Avon Perkenalkan Rangkaian Produk Hebat 2018

Avon True1

Avon Perkenalkan Rangkaian Produk Hebat 2018 |  Siapa tak kenal dengan jenama Avon yang sudah bertapak di Malaysia selama 40 tahun lepas. Dan bila sebut Avon, semestinya tergambar produk-produk wanita dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kan. Yang sememangnya Avon terus komited membantu setiap wanita berasa yakin dan menyerlah apabila memperkatakan tentang kecantikan dan ketrampilan diri.

Avon True

Tahun 2018, Avon melancarkan produk-produk utama dan terbaru mereka di Ekspo Kecantikan Avon 2018 dengan rangkaian terdiri daripada koleksi jagaan kulit terbarunya Nutraeffects, alat solekan Ultra Volume Lash Magnify Mascara dan haruman terbaru Eve Duet.

Ekspo ini diadakan sempena Persidangan Kebangsaan Avon iaitu satu majlis yang mengiktiraf kecemerlangan Wakil-Wakil nya sepanjang 2017. Satu kaunter pameran dibuka selama 2 hari bagi memperkenalkan produk-produk ini dengan lebih terperinci oleh pakar kecantikan Avon.

Ultra Volume Lash Magnify Mascara

Ultra Volume Lash Magnify Mascara yang melapisi, menganjak dan mengisi ruang pada bulu mata dengan kelebatan mewah dari setiap sudut. Maskara inovatif ini diformulasikan dengan Smartfibre Complex, adunan istimewa serat pelbagai bentuk dan saiz yang menyalut setiap bulu mata dengan sekata serta memberi 3 transformasi hebat pada bulu mata yang kekal seharian tanpa lekat, comot atau berkeping.

Ultra Volume Lash Magnify Mascara

Berus berbentuk badam unik dengan hujung tirus mengikut bentuk semuilajadi mata dan menyalut bulu mata sehingga ke akarnya untuk penampilan bulu mata lebih lebat. Ia juga menyalut bulu mata di kelopak atas dan bawah mata dengan mudah. Maskara kalis air ini juga hipoalergenik dan sesuai untuk mata sensitif. Ia datang dalam rona hita berpigmen, Blackest Black.

Anda boleh dapatkan Maskara ini bermula 1 April 2018 dari wakil Avon atau lawati mana-mana Butik Kecantikannya di seluruh negara.

Color-Correction Perfection

The Perfect Pink

Pakar kecantikan menerangkan produk terbaru

Avon True Nutraeffects

Nutraeffects memperkenalkan koleksi jagaan kukit terbarunya, Nutraeffects yang mengguunakan kuasa ramuan alam semulajadi untuk menutrisi kulit dan menyerlah kesihatan dan kejelitaan semulajadinya.

Nutraeffects

Diformulasikan dengan Active Seed Complex – kombinasi berkesan ekstrak bijian aktif, vitamin, mineral dan omega 3 yang membantu menyokong keperluan kulit dan memberi kelembapan sehingga 48 jam.

Semakin kita berusia, kulit kehilangan keupayaan semulajadinya untuk menarik dan mengekal lembapan, menjadikannya tampak dan terasa kering, kasar dan tidak sihat. Active Seed Complex bertindak jauh ke dalam lapisan kulit untuk menarik lembapan ke permukaan kulit, menganjak lembapan kulit. Menguat lapisan penghadang lembapan kulit dan mengelak kehilangan lembapan.

Produk Nutraeffects terdiri daripada 4 rangkaian jagaan kulit dan 4 pembersih wajah yang memberi hasil sebenar untuk pelbagai jenis kulit.

Brightening with Glutathione

radiant skin

Menggabungkan kuasa mencerah dari Biji Markisah dan Glutathione untuk kulit lebih berseri dan tona lebih sekata. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Hydra Boost

hydrate skin

Diformulasi dengan Biji Chia yang mengunci lembapan dan menguat lapaisan lembapan kulit, menjadikannya tampak sihat dan lembap. Sesuai untuk kulit normal dan kering.

Mattifying

less shine

Mengadun kuasa melembap dari Biji Chia dan Ramuan Memusam yang menyerap lebihan minyak dari permukaan kulit dan mengurang penapilan kulit berkilau. Sesuai untuk kulit berminyak atau kombinasi.

Pembersih

Pembersih

Diperkaya dengan Buah Beri Pembersih, iaitu pembersih semulajadi dari alamyang membersih secara mendalam dan menanggal mekap tanpa mengeringkan kulit.

Rangkaian Avon True Nutraeffects adalah hipoalergenik, tidak menyumbat pori, diuji untuk alergi, bebas paraben dan pewarna serta sesuai untuk kulit sensitif. Rangkaian ini akan berada dipasaran bermula 1 Febuari 2018.

Avon Eve Duet

Eve Duet menampilkan 2 wangian dalam 1 botol yang boleh dipakai secara berasingan atau dengan campuran kedua-duanya sekali dan menghasilkan haruman yang baru. Sesuai dengan wanita masa kini yang mempunyai pelbagai peranan samada sebagai seorang isteri, ibu, tenaga kerja mahupun apa sahaja bidang dan lapangan, haruman Eve Duet mampu menyerlahkan personaliti serta keanggunan seorang wanita tersebut.

Eve Duet

Wangian ini akan berada di pasaran pada 1 Mac 2018.

Selain dari itu terdapat juga produk-produk lain termasuk barangan kulit, pakaian dalam wanita dan bermacam lagi.

produk lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *