Aplikasi Manhajj Medium Informasi dan Penyelesaian Umrah

Aplikasi Manhajj - Future of Umrah

Aplikasi Manhajj Medium Informasi dan Penyelesaian Umrah |  Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, kita seharusnya mengambil peluang ini untuk menjadikan ia satu platform yang dapat membantu atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat umum. Langkah ini telah diambil oleh Manhajj Brothers Sdn Bhd dengan melancarkan aplikasi Manhajj iaitu satu aplikai bersepadu yang memberikan kemudahan dan bimbingan kepada umat Islam di Malaysia khususnya tentang penyelesaian dalam permasalahan ibadah umrah. Pelancaran aplikasi Manhajj ini telah disempurnakan oleh Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Aplikasi Manhajj di hujung jari anda

Aplikasi ini berperanan sebagai satu pendekatan baru dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.

Aplikasi Manhajj

Selain itu, aplikasi Manhajj turut menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha menambah ilmu pengetahuan.

“Idea menghasilkan Aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul. Ia merupakan satu langkah atau pendekatan yang diambil Manhajj Mutawwiff bagi membantu bakal jemaah untuk mempersiapkan diri menunaikan umrah.” menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ustaz Abd Halim Ikhsan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Abd Halim Ikhsan

Antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj ialah apabila pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community. Gambar-gambar juga boleh dimuat turun melalui Kalam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan jemaah umrah.

Pengguna juga boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah. Ini satu lagi langkah yang boleh membendung sindiket penipuan pakej umrah dan menyelamatkan orang Islam dari ditipu dan ditindas. Selain ini ia menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian dan paling istimewa mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah.

Yang paling menarik tentang Aplikasi Manhajj ini ialah ‘Panic Button’ nya. Kita selalu dengar kisah-kisah dimana para Jemaah hilang dan sesat. Dengan aplikasi ini para Jemaah boleh tenangkan fikiran mereka ketika berada di sana. Sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah, para jemaah hanya perlu tekan panic button ini dan ia akan menghubungkan antara jemaah dengan mutawwif melalui jejakan gps.

Aplikasi Manhajj ini boleh dimuat turun dari Google Play atau Apple Apps Store.

Ustaz Halim berkata, Aplikasi Manhajj dibangunkan selama empat bulan termasuk merangka dan menyediakan isi kandungan aplikasi ketika majlis pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua di IDCC Shah Alam.

Pada majlis itu juga, Manhajj Mutawwif dengan NARSCO Tour & Travel menandatangani Memorandum Persefahaman bagi perkhidmatan berkenaan pengurusan umrah. 

MoU antara Manhajj dan NARSCO Travel

Program Manhajj Mutawwif Musim Ke-2

Program realiti televisyen pencarian mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. Penerbitnya, Ustaz Abd Halim Ikhsan berkata, musim terbaru ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Manhajj Mutawwif - Pencarian Mutawwif Terunggul
Manhajj Mutawwif Musim Ke-2

Beliau menjelaskan, para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara.

Pada majlis tersebut, Imam Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki turut memperdengarkan seruan Azan dan bacaan solat fardu dalam suasana di Masjidil Haram. Sungguh memukau dan terpanggil hati ini untuk ke tanah suci mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.

“Untuk musim kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa. Antara elemen baru lain yang diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka.

“Seperti musim lalu, para peserta akan bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya,” katanya.

Abd Halim menambah, “program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang. Harapan saya melalui rancangan ini mutawwif akan lebih dikenali,”.

Program selama satu jam setengah itu akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019.

Semoga perkara yang baik ini dapat kita kongsikan bersama dengan keluarga, saudara mara, sahabat dan umat Islam khususnya agar mendapat kebaikan dan ilmu dalam urusan menunaikan ibadah umrah, In Shaa Allah. 

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari:-

LamanWeb: www.manhajjmutawwif.com

FB: www.facebook.com/manhajjmutawwif/

IG: www.instagram.com/manhajjmutawwif/

Leave a Reply