Astro Meriah Bersama Di Saluran Khas Raya HD

Astro Meriah Bersama

Astro Meriah Bersama Di Saluran Khas Raya HD |  Kesinambungan dari pelancaran kempen Astro Meriah Bersama pada awal bulan ini, kini Astro mempersembahkan himpunan pengisian hebat termasuk kandungan premium dan digital di kesemua platformnya. Yang menariknya iklan komersial raya yang lucu dengan elemen Raya Piala Dunia 2018 yang berjudul “Gaya Raya Paling Ori” (GPRO).

Iklan Komersial Raya Astro Meriah Bersama

Pada tahun ini Astro memperkenalkan iklan raya komersial sempena Aidilfitri itu berjudul ‘Gaya Raya Paling Ori’ (GRPO). “Iklan raya ini padat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan dalam bentuk komedi santai. “Elemen yang dimainkan bagi iklan raya ini adalah berdasarkan apa yang ‘trending’ sepanjang tahun ini.

“Kita menggunakan gabungan elemen yang ‘trending’ dalam iklan GRPO ini untuk memberikan plot penceritaan yang menarik dan kreatif serta mempunyai mesej yang mendalam buat penonton,” kata Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh.

Menurut Dato’ Khairul lagi, “Musim perayaan adalah masa terbaik untuk mempertautkan kembali silaturahim dan ikatan persaudaraan menerusi tradisi ziarah dan salaing berkunjungan. Tradsi meluangkan masa berkumpul di samping keluarga tercinta dan sahabat handai sambil menonton pelbagai aneka rancangan hiburan di televisyen juga sudah menjadi keperluan yang wajib di buat bersama-sama.

Program-program Menarik Sepanjang Syawal

Saluran ‘Raya HD’ di 122 akan dibuka secara percuma kepada semua pelanggan Astro dan Njoi selama sebulan bermula 14 Jun sehingga 15 Julai ini. Antara rancangan menarik yang bakal menemui anda adalah:

  1. Program hiburan dan muzikal yang disajikan termasuklah Gegar Raya Vaganza, Caca Marba Glamour Raya, Rumah Terbuka AF2018 dan banyak lagi.
  2. Drama hebat termasuklah episod ‘spin-off’ menarik yang menampilkan nama-nama popular tanah air turut menanti antaranya Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Awak Suka Saya Tak Raya.
  3. Telefilem terhebat turut dibariskan seperti Pok Ya Cong Codei Siti di Hati, Jihan Nak Displin Anak, Matilanak, Bini Aku Dari…., Renyai Takbir Raya dan Batang Buruk Batu Lesung.
  4. Program lawak dan komedi pula seperti Sepahtu Reunion Al Raya, Muzikal Lawak Raya, Bocey & Friends Raya Lah Pulak, Panggung Karoot Pok Ya dan Opocot Melatah Raya.
  5. Program kanak-kanak dan animasi seperti Ceria Megastar Raya, koleksi klip video lagu raya Omar & Ana serta Oh My Family Raya.
  6. Filem-filem tempatan dan antarabangsa seperti Abang Long Fadil 2, Pinjamkan Hatiku, Tombiruo, Snow White & Huntsman, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhie Gham, Jurassic World, Bahubali, Bad Genius, Zombie Fighters dan banyak lagi.
  7. Astro First Eksklusif turut Bersama-sama meraikan filem televisyen bergenre seram-komedi berjudul ‘The Hantus’. Ini merupakan filem pertama terbitan syarikat produksi Nabil Ahmad dan diarahkan sendiri oleh beliau.
  8. Astro Shaw pula membariskan dua filem terbaru iaitu Hantu Kak Limah 2 bermula 9 Ogos dan Polis Evo 2 pada hujung tahun ini.

Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia

Kebetulan Piala Dunia FIFA 2018 jatuh pada bulan Syawal, maka Astro selaku penyiar rasmi akan turut membuat liputan komprehensif untuk kesemua 64 perlawanan.

Kalau perasan, iklan raya Gaya Raya Paling Ori berdasarkan bahang kehangatan FIFA 2018 yang disemarakkan dalam jalan cerita iklan ini.

Yang pastinya program-program ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Leave a Reply