Berbuka Puasa Dengan Juadah Riang Ria Ramadhan ibis Styles

Riang Ria Ramadhan Flyer 2019

Berbuka Puasa Dengan Juadah Riang Ria Ramadhan ibis Styles | Bulan Ramadhan menghampiri dan tinggal kurang dari 30 hari sahaja lagi sebelum umat Islam menunaikan Rukun Islam yang ke-4. Bagi yang berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur amnya dan Cheras khasnya, Naz nak kongsikan satu lagi tempat berbuka puasa yang boleh anda kunjungi. Dengan tema Riang Ria Ramadhan, ibis Styles Kuala Lumpur Cheras menawarkan juadah berbuka puasa yang beraneka dengan harga yang berpatutan.

Riang Ria Ramadhan - ibis Styles Hotels

Tidak perlu tergesa-gesa untuk menyiapkan juadah berbuka puasa dengan kesibukan kerja harian anda. Bawa keluarga tersayang anda atau rakan sekerja berbuka puasa di ibis Styles Hotels dalam persekitaran yang ceria. Di Café sTREATs mereka anda boleh makan hidangan bufet mereka yang menampilkan makanan Melayu tradisional dari seluruh negeri di Malaysia. Tak perlu ke sana sini, hanya di ibis Styles Hotels.

Nasi Beriani
Nasi Daging

Anda boleh menikmati hidangan istimewa mereka termasuk Ayam Kampung Goreng Madu Perlis, Gulai Kambing Kerisik Darat Pulau Pinang, Daging Masak Merah Johor, Ikan Tenggiri Asam Pedas Melaka dan banyak lagi!

Assam Pedas
Riang Ria Ramadhan - sambal Ayam
Ayam Bakar
Sotong Kicap
Kacang Panjang
keropok

Selepas menikmati juadah utama, jangan lupa tinggalkan ruang sedikit untuk pencuci mulut, termasuk Kuih Melayu tradisional, ABC, kuih dan buah-buahan segar.

kuih tradisional melayu
tembikai
buah-buahan

Harga bufet Riang Ria Ramadhan di ibis Styles Hotels ini adalah: 
EARLY BIRD : RM48 net dewasa dan RM41 net (kanak-kanak dan warga emas) pembelian baucar dari sekarang hingga 1hb Mei 2019.

Tawaran Istimewa : Beli 10 baucar dan anda akan menerima 1 baucar PERCUMA!

Harga BiasaRM59 net dewasa dan RM41 net (kanak-kanak dan warga emas selepas 1 Mei 2019) 

Untuk tempahan Bufet Riang Ria Ramadhan 2019 di ibis Styles Kuala Lumpur Cheras boleh hubungi di talian 03- 9086 8888 atau emel ke H8001-SM3@accor.com  

Leave a Reply