BBQ Buffet Dinner Di Restoran Royale Songket GBWHSA | Meriah dan semakin meriah di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Dari makan malam tahun baru cina, kemidian bermalam di hotel mesra halal ini, dan ber Ho Ho Chiak sehingga ke sambutan Hari Ibu… disusuli pula dengan menikmati baby lobster, hi-tea dan bento set. Kini Restoran Royale Songket mempersembahkan BBQ Buffet Dinner untuk malam minggu.
Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kini memperkenalkan Buffet BBQ untuk makan malam yang menawarkan anda ayam, kambing, daging lembu dan makanan laut yang segar dengan pelbagai barisan buffet termasuk hidangan panas. Hidangan bufet barbeque yang enak ini diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu di Restoran Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam, bermula dari RM78.00+ untuk orang dewasa, RM55.00+ untuk warga emas dan RM39.00+ untuk kanak-kanak. Bermula dari pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam, anda dan keluarga atau bersama rakan-rakan boleh menikmati pelbagai pilihan Buffet BBQ dengan hidangan yang kaya dan beraroma.
“The backyard barbecue is often considered a symbol of summer. It can represent a family tradition or a relaxing way to spend time with friends.” – Shari Finnell
Yang inginkan pembuka selera, tersedia salad bersama keju mozzarella, tomato & basil, sos & perasa, dan sebagainya. Untuk makanan laut di ais, anda boleh menikmati kupang hijau NZ, kepiting, tiram, udang dan kerang hitam. Pada bahagian grill, terdapat hidangan daging dan makanan laut seperti sate ayam dengan bumbu, sate ayam yakitori, sirloin steak, sosej ayam jumbo, sotong panggang, fillet ikan yang diasinkan dibalut dengan daun pisang dan banyak lagi. Juga terdapat pizza mini, pasta, nasi, jagung, nachos dan banyak lagi.
Selain dari bahan-bahan yang di grilled seperti di atas, terdapat juga hidangan lain yang disediakan oleh Chef, seperti…
Antara makanan yang Naz sempat ambil gambar adalah seperti berikut….
Selain dari yang ditunjukkan di atas, terdapat juga pasta, piza, nachos dan bermacam lagi lah….
Untuk pencuci mulut yang sememangnya menjadi tumpuan, terdapat puding kelapa, panna cotta coklat, nanas panggang & karamel tart, pengat pisang, kek cheese, buah-buahan potong, aiskrim pelbagai perisa…
Raikan keluarga anda atau rakan-rakan untuk keselesaan makanan dengan hiburan yang hebat pada hujung minggu. Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi kami di Restoran Royale Songket 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga tertakluk kepada 6% GST.
Harga : RM 78.00+ (Dewasa)
RM 39.00+ (Kanak-Kanak) 4 – 11 tahun
Hari : Setiap Jumaat & Sabtu
Masa : 6.30 petang – 10.30 malam
Restoran : Royale Songket Restaurant, Ground Floor
Pengurus Hotel : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Chef Bertugas : Chef Al-Hafiz Bin Redzuan (Senior Chef De Cuisine)
Info about Royale Songket Restaurant
Royale Songket Restaurant is the main restaurant located at ground floor, Grand BlueWave Hotel Shah Alam that offers you an array of traditional and local cuisines as well as Western style dishes. Decoration inspired by the element of Malaysian touch in contemporary setting, this restaurant able to accommodate total of 150 diners at one time. It also acquires an official endorsement of HALAL certificate from JAKIM. Operates from 6.00 am to 12.00 midnight, available 7 days a week.