Antabax Power Anjurkan Pertandingan Live Graffiti Battle 2017

Antabax Power Anjurkan Pertandingan Live Graffiti Battle 2017 │  Graffiti adalah coretan-coretan pada dinding yang menggunakan komposisi warna, garis, bentuk, dan volume untuk menuliskan kata, simbol, atau kalimat tertentu. Alat yang digunakan pada masa kini biasanya cat spray. Ramai yang mengatakan ia adalah vandalism, tetapi Antabax, rangkaian produk penjagaan diri anti-bakteria Halal nombor 1 di Malaysia, meraikan POWER Malaysia menerusi pertandingan melukis graffiti secara live di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Antabax Power Live Graffiti Battle

Cabaran melukis graffiti secara live ini merupakan hasil daripada Pertandingan Grafitti Antabax POWER 2017 yang berlangsung selama sebulan sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60.  Bertemakan POWER Malaysia, artis-artis graffiti dari seluruh negara dicabar untuk mentafsirkan semangat dinamik serta keunikan negara ini.

14 Finalis berentap merebut gelaran Juara Antabax Power Graffiti Battle 2017
14 Finalis berentap merebut gelaran Juara Antabax Power Graffiti Battle 2017

Peserta Antabax Power Live Graffiti Battle

Perkarangan Balai Seni Negara
Selfie dengan wife sambil meninjau aksi-aksi peserta graffiti menyiapkan nukilan mereka…

Pertandingan ini mendapat sambutan yang sungguh hebat dan telah menerima ratusan penyertaan. Dari ratusan penyertaan ini, para juri daripada Balai Seni Negara, artis-artis graffiti terkemuka dan wakil-wakil Antabax telah menyenarai pendek kepada 55 dan kemudian kepada 14 orang artis serta krew mereka.

Finalis 01

Finalis 02

Finalis 03

Finalis 04

Pertandingan ini telah diadakan di perkarangan Balai Seni Negara pada Ahad lalu dan para peserta telah diberikan 3.5 jam untuk menyiapkan graffiti mereka.

 

Satu klinik melukis graffiti untuk mereka yang berusia di antara 8 hingga 18 tahun turut dijalankan oleh Bee dan krew artis graffiti dari District Gallery. Ia bertujuan memberi inspirasi kepada artis graffiti generasi akan datang dengan mengajar mereka tentang cara mengendali  tin cat yang betul (can-handling), teknik-teknik asas, prosedur keselamatan dan kebersihan.

Antabax PowerAntabax, jenama produk penjagaan diri dari Malaysia yang terkenal dengan perlindungan anti-bakteria selama 24 jam ini telah mengetengahkan seni, budaya dan aktiviti warisan Malaysia menerusi pelbagai kempen yang memenangi anugerah serta mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat, di samping berjaya merapatkan hubungan di antara komuniti. Pada hari yang sama, Antabax telah mengadakan permainan Juara POWER Antabax (permainan rakyat Malaysia) seperti permainan Gom Bia, Zero Point, Batu Seremban, Chap Teh, Ceper, Lompat Getah, Teng-Teng, Batang Lidi dan Lawan Pemadam bagi memeriahkan acara pertandingan ini.

Batang Lidi
Mr. Big dan Cik Lily Putih pun nak try jugak skill mereka samada dah berkarat ke tidak…

Batu Seremban

Kami rasa, dengan memperkenalkan semula permainan ini, ia mampu memisahkah kanak-kanak dan remaja daripada peranti mudah alih mereka, selain megeratkan hubungan dalam kalangan ahli keluarga demi gaya hidup yang lebih  sihat dan aktif. Permainan zaman sekolah ini sebagai usaha untuk memelihara warisan tersebut, di samping memperkenalkan generasi muda dengan permainan yang pernah dimainkan oleh ibu bapa mereka,” kata Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah & Produk Penjagaan diri, Divisyen Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng.

Ceper

Chap Teh

Pengarah Besar Balai Seni Negara, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, “Acara-acara seperti ini sangat selari dengan objektif Balai Seni Negara untuk menjadikan seni, budaya dan warisan sebagai satu bahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Kita harus mendidik rakyat supaya menghargai dan mencintai seni dari muda. Kami dapati bahawa kerjasama di antara kerajaan dan swasta seperti Antabax dapat membantu meningkatkan kesedaran serta mencetuskan minat terhadap seni graffiti serta permainan waktu kita kecil dahulu.”

Lawan Pemadam

Teng Teng

Zero Point

Gom Bia

Kehadiran Fizie HotFM, Deen HotFM dan HotFM zoomers turut memeriahkan pertandingan ini dengan lawak dan telatah mereka melayan warga kota yang hadir.

HotFM Zoomers

Lebih 2,000 orang menghadiri pertandingan melukis graffiti secara langsung Antabax POWER dan permainan Juara POWER Antabax. Para pengunjung yang menghabiskan siri lapan permainan zaman kanak-kanak tersebut akan menerima produk mandian Antabax bersaiz besar.

Keputusan Pertandingan Antabax Power Live Graffiti Battle 2017

Pertandingan melukis graffiti secara langsung telah dinilai oleh Ketua Kurator Balai Seni Negara, En Majidi Amir; Kurator Kanan Balai Seni Negara, En Bakhtiar Naim Jaafar; Pengurus Kanan Jenama, Produk Isi Rumah & Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oils, Pn Mandy Lee dan artis grafiiti tanah air terkemuka, Bee dan Bone Alfie.

Para Pemenang Antabax Power Live Graffiti Battle 2017
Para Pemenang Antabax Power Live Graffiti Battle 2017

Pertandingan melukis graffiti live Antabax dimenangi oleh Mohd Zulfadli Bin Ahmad Nawawi (Akid1) yang menerima wang tunai sebanyak RM7,500. Di tempat kedua pula dimenangi oleh Mohd Zaki Bin Nordin (Escapeva) dan menerima hadiah wang tunai RM4,500. Sementara Siek dan Katun (3 Serangkai) merebut tempat ketiga dan membawa pulang RM2,500 dalam pertarungan graffiti yang sengit ini. Sebelas pemenang hadiah saguhati masing-masing menerima RM500.  Semua finalis juga menerima hamper Antabax dan cat sembur bernilai RM200 setiap seorang.

1st Mohd Zulfadli Bin Ahmad Nawawi (Akid1)
Mohd Zulfadli Bin Ahmad Nawawi (Akid1)
2nd Mohd Zaki Bin Nordin (Escapeva)
Mohd Zaki Bin Nordin (Escapeva)
3rd Siek dan Katun (3 Serangkai)
Siek dan Katun (3 Serangkai)

Antabax Power Live Graffiti Battle 2017a

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *