Ara Gantikan ‘Bunga’ kepada ‘Paku’ Untu Peminat

ara johari paku

Ara Gantikan ‘Bunga’ Kepada ‘Paku’ Untuk Peminat | Biarpun muncul di arena seni tempatan pada usia yang agak muda, pemilik nama Nurfarrah Izzatie Johari atau lebih mesra dipanggil Ara Johari di kalangan peminatnya tidak pernah mengenal erti penat untuk memberikan yang terbaik. Bekas peserta AF Megastar dan finalis Akademi Fantasia 2016 ini kembali memeriahkan industri muzik tanah air dengan sebuah lagi lagu terbaru berjudul Paku. 

Selepas berjaya mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dan mencipta fenomena dengan dua buah singlenya terdahulu iaitu Warkah Untukku dan juga Bunga, kali ini Ara tampil dengan mempertaruhkan sebuah lagu yang dicipta oleh Kadok dan Tukang Musik manakala liriknya dinukil sendiri oleh Ara serta Shasha K.

Ara Johari dengan single terbaru Paku

Lagu Paku ini mengisahkan perasaan cinta seorang lelaki yang terpendam terhadap pasangannya. Si lelaki tersebut sanggup menunggu bertahun lama dan tetap berusaha untuk menambat hati perempuan tersebut. Berkat doa dan kesabaran, akhirnya mereka bersatu dan membina mahligai bersama.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., “Ara merupakan seorang penyanyi muda wanita yang berbakat besar. Kehebatan vocal beliau tidak perlu lagi dipersoalkan. Kita boleh lihat menerusi dua singlenya sebelum ini yang berjaya menaikkan nama Ara Johari sendiri. Jadi, saya berharap Paku bakal mengulangi kejayaan dua buah lagunya yang terdahulu.”

Semakin meningkat naik Ara Johari

Single Paku ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi. Selain itu, muzik video rasmi Paku juga akan mulai berada di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula pada 19 Oktober 2018.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

ARTIS : ARA JOHARI
TAJUK : PAKU
KOMPOSER : KADOK (NOVA MUSICPUBLISHING) / TUKANG MUSIK (TAJA ARCHIVE PUBLISHING)
LIRIK : ARA JOHARI / SHASHA K(ROCKETFUEL ENTERTAINMENT SDN BHD)
 
SUDAH LAMA
KU DISINI MENANTI MU
NAMUN ENGKAU
TIDAK PERNAH MEMANDANGKU
 
HATI INI
TAK MUNGKIN AKAN MENYERAH
TUK DAPATKAN
TUK HANYA MEMILIKI MU
 
PANDANGAN MATAMU
MEMBUAT KU TERJATUH
OHHH JATUH
TERSUNGKUR
DI DALAM HATIMU
 
#CHORUS
KU TERPAKU
KU KAKU DIDEPANMU
DEGUP KENCANG, FIKIRAN MELAYANG
SUDAH TERKENA
PANAHAN RASA CINTA
 
TAPI TIDAK LUPA
PADA YANG SATU
BERSUJUD, MEMINTA
KEPADAMU
BINA MAHLIGAI
DIDUNIA DISYURGA
 
HATI INI
TAK MUNGKIN AKAN MENYERAH
TUK DAPATKAN
TUK HANYA MEMILIKI MU
 
PANDANGAN MATAMU
MEMBUAT KU TERJATUH
OHH JATUH
TERSUNGKUR
DI DALAM HATIMU
 
#REPEAT CHORUS
 
KU TERPAKU
KU KAKU DIDEPANMU
DEGUP KENCANG,FIKIRAN MELAYANG
SUDAH TERKENA
PANAHAN RASA CINTA
 
TAPI TIDAK LUPA
PADA YANG SATU
BERSUJUD, MEMINTA
KEPADAMU
BINA MAHLIGAI
DIDUNIA DISYURGA
 
#ULANG CHORUS…
 
SUDAH TERKENA CINTA ( X2)

Leave a Reply