Belayar Bersama Pak Nil Atas Star Cruise | Macam Macam Aznil Berskala Besar

Assalamualaikum dan salam satu dunia,

Inginkah anda….

  • bercuti sambil berlayar di atas SuperStar Libra selama 4 hari 3 malam?
  • berlayar tanpa was-was dengan Pakej Percutian Muslim Star Cruises?
  • berlayar bersama Pengacara Popular No. 1 Malaysia, Datuk Aznil Hj. Nawawi atau Pak Nil?

Jika jawapan anda adalah YA untuk ketiga-tiga soalan di atas, maka bersiap sedialah… suatu percutian ala-ala rancangan “Macam Macam Aznil” berskala besar akan berlangsung pada 6 April hingga 9 April 2014 nanti. Percutian di atas kapal SuperStar Libra bersama Pak Nil ini adalah anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd (MHTT) dan Santai Travel. Ini merupakan satu usaha memperkenalkan percutian di atas kapal di samping mempromosikan pakej percutian bersama Pak Nil.

Main Organisers

Pada 19 Febuari 2014 yang lalu, satu majlis sidang media Pelancaran Pakej Pelayaran Star Cruises Bersama Pak Nil telah diadakan di Saloma Bistro Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali ke-2 pakej pelayaran ini dilancarkan selepas kejayaan Pakej Percutian Muslim Star Cruises bersama Pak Nil pada tahun lepas. Saksikan VT promosi pakej tahun lepas…

Apa menarik tentang pakej kali ini?

Pakej ini adalah pakej percutian yang eksklusif hanya untuk peminat Pak Nil. Program khas telah diatur sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke SuperStar Libra nanti. Selain itu juga bagi mereka yang mengikuti pakej ini akan mendapat kad akses eksklusif dan pelbagai cenderamata istimewa dari pihak penganjur. Tetapi ingat….hanya untuk 500 orang SAHAJA!

Untuk pakej ini juga SuperStar Libra akan menggunakan laluan baru iaitu Penang → Langkawi → Phuket → Penang. NaZ kongsikan sedikit teaser di sini… Pak Nil akan buat kejutan (salah satu yang di rancang) nanti di Langkawi. Memang rugi kalau tak join!

Brosur Pelayaran Bersama Pak Nil
Brosur Promosi Pelayaran SuperStar Libra bersama Pak Nil
3 Night Penang-Langkawi-Phuket-Penang
Antara yang akan berlaku selama 3 malam di atas SuperStar Libra bersama Pak Nil

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Harmony Tours & Travel, En. Cooper Huang, percutian di atas kapal merupakan percutian yang ideal dan mudah. Tambahnya lagi bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan. Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya termasuk telah termasuk da;a, [akej yang telah dibayar. Tiada caj tambahan diperlukan.

Untuk pengetahuan semua, kini terdapat sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bagi orang muslim yang mengikuti pelayaran ini tidak perlu rasa was-was dan boleh mengikuti pelayaran ini dengan hati yang senang.

SuperStar Libra Star Cruises
SuperStar Libra umpama Resort Eksklusif di tengah lautan…

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruises, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia seperti sebuah resort yang eksklusif di tengah lautan.

Ingat pelayaran bersama Pak Nil adalah terhad kepada 500 orang sahaja!

Hubungi NaZ

atau untuk makluman lanjut boleh hubungi
Malaysia Harmony Tours & Travel di
+60 3 2142 9266

Jumpa di sana nanti

4 thoughts on “Belayar Bersama Pak Nil Atas Star Cruise | Macam Macam Aznil Berskala Besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *