Ayamas Kitchen Perkenalkan 3 Lagi RTE

RTE Bloggers Party

Ayamas Kitchen Perkenalkan 3 Lagi RTE |  Sebelum ini Ayamas Kitchen perkenalkan produk Ready-To-Eat (RTE) atau Sedia-Di-Makan Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Pilaf Ayam Mentega. Kini 3 lagi RTE diperkenalkan iaitu Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai.

Ayamas Kitchen RTE Baru

Produk RTE sebelum ini mendapat sambutan yang sungguh memuaskan dan Ayamas Kitchen terus menambahkan lagi produk RTE mereka ke pasaran. Dengan bertemakan “Easy and Delicious“, rangkaian RTE Ayamas Kitchen ini adalah mudah untuk disediakan. Apa yang perlu anda lakukan ialah menebuk bungkusan plastik pada bekas dengan garpu dan panaskannya selama  4 – 5 minit dalam ketuhar gelombang mikro.

RTE - Bihun Goreng Istimewa

“Ayamas Kitchen sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi resipinya untuk menghasilkan lebih banyak pilihan hidangan untuk pelanggan, terutamanya dari golongan muda dan generasi milenium,” kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi,  KARA Holdings Sdn Bhd.

RTE - Nasi Bijan Ayam Bulgogi

“Produk RTE kami disediakan dalam persekitaran yang bersih serta kawalan kualiti yang tinggi dengan kadar nilai nutrisi yang tepat, selaras dengan idea kami untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat serta mengekalkan rasa makanan seperti masakan asli,” katanya.

RTE - Nasi Kari Hijau Ayam Thai

Naz dah rasa ketiga-tiga RTE terbaru ini dan Naz sangat suka kepada Nasi Kari Hiau Ayam Thai. Ia hidangan lengkap cukup dengan sayurnya sekali. Dari segi rasa, memang sedap dan Naz akan tambah cili padi potong untuk menghangatkan lagi… sebab Naz suka pedas!

Bihun Goreng Istimewa dijual pada harga RM5.90 untuk setiap paket, manakala Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai dijual pada harga RM7.90 setiap paket. Rangkaian RTE ini boleh didapati di semua Kedai Ayamas di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, sila layari laman web www.kedaiayamas.my atau Facebook Kedai Ayamas – Ayamas Roasters.

Leave a Reply