Astro Ultra Box Pengalaman Astro Baharu dengan 4K UHD, Rakaman Awan dan Paparan Terkini

Astro Ultra Logo

Astro Ultra Box Pengalaman Astro Baharu dengan 4K UHD, Rakaman Awan dan Paparan Terkini | Rakyat Malaysia kini boleh menikmati hiburan terbaik dengan Astro Ultra Box yang baharu. Pengalaman Ultra merangkumi ciri-ciri seperti 4K UHD, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’), paparan pengguna baharu yang lancar ditawarkan kesemua peranti, cadangan kandungan yang diperkukuhkan mengikut padanan tontonan, fungsi ‘play from start’ dan keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak. Kesemua ciri-ciri ini boleh didapati melalui Ultra box baharu dan Astro GO. Selain itu, Ultra Box juga membolehkan peminat sukan untuk menikmati UEFA EURO 2020, Liga Perdana, Formula 1 dan La Liga dengan pengalaman 4K UHD pertama di Malaysia.

Astro Ultra Box Pengalaman Astro Baharu dengan 4K UH dilancarkan

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata, “Kami berada di landasan betul untuk terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan serta pengalaman yang terbaik buat pelanggan kami menerusi kandungan, kemudahan OTT dan pengalaman menonton di rumah. Hari ini merupakan perjalanan baru di mana Ultra Box membawa hiburan ke tahap seterusnya yang membolehkan 4K UHD, rakaman awan, play from start dan memiliki paparan baharu yang dapat meningkatkan pengalaman hiburan di rumah melalui skrin besar. Para pelanggan boleh menaik taraf ke Ultra Box untuk menikmati pengalaman baharu ini. Pengalaman Ultra juga diperluaskan melalui Astro GO yang disediakan secara percuma kepada semua pelanggan. Pelanggan hanya perlu memuat naik aplikasi dan strim program-program kegemaran mereka!”

“Lebih separuh juta pengguna di rumah mempunyai TV 4K di mana 70% adalah pelanggan Astro. Pelancaran Ultra Box tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pengalaman 4K UHD. Di samping itu, pertubuhan komersial dalam sektor hospitaliti, runcit serta makanan dan minuman turut berpeluang untuk menyediakan pengalaman 4K UHD kepada peminat-peminat sukan dan kandungan-kandungan lain yang disajikan.” sambung Henry

Unit Astro Ultra Box

Ultra Box menggunakan teknologi sistem hibrid dan capaian internet. Satelit pula memancarkan kualiti terbaik 4K. Sambungan Ultra Box ke internet membolehkan interaksi dan keupayaan untuk menyalurkan kandungan pada bila-bila masa mengikut permintaan. Astro turut menawarkan hiburan yang menarik dan pakej jalur lebar.

Dengan kelancaran dan pelarasan paparan pada kedua-dua Ultra Box dan Astro GO, pelanggan dapat menikmati pengalaman tontonan yang dipertingkatkan seperti berikut:

Ultra Box dan Astro GO

Astro Cloud Recording: Boleh didapati melalui Ultra Box baharu dan Astro GO. Ini bermakna, pelanggan boleh merakam pelbagai program secara serentak melalui Ultra Box atau menerusi Astro GO dan simpan di Astro Cloud yang boleh diakses pada mana-mana peranti dan pada bila-bila masa. Pelanggan diberikan 200 jam penyimpanan HD secara percuma dan boleh ditambah sehingga 1500 jam pada harga RM15 sebulan.

Play from Start: Kelebihan buat penonton – jika anda berada pertengahan program, klik butang restart untuk menonton semula program dari awal.

Play from Start

New Home Screen: Membolehkan carian kandungan dengan lebih mudah. Semua program yang dipaparkan tersedia untuk ditonton tanpa dikenakan bayaran kecuali program yang dipaparkan di stor (Store).

New Home Screen

Discover and Stream VOD: Sambungkan Ultra Box ke internet dan nikmati lebih 50,000 video on demand di rumah atau melalui Astro GO.

Astro Ultra VOD

Search: Carian mudah untuk kandungan dari katalog yang merangkumi siri TV, filem, program kanak-kanak, kandungan langsung dan rakaman anda sendiri. Cari mengikut padanan tajuk program, pelakon, pengarah dan juga saluran.

Search

Multi-screen and Stop Here, Continue There: Hentikan program pada satu peranti dan sambung semula program anda di peranti lain.

Stop here, Continue there

Naik Taraf Percuma kepada Pelanggan dengan langganan RM100 ke atas

Pelanggan dengan langganan bulanan sebanyak RM100 dan ke atas boleh menaik taraf secara percuma. Pelanggan perlu menyambungkan Ultra Box ke internet untuk menikmati lebih daripada 50,000 video on demand, cloud recording dan faedah lain. Untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan TV 4K yang bersesuaian. Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan Astro & Broadband menerusi tawaran kami.

Sila rujuk maklumat harga seperti di bawah:

Harga Pemasangan Ultra Box Pelanggan Semasa Pelanggan Baharu
Harga Pakej Langganan Bulanan ≥ RM100 PERCUMA RM99
Harga Pakej Langganan Bulanan < RM100 RM199

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 7490 8000 atau layari www.astro.com.my/ultra. Ikuti perbualan tentang Ultra Box melalui media sosial dengan tanda pagar #AstroUltra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *