Anggun Chef Bawakan Hidangan Fusion dan Kopi Perancis

Anggun Chef 1

Anggun Chef Bawakan Hidangan Fusion dan Kopi Perancis | Hidangan Fusion sudah semakin digemari bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia bahkan di serata dunia. Ini semua pengaruh dari rancangan MasterChef dan yang sewaktu dengannya. Yang paling penting adalah mengenengahkan hidangan masakan Malaysia ke persada dunia. Anggun Chef tampil dengan hidangan fusion mereka di Matrade International Trade & Exhibition Centre (MITEC)-South Enterance, Jalan Dutamas 2, Kuala Lumpur. Naz berpeluang merasakan hidangan Anggun Chef bersama-sama dengan geng kaki makan yang riuh.

Anggun Chef di MITEC

Anggun Chef by Anggun Fusion berada betul-betul di hadapan Hall 4 MITEC dengan konsep portable cafe mereka. Beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi sehingga 6 petang, Anggun Chef menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Selain dari itu, Anggun Chef juga menyediakan perkhidmatan penghantaran mereka dan juga melalui perkhidmatan GRAB Food bagi menyampaikan citarasa fusion mereka kepada pelanggan mereka.

Anggun Chef Portable Cafe

Hidangan yang disajikan di portable cafe Anggun Chef ini terbahagi kepada kategori Signature, Sandwiches, Pasta, Nasi, Grilled, Pastry dan juga Dessert. Tidak ketinggalan barisan kopi mereka yang diimport dari Perancis.

Dari kategori hidangan Signature mereka, kami telah disajikan dengan….

Rendang Peanut Butter Chicken Burger (RM14.00)
Rendang Peanut Butter Chicken Burger (RM14.00)
Rendang Peanut Butter Beef Burger (RM14.00)
Rendang Peanut Butter Beef Burger (RM14.00)
Spaghetti Asam Pedas Grilled Lamb
Spaghetti Asam Pedas Grilled Lamb (RM18.90)

Manakala dari kategori Sandwiches pula, Tuna Croissant Sandwich merupakan antara yang menjadi kegemaran pelanggan mereka bagi sarapan pagi.

Tuna Croissant Sandwish (RM10.00)
Tuna Croissant Sandwish (RM10.00)

Untuk Pasta pula, kami telah dihidangankan pasta yang digemari pelanggan cilik mereka kerana ianya tidak pedas.

Spaghetti White Sauce with Chicken & Mushroom (RM12.00)

Spaghetti White Sauce with Chicken & Mushroom (RM12.00)
Spaghetti Bolognese with Meatball (RM14.20)
Spaghetti Bolognese with Meatball (RM14.20)

Bagi yang memang kena makan Nasi, anda boleh pilih Nasi Lemak Chicken Rendang atau Nasi Bukhara Chicken Briyani. Tetapi untuk kali ini Chef bertugas telah menyediakan Nasi Goreng Daging yang memang sedap.

Beef Fried Rice
Beef Fried Rice (RM12.00)
Nasi Bukhara Chicken Curry
Nasi Bukhara Chicken Curry
Meehoon Singapore
Meehoon Singapore

Dari bahagian Grilled mereka, kami disajikan dengan Chicken Parmigiani.

Chicken Parmigiani
Chicken Parmigiani

Selain dari barisan hidangan makanan mereka, Naz memang sangat sukakan kopi yang mereka sajikan sebab ia disediakan oleh seorang Barista yang tersohor di KL ni…

Cappuccino (RM12.00)
Cappuccino (RM12.00)
Hazelnut Latte (RM13.00)
Hazelnut Latte (RM13.00)
Redcino
Redcino

Yang inginkan kesegaran, boleh cuba Orange Juice mereka yang fresh kerana hanya akan diperah bila di order. Orange Juice ini tidak dicampur apa-apa dan mengekalkan rasa sebenar perahan buah limau tersebut.

Orange Juice
Orange Juice

Selain dari Orange Juice, korang patut pesan Citrus Mint Berry yang sungguh menyegarkan sambil menikmati Sago Gula Melaka….

Citrus Mint Berry dan Sago Gula Melaka
Citrus Mint Berry dan Sago Gula Melaka

Tak lengkap hidangan jika tiada pemanis mulut kan…. di Anggun Chef ada Steam Fruit Cake yang sedap, sedap lagi jika di makan bersama aiskrim vanila. Sago Gula Melaka yang manis manis buah turut menambat hati si pemakannya.

Steam fruit cake

Selain menyajikan hidangan makanan yang sedap dan juga kopi yang enak, Anggun Chef juga memasarkan pes-pes masakan (ready-to-eat gravy) dan produk lain keluaran mereka. Pes-pes ini disediakan mengikut prosedur dan proses kerbersihan terbaik dengan menggunakan ramuan dari bahan-bahan berkualiti. Pes-pes ini bukan sahaja dipasarkan di sini tetapi ia juga dieksport ke negara Perancis dan beberapa negara lain. Pes-pes ini sangat-sangat membantu bagi memudahkan lagi penyediaan makanan buat mereka yang sibuk bekerjaya.

Setakat ini Anggun Chef telah menghasilkan sebanyak 9 pes, di mana 3 pes mempunyai keistimewaan mereka kerana ia merupakan pes signature Anggun Fusion iaitu Rendang Peanut Butter, Sour & Spicy dan Seafood Platter.

Selain dari itu, pes-pes ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah buat isteri tersayang dan juga kepada sesiapa sahaja kerana “apabila rasa sedap di lidah, ia turun ke hati”…. dan ini menjadikan ia hadiah yang paling sesuai!

Hadiah istimewa dari owner Anggun Chef, Mimie Azura

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Anggun Chef, mengenai hidangan dan minuman yang ditawarkan, pes dan produk lain yang dijual…. sila la ke:-

Anggun Chef by Anggun Fusion Lobby – South EntranceMalaysian International Trade & Exhibition centreKompleks MITEC No. 8,Jalan Dutamas 250480 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 
Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi – 6.00 petang 

Jom LIKE dan FOLLOW Anggun Chef di media sosial mereka: 
Laman Web :https://www.anggunfusion.com/
Facebook Page :https://www.facebook.com/anggunfusionrte/
Instagram : https://www.instagram.com/anggun_chef/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *