserta untuk bersenam bersama keluarga dan rakan mereka sambil menyumbang ke arah kebaikan. Adalah sangat mengembirakan mengetahui bahawa mereka berlari atau berbasikal untuk tujuan yang lebih besar daripada diri mereka sendiri. Mengutamakan kepentingan orang lain menjadi motivasi kepada diri mereka”.

AEON Charity Run & Ride 2019 akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu larian 6KM dan menunggang basikal 18KM. Peserta akan berpeluang untuk memilih mana-mana kategori dan menyumbang ke arah tujuan tertentu. Sebanyak tiga organisasi amal telah dikenalpasti dan individu dapat memilih kumpulan amal yang mana mereka ingin membuat larian atau berbasikal.

Kategori Run and Ride
Info acara

Pelari berpengalaman dan amatur atau pelumba digalakkan dan dialu-alukan untuk menyertai acara ini dan merebut peluang untuk membuat perbezaan dalam kehidupan orang yang memerlukan. Acara ini dibuka kepada orang ramai, pelajar dan ahli AEON. Individu yang berdaftar akan menerima satu pakej perlumbaan yang terdiri daripada t-shirt dan bib yang direka khas pada 14 Jun dan 15 Jun di AEON MALL Nilai, Negeri Sembilan, AEON MALL Taman Maluri dan AEON MALL Shah Alam.

Set pendaftaran AEON Charity Run and Ride
Finisher Medal AEON Charity Run and Ride

MAF telah menggumpul dana lebih daripada RM 11 juta dalam tempoh 15 tahun yang lalu dan telah menyumbang kepada rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan. Dana yang terkumpul telah disalurkan ke arah menjalankan pelbagai acara dan lawatan untuk menyokong golongan kurang bernasib baik semasa musim perayaan; menyediakan bantuan perubatan, menawarkan bantuan pendidikan, dan bantuan kecemasan kecemasan.

“Kami dapat mencapai matlamat ini melalui sokongan yang besar daripada kerjasama perniagaan kami dan orang ramai. Dalam usaha kami untuk terus menjangkau golongan yang memerlukan, kami menjemput setiap orang untuk menyertai kami di AEON Charity Run & Ride dan berkomitmen untuk membuat perbezaan dalam kehidupan orang yang kurang bernasib baik, “kata Washizawa.

Peserta di acara itu nanti boleh menjangkan satu perlumbaan menarik yang dipenuhi dengan suasana persahabatan, laluan yang mencabar dan sorakan yang baik, semuanya bagi menyokong tujuan yang baik. Banyak cabutan bertuah yang menarik dan Goodies untuk dimenangi.

Yuran penyertaan antara RM45.00 hingga RM70.00 bagi setiap orang. Ahli AEON juga boleh mendaftar melalui Aplikasi AEON Wallet dan menikmati harga Ahli AEON istimewa. Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web – http://www.racexasia.com/event/aeon-charity-run-ride-2019/. Jangan lepaskan peluang dan daftar pada 16 Mei 2019.

Aktiviti AEON Charity Run and Ride

Jom beramai-ramai menyertai kami di AEON Charity Run & Ride 2019. Penyertaan anda akan memberi perbezaan dalam kehidupan orang yang kurang bernasib baik.

Leave a Reply