Art of Speed Malaysia 2019 Dikuasakan oleh PETRONAS

AOS 2019 POSTER banner

Art of Speed Malaysia 2019 Dikuasakan oleh PETRONAS | Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya yang kelapan tahun ini, untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik!

Art of Speed Poster

Tahun ini, acara Art of Speed 2019 (AOS 2019) mensasarkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari. Acara ini akan diadakan sekali lagi di tempat yang sama di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), dibuka untuk lawatan pada 27 Julai  2019 (10:00 pagi hingga 11:00 malam) dan 28 Julai 2019 (10:00 pagi hingga 7:00 malam).

Pengisian kemuncak Art of Speed adalah kehadiran komuniti kustom antarabangsa dan media:

  1. Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii & Masakazu “PAN” Sumi daripada MOONEYES
  2. Oliver Jones Grayson dikenali sebagai The Cutrate; Amerika Syarikat (Pemenang Born Free 2019)
  3. Shaik Ridzwan dikenali sebagai The Mighty Motor; Amerika Syarikat
  4. Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers; Australia
  5. Christopher Cooper Raymond daripada Fuel Tank Magazine; Australia
  6. Matthew Everingham daripada Speedhunters.com; Australia
  7. Marlon Slack daripada Pipeburn; Australia
  8. Makoto Watanabe daripada Chopper Journal Magazine; Jepun
  9. Makoto Ukai daripada Model Cars & Let’s Play VW Magazine; Jepun
  10. Daisuke Katsumura & Satoshi Furuuchi daripada Kousoku Yuen Magazine & Street VW Magazine; Jepun
  11. Kanda Manabu daripada Kalifornia Look Magazine, Jepun
  12. Yasuo Sekijima daripada Vibes Magazine; Jepun
  13. Kengo Kimura daripada Heiwa Motorcycles; Jepun
  14. Keiji Kawakita daripada Hot Dock Custom Cycles; Jepun
  15. The Nash daripada Burnout Magazine; Jepun
  16. Daisuke Sakon daripada Kustomstyle; Jepun
  17. Kenichiro Kaneko daripada Truck Masters Show; Jepun
  18. Kenji Hasegawa daripada Orion Ace; Jepun
  19. Mr. G Tiki Art & Pinstriping; Jepun
  20. Makoto M&K Custom Signs; Jepun
  21. Ken Takano daripada Ken’s Art Kustom Garage; Jepun
  22. Jeffrey Chang daripada MOONEYES Taiwan
  23. Lou Nozaki daripada Beetle Helmet; Jepun

Setiap tahun kami sebagai penganjur masih meneruskan misi yang sama memberi inspirasi kepada komuniti tempatan dengan membawa masuk kenderaan vintaj dan ubah suai yang mengkagumkan dari luar negara. Kami meneruskan tradisi ini dengan beberapa motosikal yang KQQL dan juga sebuah kereta daripada negara Jepun. Tahun ini, pengunjung akan menjamu mata dengan:

  1. HEIWA MOTORCYCLE (JEPUN) dengan BMW R9T Custom, yang dikomisenkan oleh BMW Motorrad.
  2. MOON OF JAPAN 1961 Ford Falcon Sedan Delivery “PANTASTIC”.
  3. HOT DOCK CUSTOM CYCLES (JEPUN) dengan 1948 FL Harley-Davidson Custom “StG Nautilus”. Motosikal ini telah dianugerahkan  “Grand Champion” di acara S&S 50th Anniversary “World’s Largest Build-Off” pada 2008.
Harley-Davidson Custom “StG Nautilus”
BMW R9T Custom by Heiwa Motorcycles

Sorotan khas untuk AOS 2019 akan merangkumi:

1. Art of Speed Invitational Car Build Off 2019 yang dikuasakan oleh PETRONAS, akan menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Pembina khas yang bersaing ialah:

  • The Classic Garage daripada Johor Bahru; pembina khas adalah Ravinder Singh
  • Naza College Motorsports Team daripada Shah Alam dengan ketua projek; Jagjeet Singh dengan 5 orang pelajar
  • Carazee Artwork daripada Klang, Selangor; pembina khas adalah Ajie
  • WakSam Garage X RebanBlackbird daripada Subang; pembina khas adalah Odie & WakSam
  • Kazuto Garage daripada Klang, Selangor; pembina khas adalah Kazuto Soon
  • Faroib Autosport daripada Klang, Selangor; pembina khas adalah Ismail Ibrahim
  • Garage 63 daripada Bukit Jalil, Selangor; pembina khas adalah Shawn Foo

Kereta yang memenangi “Sabah Old School Mega Gathering 2019” juga akan dihantar sebagai kenderaan tetamu khas dalam pameran Art of Speed Invitational Car Build Off 2019

2. Hot Wheels akan berada di AOS 2019 dengan Steve Vandervate, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels (Segmen Premium dan Koleksi). Beliau akan hadir ke acara daripada Amerika Syarikat untuk bertemu dengan semua peminat jenama kereta miniatur ini. Beliau juga akan melancarkan siri “Japan Historics 3”, yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 di bawah tema “Legendary Japanese Cars”. Nissan Skyline R31 bersaiz sebenar dan Honda City Turbo II akan dipamerkan bersama dengan prototaip “diecast” untuk tatapan semua pengunjung semasa acara ini berlangsung. Jemputan media yang hadir akan dibawa untuk sesi “walkabout” pada pukul 10 pagi jadi sila mendaftar awal untuk merasai pengalaman eksklusif ini!

