Bagai Pesta Makan Seafood Sedap Di Crab Factory

Bagai Pesta Makan Seafood Sedap Di Crab Factory |  Memang macam pesta makan seafood semasa geng-geng kecoh membuat food review di Crab Factory. Ini cerita benar bukan cerita olok-olok tau… Bagi pengemar seafood, Naz cadangkan anda datang dan cuba hidangan di Crab Factory yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Jom baca terus untuk ketahui pesta apa yang kami rasai…

Crab Lover Giler Set

Crab Factory terletak di no 21 Jalan SS2/64, Petaling Jaya. Sebaris dengan Restoran Pelita dan sebelah farmasi Guardian.

Welcome to Crab Factory
sama plak dengan patung botak depan kedai nie…

Mengikut T.Y., pemilik Crab Factory ini, dia mendapat inspirasi ini ketika mengembara ke Amerika Syarikat dan melihat festival yang berlangsung di Louisiana. Bertitik tolak dari situ lah dia mengilhamkan hidangan seafood taboor (tabor)… makan tanpa pinggan dan hanya beralaskan kertas putih di atas meja. Tengok aje la kanak-kanak girang gembira ini…

T.Y. menceritakan
T.Y. bersungguh-sungguh menceritakan tentang kelebihan set Crab Lover Giler yang tak dapat di tempat lain…

Jom Taboor

Set Menu Seafood Sedap Crab Factory

Untuk set menu seafood taboor ini terdiri dari 3 pakej iaitu:

  • Crab Lover Shiok (2 – 3 pax) berharga RM149.70/set [49.90/pax]
  • Crab Lover Party (4 – 5 pax) berharga RM299.50/set [59.90/pax]
  • Crab Lover Giler (7 – 9 pax) berharga RM539.10/set [59.90/pax]

nota: Menu penuh di akhir blog post ini…

Selain dari set di atas, ada juga Ala Carte dan Side dish (sampingan) yang boleh di order untuk memeriahkan lagi pesta makan anda bersama keluarga atau rakan-rakan.

Untuk review kali ini, kami disajikan dengan 1 pakej Crab Lover Giler dan 2 set Ala Carte sahaja untuk kami 9 orang. Dari segi order nampak macam sikit aje, tetapi percaya lah kata Naz….memang banyak sangat!

Untuk set Crab Lover Giler ini dibahagikan kepada 2 bahagian:

Bahagian 1 mengandungi 2 ekor Ketam (upgrade ke saiz XXL), King White Prawns, Sotong, Kupang, Kerang Hamaguri, Jagung dan Kentang. Semua ini dimasak menggunakan Sos Pedas Istimewa mereka (campuran rempah Cajun, Bawang Putih dan Lemon). Sos Pedas ini ciptaan mereka sendiri setelah pelbagai formulasi dibuat untuk mendapatkan rasa yang sempurna. Terliur sambil menulis blog ni.

Geng Giler No. 1 - Spicy Sauces
Geng Giler No. 1 – Sos Pedas Istimewa…

Bahagian 2 pula mengandungi 2 ekor Ketam (upgrade ke saiz XXL), Lobster mini, Udang Air Tawar, Udang Jumbo dan Jagung. Semua ini pula dimask menggunakan Sos Telur Masin.

Geng Giler No. 2 - Salted Egg
Geng Giler No. 2 – Sos Telur Masin…

Set ini juga didatangkan dengan Kepak Ayam Goreng, Sesunggut Sotong Goreng, Mantou Goreng dan 9 Nasi Bawang.

Hidangan Sampingan
Hidangan sampingan Sesunggut Sotong Goreng, Kepak Ayam Goreng, Mantou Goreng dan Nasi Bawang…

Ditambah pula dengan 2 set Ala Carte iaitu:

Set Shell On yang mengandungi 300 gram Kerang Hamguri, 300 gram Kupang, Kentang dan Jagung yang dimasak dengan Sos Garlic Butter. Harga set ini RM59/set.

Shell On - Garlic Butter
set Shell On dimasak dengan Sos Garlic Butter memang sodap…

Set Udang Air Tawar yang mengandungi 500 gram Udang Air Tawar, 200 gram Udang King, Kentang dan Jagung yang dimask dengan Sos Jamba-Jamba (sos tomato pedas).

Freshwater Prawns - Jamba Jamba Sauce
set Freshwater Prawns dimask dengan Sos Jamba Jamba dan topping cheese memang mengiurkan…

Kedua-dua set ini didatangkan dengan set sampingan iaitu Mantou Goreng. Lihat saja cara mereka taboor seafood sedap ini ke atas meja….

oh lupa nak bagi tau, untuk menstabilkan kepedasan sos cili, mereka meletakkan cheese topping yang meleleh…. Peerrrgghhhh terlior lagi…

Isi ketam yang banyak dan padat, udang yang besar dan segar, kupang dan kerang yang berisi serta sos yang hangat berperisa memang menggembirakan deria rasa Naz dan rakan-rakan.

set penuh seafood sedap Crab Lover Giler
set penuh seafood sedap Crab Lover Giler…
Mini Lobster
Ini Mini Lobster yang bakal dimakan oleh Giant Naz…

Masing-masing sibuk menggunakan tukul untuk memecahkan cengkerang ketam dan udang untuk mendapatkan isi-isi yang padu tu. Memang kecoh betul la kedai tu dengan gelak tawa dan ketukan macam nak siapkan rumah aje.

Naz dan sotong
Naz nak makan sotong pun susah sebab si T.Y. sibuk dok membuat facebook live…

Naz langsung tak menjamah nasi bawang yang dihidangkan dan betul-betul kenyang dengan hanya memakan seafood semata-mata. So kalau korang datang dan order menu yang sama, korang boleh mintak nasi tu untuk dibungkus bawa pulang ataupun minta mereka kurangkan nasi. Naz dan isteri betul-betul enjoy menikmati seafood sedap di Crab Factory ini. Nak makan selalu tak boleh, kena jaga kolestrol level kan.

Dating sambil food review
Muka kanak-kanak kenyang dan riang…

Dari segi harga mungkin ada yang mengatakan agak mahal. Tetapi bila Naz dah pergi cuba dan rasa sendiri, harga dan kuantiti yang dihidangkan itu sungguh berbaloi (value for money). So mungkin 3 bulan sekali atau 4 bulan sekali boleh repeat makan di Crab Factory lagi.

hashtag mycrabfactory
kalau makan kena post gambar kat sosial media…jangan lupa guna hashtag ini…

Untuk sebarang maklumat lanjut dan promosi, Naz sertakan info di bawah untuk anda yang ingin ke Crab Factory:

Crab Factory – SS2, PJ
21, Jalan SS2/64, 47300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Tel: 03- 7865 5850

Waktu Operasi:
Selasa-Khamis: 11.30am – 10.30pm
Jumaat-Ahad: 12pm – 11pm
Isnin: TUTUP

Laman Web: www.crabfactory.com.my
Facebook: www.facebook.com/crabfactorymalaysia
Instagram: www.instagram.com/mycrabfactory

Menu Crab Factory:

Crab Factory-Menu 1

Crab Factory-Menu 2

Crab Factory-Menu 3

Crab Factory-Menu 4

Crab Factory-Menu 5

 

Leave a Reply