Anugerah Superbrands Malaysia 2019 Mengiktiraf MNC Global Utama Dan Korporat Tempatan Terunggul

DSC_6940 Superbrands Malaysia 2019 Awards - Group Photo (1)

Anugerah Superbrands Malaysia 2019 Mengiktiraf MNC Global Utama Dan Korporat Tempatan Terunggul | Superbrands Malaysia 2019 meraikan edisi ke-11 dan telah memilih 28 jenama untuk memberi penghormatan kepada jenama terkuat dan paling bernilai di pasaran dalam acara anugerah tahun ini.

Superbrands Malaysia team

Superbrands iaitu pihak bebas dan arbiter penjenamaan mengadakan acara tahunannya di Ritz Carlton Kuala Lumpur bersama syarikat multinasional (MNC) global utama dengan korporat tempatan terunggul merangkumi pelbagai spektrum industri yang berbeza dan dirasmikan oleh YB DATUK IGNATIUS DARELL LEIKING, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Encik Mike English, Pengarah Superbrands berkata: “Anugerah Superbrands Malaysia 2019, yang dianggap sebagai ‘Oscars penjenamaan’ dalam dunia korporat, akan menyampaikan anugerah kepada jenama yang menang termasuk ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan, pengarah pemasaran dan lain-lain eksekutif pemasaran dan eksekutif perhubungan awam selaku wakil syarikat.

“Superbrands juga memperkenalkan penerbitan Superbrands yang dinanti-nanti dengan gaya buku kopi meja dengan kandungan profil dua mukasurat untuk  setiap Superbrands di acara tahun ini.

YB DATUK IGNATIUS DARELL LEIKING, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Acara anugerah ini akan menyerlahkan jenama dan mempromosikan kejayaan mereka serta untuk para eksekutif kanan berkumpul sambil meraikan status Superbrands.

“Kami berasa gembira kerana ramai jenama tempatan yang termasuk peserta baru, telah memasuki senarai Superbrands tahun ini bersama jenama yang diiktiraf secara global. Jenama ini bukan hanya diundi oleh ahli majlis jenama terkenal tetapi juga oleh para profesional pemasaran malalui undian atas talian.”

Para hadirin di Anugerah Superbrands

Selepas menjalani kriteria pemilihan yang ketat oleh Majlis Superbrands, lebih daripada 3,000 profesional telah dijemput untuk mengundi bagi calon-calon jenama. Lebih daripada 1,468 jenama utama di Malaysia telah dijaringkan oleh majlis dan melalui pengundian dalam talian, sebelum jenama dengan markah tertinggi diiktiraf sebagai Superbrands.

Hanya jenama yang mencapai tahap pengiktirafan seperti ditetapkan oleh Majlis bebas ini,  layak untuk dimasukkan dalam buku Superbrands Malaysia termasuk rekod sejarah dan pencapaian bagi setiap jenama.

“Jenama terbaik di Malaysia yang terdiri daripada barangan konsumer yang bergerak cepat (FMCG) dan juga perniagaan sekeluarga dipaparkan dalam buku ini. Penyertaan dalam buku Superbrands adalah melalui jemputan sahaja dan ini menampilkan kekuatan yang ada pada sesuatu organisasi dan nilai jenamanya.

En Mike English, Pengarah Superbrands.

“Kesemua peserta program Superbrands berhak menggunakan logo Superbrands dalam kempen pengiklanan, pembungkusan dan lain-lain bahan komunikasi pamasaran. Cerita jenama itu juga dipaparkan di laman web Superbrands,”kata Encik English.

Majlis Superbrands termasuk individu yang telah menunjukkan kebolehan dalam perniagaan dan berpengetahuan tentang pasaran dan perniagaan. Badan korporat yang dipilih sebagai Superbrands menerima kelebihan terutamanya endorsmen tinggi serta bukti ternyata untuk para pelanggan semasa mahupun yang berpotensi, pihak media, pembekal, pelabur dan setaf di setiap jenama dengan ciri-ciri khas yang berasingan.

Ketibaan VVIP pada majlis Anugerah Superbrands

Penerima Anugerah SUPERBRANDS MALAYSIA 2019

1. Acer15. Meeracle
2. Apacs Sports16. Muar Ban Lee
3. April 2217. Origin Integrated Studios
4. Atomy Malaysia18. Schmaco Auto Parts
5. Beaute Mori19. Securido Guard Services
6. CED20. Stephen Hansford Petrolub
7. Central Sugars Refinery21. Sun Life Malaysia
8. Das Abdul Global22. Sunshine Kingdom
9. Ecoware AI Hardware23. The Hijab World
10. Fraser & Neave Holdings24. Trusted Sharks
11. Jin Ye Ye25. Ultron
12. Little Caliphs International26. V’Asia Cosmetics & Healthcare
13. Mamasab Bakery27. Wellous
14. Multimedia University28. Yokohama Batteries

#AnugerahSuperbrandsMalaysia2019 #Superbrands

Leave a Reply