Astro Melancarkan Siaran 4K UHD Pertama di Malaysia

Astro 4K UHD logo

Astro Melancarkan Siaran 4K UHD Pertama di Malaysia |  Astro telah meraikan satu lagi peristiwa bersejarah apabila buat julung kalinya melancarkan siaran langsung dalam paparan 4K UHD. Organisasi media ini bakal menyiarkan secara eksklusif siaran langsung perlawanan hebat Liga Perdana (PL); Liverpool menentang West Ham dan Arsenal menentang Man City untuk pertama kalinya dalam paparan 4K UHD, istimewa untuk tontonan peminat bola sepak dengan rakan niaga F&B, Souled Out pada 12 Ogos yang lalu.

Robert Wu, Managing Director of Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd, Liew Swee Lin, Group Chief Operating Officer, Astro, Lee Choong Khay, Chief of Sports Astro, Jimmy Tan, Head of Consumer Electronics, Samsung
Robert Wu, Pengarah Urusan Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd, Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Astro, Lee Choong Khay, Ketua Bahagian Sukan Astro, Jimmy Tan, Ketua Consumer Electronics, Samsung

Peminat bola boleh melayari www.astro.com.my/4kuhd untuk merujuk senarai rakan niaga F&B yang terlibat. Senarai rangkaian rakan niaga F&B ini dijangka bertambah dalam beberapa minggu dan bagi mana-mana pengendali rangkaian F&B atau peruncit yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penyiar paparan Astro 4K UHD ini, mereka boleh mendaftar di laman sesawang yang sama.

Astro 4K UHD
Souled Out Hartamas
Penyokong Liverpool, West Ham, Arsenal dan Manchester City berkampung di Souled Out Hartamas

Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata, “Di Astro, kami komited untuk membawa pengalaman tontonan yang lebih baik untuk peminat sukan di Malaysia. Oleh itu, kami akan membawakan teknologi terkini, 4K UHD bagi memberikan pengalaman tontonan yang terhebat untuk pelanggan kami. Justeru, hari ini kami begitu berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sharp dan Samsung untuk membawakan perlawanan langsung pertama Liga Perdana dalam siaran 4H UHD di Malaysia. Selain Liga Perdana, kami juga akan membawakan acara perlumbaan Formula Satu (F1) dan filem-filem pecah panggung dalam paparan 4K UHD, khas untuk pelanggan kami.”

Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay

Pengarah Urusan Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd, Robert Wu berkata, “Kami amat teruja kerana di beri peluang untuk berkerjasama dengan Astro dalam menyediakan siaran 4K UHD yang berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia. Produk utama kami, rangkaian siri AQUOS 4K UHD Android memiliki spesifikasi menarik seperti terknologi ‘Real Contrast, Real Detail dan Real Colour’, yang mana setiap satu dari ini menawarkan efek sensasi dan ‘close-to-reality’ kualiti visual. Di tambah pula dengan sistem bunyi ‘Eilex Prism’, peminat bola sepak akan merasai pengalaman terhebat dan tidak perlu meninggalkan keselesaan di ruang tamu masing-masing, kerana anda akan merasakan seakan-akan berada di stadium dan bersorak untuk kumpulan kegemaran masing-masing! peminat bola sepak Malaysia akan menikmati pengalaman tontonan terhebat di Liga Perdana musim yang akan datang ini.”

rangkaian siri AQUOS 4K UHD Android
rangkaian siri AQUOS 4K UHD Android

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim berkata, “Samsung amat gembira berkerjasama dengan Astro untuk memperkenalkan pengalaman tontonan terhebat untuk pelanggan, khususnya mereka yang berada dalam segmen 4K dan ‘Super Large Screen TV’. Kami berhasrat untuk memberikan pengalaman terbaik untuk peminat bola sepak, memastikan setiap mereka menikmati hanya hiburan terbaik di mata masing-masing, dan merasai setiap minit dan setiap saat, seolah-olah mereka benar-benar di sana. Dengan skrin paparan yang sangat besar, kualiti gambar yang luar biasa dan bunyi yang dioptimumkan untuk setiap permainan, rangkaian TV QLED 2018 adalah pilihan yang paling tepat untuk menonton perlawanan bola dan acara sukan berprestij lain secara langsung.”

rangkaian TV QLED 2018 dengan 4K UHD
rangkaian TV QLED 2018

Ketua Pemasaran Souled Out, Cassie Wong berkata,”Souled Out sentiasa sinonim dengan acara sukan dan ia merupakan satu penghormatan buat kami apabila berpeluang menganjurkan penyiaran secara langsung Liga

Souled Outrakan niaga F&B rasmi Astro 4K UHD

Perdana dalam kualiti 4K UHD yang pertama. Pelanggan kami yang merupakan peminat sukan pasti teruja untuk menonton lebih banyak acara sukan secara langsung dalam 4K UHD.” 

Mohd Sulaiman, peminat setia Liverpool berkata, “Sebagai peminat tegar Liverpool di Malaysia, pengalaman menonton perlawanan Liverpool sebentar tadi dalam kualiti 4K UHD adalah sangat mengujakan. Saya begitu asyik menonton perlawan tersebut dan merasakan pengalaman tontonan yang dirasai adalah lebih hebat berbanding menonton perlawanan secara langsung di stadium!”

Liverpool vs West Ham

4 kali lebih kejelasan berbanding HD dengan paparan lebih hebat dan perincian yang menakjubkan

4K UHD memberi pengalaman tontonan yang lebih hebat dan menawarkan definisi warna yang lebih menarik serta empat kali lebih kejelasan paparan. Menerusi 4K UHD, paparan warna di kaca televisyen lebih terang dan meningkatkan resolusi HDTV kepada empat kali ganda menjadikan butiran lebih jelas serta mempunyai lebih kepelbagaian dalam palet warna. Pelancaran ini pada pembukaan Liga Perdana 2018/19 selari dengan perancangan Astro untuk menyiarkan secara langsung beberapa perlawanan terpilih dalam format paparan lapan juta piksel.

Tentang 4K UHD

Penyiaran Liga Perdana dalam 4K UHD merupakan pengenalan terhadap perancangan Astro untuk memperkenalkan set dekoder 4K UHD pada tahun ini. Astro telah membuat pelaburan dalam infrastruktur untuk meningkatkan pengalaman menonton dengan penyiaran dalam kualiti 4K UHD secara berperingkat di beberapa saluran, pengenalan perisian baharu dan panduan penggunaan supaya kandungan program yang ditawarkan dapat diakses dengan mudah serta beberapa ciri inovatif lain pada tahun ini.

Untuk butiran lanjut atau senarai rakan kongsi dan pembekal Liga Perdana 4K UHD Astro, sila layari www.astro.com.my/4kuhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *