archiQ 2019 Memacu Kemajuan Amalan Senibina Malaysia

archiQ banner

archiQ 2019 Memacu Kemajuan Amalan Senibina di Malaysia | Profesion sebagai seorang Arkitek memang lah glamor dan datang dengan pendapatan yang sangat lumayan. Tetapi untuk mendapat gelaran “AR” di hadapan nama anda bukanlah mudah kerana anda kena lulus ujian “Part 3” yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Bukan calang-calang orang boleh lulus kerana ia satu profesion professional yang menggalas tanggungjawab yang besar….. jika berlaku kecuaian dan jika sabit kesalahan boleh di penjara sehingga 10 tahun tau. Kenapa pulak Naz beria-ia bercerita pasal profesion Arkitek ni kan….. haaaa ini adalah kerana bersempena dengan persidangan archiQ 2019 yang berlangsung pada 15 & 16 Jun 2019 yang lalu di Consist College, Ampang Hulu Kelang.

Anggota Majlis ACA:M
archiQ 2019 telah dilancarkan oleh (kiri ke kanan) Ar Normah Latiff, Ahli Majlis ACA:M, Ar Erric Chew, Setiausaha Kehormat ACA:M, Ar Jasmeet Singh Sidhu, Presiden ACA:M dan Pengarah archiQ 2019, Ar Zairul Azidin bin Badri, Presiden LAM & Tetamu Kehormat, Ar Jafri Merican, Ahli Majlis ACA:M, Ar Bobby Low, Ahli Majlis ACA:M

archiQ adalah platform pembelajaran yang dianjurkan oleh The Association of Consulting Architects Malaysia (ACA:M) untuk memenuhi pencarian pengetahuan dalam seni bina. Ia memberikan peluang kepada para Arkitek untuk terus meningkatkan kemahiran mereka dan terus kekal relevan supaya cemerlang dalam profesion mulia ini. ACA:M kerap menganjurkan kuliah CPD berkaitan urusan perniagaan dan latihan serta acara networking sepanjang tahun. archiQ adalah persidangan antarabangsa yang memberikan fokus kepada melengkapkan para Arkitek di Malaysia dengan kemahiran perniagaan untuk terus mengikuti perkembangan teknologi dan kemajuan perniagaan di pasaran.

Press Conference archiQ 2019
Sidang media (kiri ke kanan) Ar Jafri Marican, Ahli Majlis ACA:M, Ar Erric Chew, Setiausaha Kehormat ACA:M, Ar Zairul Azidin bin Badri, Presiden LAM , Ar Jasmeet Singh Sidhu, Presiden ACA:M dan Pengarah archiQ 2019, Ar Bobby Low, Ahli Majlis ACA:M
Ar Zainul Azidin Bin Badri, Presiden LAM
Ar Zairul Azidin bin Badri, Presiden Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)

archiQ 2019 ini berlangsung selama 2 hari dengan membariskan menampilkan 10 penceramah dari pelbagai latar belakang dan direka untuk berkongsi pengetahuan tentang menjalankan amalan seni bina dalam persekitaran yang kompetitif hari ini. Antara tajuk-tajuk yang dikongsikan sepanjang 2 hari ini adalah:

Hari Pertama

  • Ahmed Subactogin, Ketua Pegawai Eksekutif / MD, Par Synergy (M) Sdn Bhd, membentangkan Specialist Food Facilities Design
  • Dato’ Zubair Afandi bin Omar, Artis, mempersembahkan Art: The Next Financial Equity
  • Feisal Noor, VP, AECOM Asia Tenggara, menyampaikan Challenges of the River Life
  • M. Puravalen, Mitra, Valen, Oh & Partners, Peguamcara, menyampaikan Strict Liability: How it Affects Architects
  • Aminah bte Abd Rahman, Pengurus Besar, Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia, berkongsi tetang Timely Construction Permits

Hari Kedua

  • Dato’ Nitin Nadkarni, Rakan kongsi, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Solicitors, memyampaikan Staying Safe in a Litigious Society
  • Christopher Chang, Pengarah IFS Advisory Services Sdn Bhd, mempersembahkan Taxation Principles for Architects
  • Ir Nirinder Singh Johl, Pengarah Urusan TNBX Sdn Bhd, menyampaikan Solar: Is it a Viable Option in Malaysia
  • Girish Ramachandran, Pengarah Eksekutif 27 Advisory Sdn Bhd, membentangkan Investible Masterplans
  • Adj Prof Anthony Wong, Ahli Lembaga, Malaysia Green Building Council, membentangkan Replacing Waste Water Treatment Plants with Structure Wetlands
archiQ 2019 - Program

archiQ 2019 cuba memberikan pemahaman yang mendalam tentang banyak topik yang berkaitan dan mendorong pembelajaran yang bermakna, sehingga membuka jalan bagi para Arkitek untuk menerapkan pengetahuan yang diperoleh di sini untuk diamalkan dalam dunia nyata mereka.

Ar Jasmeet Sidhu
Ar Jasmeet Singh Sidhu, Pengarah archiQ 2019 / Pengarah ACA:M

Menurut Ar Jasmeet Sidhu, Pengarah archiQ 2019 dan President ACA:M, “Profesion Arkitek tidak lagi merupakan amalan mudah seni dan sains bangunan. Hari ini, terdapat banyak yang percuma, dan ada masa menentang aspek yang berkaitan dengan amalan seni bina. archiQ 2019 adalah peluang keemasan untuk semua para Arkitek sama ada orang baru atau lama untuk belajar dari pengalaman luas penceramah yang telah dibariskan dalam majlis ini.

Panel  perbincangan archiQ
Sesi perbincangan Panel dengan moderator panel (kiri ke kanan) Ar Erric Chew, Setiausaha Kehormat ACA:M, penceramah Dato’ Zubair Afandi bin Omar, Artis, pembicara Feisal Noor, Naib Presiden AECOM Asia Tenggara, pembicara Ahmed Subactogin , Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Par Synergy (M) Sdn Bhd.

Walaupun reka bentuk kekal sebagai kecekapan teras para Arkitek, kemahiran perniagaan diperlukan untuk berjaya dalam dunia kompetitif hari ini. Dengan archiQ merangkumi pelbagai topik setiap tahun, kami bersemangat dengan apa yang kami lakukan dan sangat positif bahawa peserta akan mendapat lebih banyak pengetahuan daripada persidangan pada tahun-tahun akan datang”, tambahnya lagi.

Apa yang Naz rasa kurang untuk archiQ 2019 adalah penyertaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memberikan panduan dan penjelasan tentang peraturan mereka dalam memudahkan lagi para Arkitek mematuhi apa yang perlu dalam menjalankan tugas mereka. Ia adalah kerjasama yang patut ada bagi memastikan setiap projek pembinaan dari mula perancangan sehingga bangunan siap dibina dan mendapat kelulusan berjalan dengan lancar dan dalam masa yang singkat. Moga Pihak Berkuasa Tempatan dapat bersama-sama dengan ACA:M mengadakan dialog bagi memberikan pencerahan dalam aspek-aspek pematuhan peraturan PBT dalam mempercepatkan proses-proses permohonan dan sebagainya di masa akan datang.

Leave a Reply