1961 Ford Falcon Sedan Delivery “PANTASTIC”

3. Hausboom, dengan kerjasama Hot Wheels, akan mempamerkan kereta rasmi berskala 1:1 New Beetle Gen 1 sebagai hadiah yang akan diberikan kepada pembeli Hausboom yang bertuah di acara AOS 2019. Koloborasi rasmi ini adalah yang pertama seumpanya di Asia Tenggara. Kereta Beetle ini akan direka dan dibina oleh 405 Industries, studio baru hasil dari Art of Speed Malaysia.

vans

4. VANS akan mempamerkan penghormatan kepada jenama “Era”, keluaran kasut sejak tahun 1976. Pameran khas ini akan dipamerkan di Dewan A. VANS juga akan menganjurkan klinik “skate” dan keluarga yang datang dengan anak-anak boleh menyertai untuk belajar untuk bermain dan menggunakan papan selaju dan juga peralatan lain yang akan disediakan. Tahun ini, VANS juga akan menyokong  “Sound Circus” yang menjanjikan barisan artis-artis kelas A di festival musik ini.

5. Hail Vintage kembali ke AOS 2019 dan akan berada di dalam Dewan C yang menampilkan pameran pakaian kerja vintaj dan 16 vendor yang khusus dalam industri vintaj. Pameran tahun ini  akan mempamerkan koleksi barang-barang vintaj koleksi yang bernilai hampir RM2 juta.

6. Kustom & Koffee Talk bersama Bikesrepublic.com di wawancara oleh Keshy Dhillon  akan berlangsung di dalam Dewan A pada pukul 3 petang pada hari Sabtu bersama-sama panel dari luar negara seperti Oliver Jones Grayson dari The Cutrate dan Matt Everingham dari Speedhunters. Forum ini akan membincangkan topik-topik terkini di dalam industri permotoran dan kereta. 

Lain-lain aktiviti di AOS 2019 termasuk:

  • Roda Rumble 2019 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
  • Tapak Makanan yang akan menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan dan Pasar Lambak Vintaj
  • Perlumbaan Strider untuk kanak-kanak yang akan dianjurkan oleh Strider Kids Malaysia
  • Meraikan acara perhimpunan “MINI 60th Anniversary Malaysia”
  • Perhimpunan “Scale Dicast Culture” (Dewan C)
  • Pertandingan Hot Wheels Club Malaysia Custom & Zon Permainan  (Dewan C)
  • Pusingan ke-2 MSF Solo Masters (Tapak parkir Dewan D)
  • Pameran motosikal vintaj “Best Of British” daripada The Return of The Café Racer & Triumph Motorcycles Malaysia. (Dewan A)
  • Pameran Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (Dewan A)
  • Forum perkongsian initiatif kerajaan negeri bersama YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, Pengerusi Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
  • Acara akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Shari pada 2.00 petang, Sabtu 27 Julai 2019

Muzik adalah salah satu elemen penting dalam acara Art of Speed dan tahun ini pentas utama AOS (yang dikenali sebagai “Sound Circus”) akan dipindahkan ke luar untuk memenuhi permintaan peminat muzik yang semakin meningkat angkanya. Barisan artis Sound Circus* akan menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan band-band lain seperti Bittersweet, Masdo, Gerhana Ska Cinta, Kapow dan banyak lagi pada hari Sabtu & Ahad pula akan menyaksikan Asheed Def Gab C, Kid Search dan persembahan utama, Blues Gang.

*Sound Circus pada hari Sabtu adalah untuk pengunjung berumur 18 tahun dan keatas SAHAJA!

Melengkapkan pertunjukan acara pada hari Ahad akan diadakan hadiah cabutan bertuah dimana seorang pemenang bertuah akan pulang dengan SATU (1) unit Mini Cooper yang telah diubahsuai dengan tambahan enjin Suzuki Hayabusa oleh FNG Works. Para pemenang kategori motosikal dan kereta Best of Show akan memenangi pakej percutian dan hadir ke acara 28th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

AOS 2019 akan memperkenalkan tiket Speed Lane, yang dibuka satu jam lebih awal pada pukul 10 pagi berharga RM50 sah untuk dua hari. Pengunjung boleh menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama dan juga dewan C. Pemegang tiket Speed Lane juga berhak untuk memasuki konsert Soun Circus di luar dewan. Tiket hujung minggu biasa (tanpa konsert Sound Circus) berharga hanya RM20 sahaja. Tiket dalam talian boleh didapati di  https://aos.qtic.my/

“Setiap tahun ada sahaja cabaran yang mendorong kami untuk terus berusaha dan meningkatkan tahap pengisian acara tetapi pastinya ada ganjaran dan kepuasan ketika dapat melihat sendiri sejauh mana tahap komuniti kita dalam industri kustom kulture ini”, kata Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia,

“Seperti mana kita terus berkembang dengan industri komuniti, begitu juga Art of Speed yang akan memasuki tahun kelapan. Para pengunjung baru dan juga lama boleh terus menikmati acara tahun ini dengan dewan seluas 150,000 kaki persegi yang berhawa dingin yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, persembahan langsung dari Sound Circus yang kini ditempatkan di luar dewan dengan barisan artis kelas A, galeri seni Moto Circus yang menampilkan seniman tempatan dan antarabangsa. Kami juga menyediakan aktiviti mesra keluarga seperti bengkel papan selaju oleh VANS dan banyak lagi aktiviti di Art of Speed 2019”

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

Leave a Reply