Alat CreditScore BM Yang Percuma Oleh iMoney Menjadikan Semakan Kesihatan Kewangan Lebih Mudah

imoney-group-squarelogo

Alat CreditScore BM Yang Percuma Oleh iMoney Menjadikan Semakan Kesihatan Kewangan Lebih Mudah | iMoney telah melancarkan alat skor kreditnya yang percuma, iaitu CreditScore iMoney, dalam Bahasa Malaysia bersama dengan kempen #JomSkor digital mereka. Versi Bahasa Malaysia ini, dan juga kempen #JomSkor, bertujuan memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia menyemak skor kredit mereka dan mengambil langkah sewajarnya dalam meningkatkan kesihatan kewangan mereka. Kempen #JomSkor akan bermula hari ini hingga akhir Ogos.

Alat CreditScore iMoney yang kini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

Alat CreditScore iMoney yang kini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia menawarkan pengguna dengan gambaran ringkas dan percuma tentang kedudukan kewangan mereka. Ia juga memberikan nasihat peribadi tentang cara memperbaiki kesihatan kredit dan memperoleh penjimatan daripada produk kredit. Dengan menawarkannya dalam dua bahasa, iMoney menjadikannya lebih mudah untuk lebih ramai rakyat Malaysia menyemak skor kredit mereka.

Pelancaran kempen #JomSkor dan alat CreditScore Bahasa Malaysia ini merupakan tindak balas iMoney terhadap keadaan kesihatan kewangan rakyat Malaysia. Berdasarkan data iMoney, empat daripada 10 pengguna CreditScore iMoney yang ingin memohon kad kredit atau pinjaman mempunyai skor Rendah hingga Wajar, menyebabkan mereka menghadapi cabaran apabila ingin memohon produk kredit pilihan mereka. Ini sejajar dengan laporan Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa lebih 100,000 rakyat Malaysia telah diisytiharkan bankrap antara 2013 dan 2017, di mana 60% daripada mereka berumur antara 18 hingga 44 tahun[1]. Selain itu, laporan yang dikeluarkan oleh RAM Credit Information (RAMCI), sebuah biro kredit terkemuka di Malaysia, menyatakan bahawa hanya 29% daripada rakyat Malaysia yang berumur 34 tahun ke bawah mempunyai profil kredit yang kukuh[2].

CreditScore Panel
Diskusi #JomSkor panel menampilkan (kiri ke kanan): Mitul Lakhani, CEO of the iMoney Group, Kauthar Rozmal, Writer and Researcher at Kapital.my and Personal Finance Instructor, Dawn Lai, CEO of RAM Credit Information, Datuk Nadzim Johan, Chief Activist of the Muslim Consumer’s Association of Malaysia (PPIM) dan Julian Ng, CEO of Main Street Capital

“Walaupun kami telah menyaksikan pertumbuhan ketara dalam pendaftaran CreditScore iMoney sejak pelancarannya pada akhir 2018, kami masih melihat peluang dan keperluan untuk meluaskan jangkauan dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyemak skor kredit dan kesihatan kewangan mereka. Data kami menunjukkan lebih banyak usaha diperlukan untuk membantu rakyat Malaysia mengawal kewangan mereka dan membuat keputusan kewangan yang bijak bagi memastikan masa depan yang makmur dan stabil dari segi kewangan. Melalui #JomSkor dan alat CreditScore Bahasa Malaysia, kami berhasrat untuk meluaskan jangkauan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara. Matlamat kami adalah untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar untuk mendapatkan skor kredit mereka, memahami kesihatan kewangan mereka dan akhirnya diperkasa untuk membuat keputusan bijak mengenai hal kewangan mereka,” kata Mitul Lakhani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iMoney.

iMoney CreditScore yang mudah difahami

“Kami melihat kemunculan trend positif apabila rakyat Malaysia mula memahami betapa pentingnya skor kredit dan bagaimana skor kredit yang konsisten dan kukuh boleh membawa kepada kadar faedah yang lebih rendah untuk pinjaman masa depan, mempercepatkan kelulusan permohonan kredit dan memperoleh syarat kredit yang lebih baik. Untuk menggalakkan pertumbuhan dalam pengetahuan kewangan, program pendidikan dan kesedaran perlu ditingkatkan. Kami percaya inisiatif sedemikian akan banyak membantu orang ramai memahami kerumitan dalam menguruskan kredit mereka dengan baik,” kata Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, RAMCI.

Menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendaftar dan menyemak skor kredit mereka secara berkala merupakan langkah pertama yang penting dalam membantu mereka memahami kesihatan kewangan mereka. Ini juga akan menempatkan mereka di landasan yang betul untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik. Dalam melaksanakan usaha ini, iMoney telah memperkenalkan #JomSkor, suatu kempen yang dibina di sekitar meter digital yang akan membuka kunci hadiah apabila pendaftaran CreditScore iMoney mencapai jumlah tertentu. Hadiah yang disediakan termasuk Apple iPad Air, Nintendo Switch, Charge Fitbit, e-baucar Lazada, e-baucar Tealive serta kemeja-T dan payung #JomSkor edisi terhad.

Selain itu, dalam tempoh dua bulan akan datang, wakil iMoney akan berada di pelbagai lokasi bagi membantu rakyat Malaysia mendaftar untuk laporan CreditScore iMoney mereka. Pada masa akan datang, iMoney juga akan bekerjasama dengan institusi dan pakar terkemuka untuk menyediakan bengkel dan latihan berkenaan kewangan peribadi. Untuk maklumat lanjut dan laporan CreditScore iMoney yang percuma, rakyat Malaysia boleh layari http://offers.imoney.my/campaign/jomskor atau ikuti iMoney di Facebook untuk maklumat lanjut. Alat CreditScore iMoney dikuasakan oleh RAMCI.


[1] https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/04/guan-eng-low-financial-literacy-among-malaysian-youth-contributing-to-high-bankruptcy-rates/

[2] Profil Skor Kredit 2019 RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) – saiz sempel 4.2 juta rakyat Malaysia

Leave a Reply