Berani Jadi Papa Gandingan Dato’ Awie, Ungku Hariz & Rykarl Iskandar

Berani Jadi Papa banner

Berani Jadi Papa Gandingan Dato’ Awie, Ungku Hariz & Rykarl Iskandar | Bersempena dengan musim cuti persekolahan ini, Astro First Eksklusif (saluran 480) tampil dengan sebuah filem televisyen (FTV) istimewa, ‘Berani Jadi Papa’, yang bakal menemui peminat mulai 6 Disember 2018. FTV arahan sutradara hebat, Umi Salwana Omar ini boleh turut ditonton di platform digital, ‘on demand’.

Bintang Berani Jadi Papa

‘Berani Jadi Papa’ adalah buah tangan terbaharu rumah produksi, Red Communications Sdn. Bhd. dan buat julung kalinya, ia menampilkan gabungan tiga generasi yang bertindak sebagai pengemudi utama, Dato’ Awie, Ungku Hariz danRykarl Iskandar. Lakon layar dan cerita asal FTV ini adalah nukilan Nadia Khan dan Mamu Vies, manakala Lina Tanmerangkap Penerbit Eksekutif.

Dato’ Awie, Ungku Hariz dan Rykarl Iskandar

‘Berani Jadi Papa’ merupakan sebuah naskhah santai namun sarat dengan pelbagai mesej positif yang amat sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Disisipkan dengan elemen komedi dari satu babak ke babak yang lain, ‘Berani Jadi Papa’ memaparkan kisah kesetiaan sebuah persahabatan dan kerakraban hubungan di antara anak dan ayah, yang mana masing-masing mempunyai masalah danisu yang perlu dihadapi dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Menyukarkan lagi apabila tanpa adanya kehadiran susuk seorang wanita yang boleh dipanggil ibu atau isteri. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat kedua-dua anak beranak ini untuk terus bangun meneruskan kehidupan seharian, dengan cara mereka yang tersendiri.

Sinopsis Ringkas

Hubungan Kamal (Ungku Hariz) dan anaknya, Ayim (Rykarl Iskandar), menjadi renggang sejak isteri Kamal iaitu ibu Ayim meninggal dunia. Kamal kini membesarkan Ayim sebagai ayah tunggal. Pada suatu hari, Kamal dan Ayim bertengkar dalam perjalanan ke sekolah untuk berjumpa Pengetua kerana Ayim kerap ponteng sekolah. Kamal gagal memahami cabaran hidup Ayim, dan begitu juga sebaliknya. Tanpa diduga, Kamal dan Ayim tertukar badan dalam pertengkaran tersebut.

Kini Ayim berada dalam tubuh papanya Kamal, dan Kamal berada dalam tubuh anaknya, Ayim. Mereka perlu mencari jalan untuk segera kembali ke badan masing-masing. Malangnya mereka gagal. Kamal dan Ayim terpaksa melalui kehidupan dalam tubuh mereka yang baru, menimbulkan pelbagai masalah dan kekeliruan. Keadaan bertambah kalut apabila artis veteran yang diuruskan oleh Kamal, Sani Joned (Dato’ Awie),terpaksa tinggal di rumah mereka akibat masalah kewangan. Kamal dan Ayim bukan saja perlu belajar hidup dalam tubuh yang baru, malah terpaksa berusaha kerasuntuk mempopularkan semula seorang artis veteran yang kini makin dilupai.

Berani Jadi Papa logo

‘Berani Jadi Papa’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 6 Disember 2018 (Khamis) ini. Dengan hanya RM 15.00*, penonton boleh menonton ‘Berani Jadi Papa’ dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Berani Jadi Papa’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’.

*tidak termasuk cukai

One thought on “Berani Jadi Papa Gandingan Dato’ Awie, Ungku Hariz & Rykarl Iskandar

  1. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat kedua-dua anak beranak ini untuk terus bangun meneruskan kehidupan seharian, dengan cara mereka yang tersendiri.

Leave a Reply