Aiman Tino Berniaga Dengan Sweet Aiman

Kitepunye - Sweet Aiman

Aiman Tino Berniaga Dengan Sweet Aiman |  Lagu “Ku Rela Di Benci” yang berkumandang di corong-corong radio telah melonjakkan nama Aiman sebaris penyanyi popular yang lain dan terus mendapat perhatian ramai apabila dia turut terpilih beraksi di pentas akhir Juara Lagu tahun 2016 [kredit video TV3Malaysia Official].

 

Aiman Tino, atau nama sebenarnya Mohd Aiman bin Yusri, 18, kini mula  melibatkan diri dalam dunia perniagaan selain dari “showbiz” yang biasa dilalui dalam rutin hariannya. Sebelum ini, Aiman juga pernah menjual pelbagai jenis barang cenderamata kepada peminatnya ketika mengadakan persembahan di seluruh Malaysia. Menyedari akan perkara itu maka timbul lah idea untuk Aiman mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan beliau sendiri yang diberi nama ”Sweet Aiman”.

Aiman Tino dengan Sweet Aiman

Dengan kerjasama bersama Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd (“Wonder Glow), kini Aiman mampu merialisasikan cita- citanya itu. Aiman berasa amat berpuashati dengan tiga produk yang kini sudah berada di pasaran iaitu:

 

3D Cream DD Mineral Cushion
3D Cream DD Mineral Cushion
Cherry Brite HD
Cherry Brite HD
Candy Cherrie Brite
Candy Cherrie Brite

Bagi Aiman ini satu kepuasan pada dirinya apabila produk ini sudah mendapat perhatian di pasaran apatah lagi ia dihasilkan khas buat peminat-peminat perempuannya.

Wonder Glow amat berbesar hati  dapat berkerjasama dengan Aiman iaitu seorang artis muda yang berwawasan dan berbakat. Setelah hampir enam (6) tahun bertapak dalam industri kosmetik, Wonder Glow yakin dan percaya bahawa produk-produk ini akan mendapat tempat di kalangan peminat-peminat Aiman.

Pihak Wonder Glow juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Mydin Malaysia atas tajaan lokasi promosi untuk bertemu peminat seperti berikut:

  1. Mydin Senawang, Negeri Sembilan -23 Mac 2017, 5 petang
  1. Mydin City One, Sarawak – 8 April 2017, 3.30 petang
  1. Mydin Samariang, Sarawak -29 April 2017, 3.30 petang

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Sweet Aiman, sila hubungi +6010 7094042. Produk-produk Aiman juga boleh didapati di kiosk-kiosk Wonder Glow seperti berikut:

  1. Lot 2-2-21 Busana Menara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
  2. Lot KF5, Level 1, AEON Mall Shah Alam, No 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
  3. F45 Tingkat 1 & Tingkat 2, Kluang Parade, Jalan Sentul, 86000 Kluang, Johor
  4. Lot F38, level 1, AEON Kota Bharu, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang produl Sweet Aiman, boleh lawati Instagram sweetaiman360 dan juga laman web www.sweetaiman360.com.

Leave a Reply