Alami Keriangan Expressions of Christmas di eCurve

ecurve

Alami Keriangan Expressions of Christmas di eCurve | Nantikan sambutan penuh kemeriahan di eCurve musim Krismas ini! Para pengunjung bakal disajikan dengan kempen yang bertemakan Expressions of Christmas yang menggabungkan elemen seni grafiti dan Krismas ke dalam sebuah sambutan yang unik dan meriah.

Bermula 29 November hingga 25 Disember 2019, kawasan Centre Atrium bakal diubah menjadi sebuah laluan yang cukup moden dan bergaya serta lengkap dengan lukisan dinding grafiti Santa Claus, serta elemen Krismas. Terdapat juga pokok-pokok Krismas yang pastinya akan membuatkan para pengunjung dari pelbagai lapisan umur mendapat pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Lebih menarik lagi, terdapat juga persembahan muzikal yang cukup bertenaga menggunakan perkakasan harian yang diperbuat daripada besi yang pasti akan membuatkan para penonton teruja! Persembahan ini akan turut menampilkan tarian kontemporari dan koreografi yang menggabungkan lagu-lagu Krismas dan irama hip hop. Anda boleh menyaksikan persembahan ini pada setiap hujung minggu dan cuti umum pada jam 3 petang dan 6 petang!

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ahli karol mempersembahkan lagu Krismas klasik serta peluang untuk bertemu Santa dan Santarina bermula dari 14 Disember.

Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Kompleks, eCurve berkata, “Di eCurve, kami sentiasa ingin menawarkan pengalaman yang baru kepada para pengunjung. Oleh itu, setiap aspek kempen Expressions of Christmas pasti akan memberikan keseronokan musim Krismas kepada semua pengunjung kami. Krismas lebih bermakna apabila disambut bersama-sama dan kami berharap agar para pengunjung akan dapat menikmati suasana yang meriah ini.”

Para pengunjung juga boleh menikmati Krismas di eCurve dengan hadiah istimewa. Pengunjung yang berbelanja minimum sebanyak RM180 dalam dua resit sepanjang tempoh kempen berlangsung layak untuk menebus sekaki payung “Colour My Day”, yang direka khas dengan rekaan grafiti bertemakan Krismas. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat sementara stok masih ada.

Bukan itu sahaja! Ganjaran menarik turut menanti pengguna Boost di eCurve. Sepanjang kempen Krismas di eCurve, pengunjung yang berbelanja RM100 menggunakan aplikasi e-wallet Boost di kedai-kedai yang mengambil bahagian akan mendapat bayaran balik tunai sebanyak RM10. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Krismas eCurve, hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook di www.facebook.com/eCurveMall atau laman Instagram eCurve di www.instagram.com/ecurve_official (ecurve_official).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *