Berikan Perabot Lama Anda Sentuhan Baru Sengan WD-40®!

Did you know #31 (1)

Berikan Perabot Lama Anda Sentuhan Baru Sengan WD-40®! | Jika anda berminat untuk mengurangkan jumlah sisa yang dibuang untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik, mengapa anda tidak mempertimbangkan untuk mengamalkan falsafah 3R iaitu, ‘mengurangkan (Reduce), guna semula (Reduce) dan kitar semula’ (Recycle)?

Reduce, Reuse, Recycle
Recycle symbol environmental conservation vector

Salah satu cara untuk membantu anda memulakannya ialah dengan memberi perabot lama anda sentuhan baharu, bukannya membuang atau menukar perabot anda yang masih baik kepada jenama baharu yang lebih mahal – kerana ia tidak lebih daripada inflasi – namun juga tidak semestinya mengurangkan kualiti atau reka bentuk yang lebih baik.

Apa yang anda perlukan sebenarnya ialah tin biru dan kuning, Produk Pelbagai Guna WD40® bagi membantu anda mengembalikan kesinaran perabot lama anda. Berikut adalah empat perkara utama yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum melakukannya:

  1. Jika ia adalah sofa kulit- atau apa-apa sahaja perabot jenis kulit – ia sebenarnya sangat mudah dibersihkan. Anda cuma perlu sembur dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® dan lap dengan kain lembut dan kering, gosok sedikit permukaan kulit. Jika anda melakukan cara ini, ia bukan sahaja membersihkan dan melicinkan kulit perabot anda, malah membuatkannya bersinar seperti baharu.
  2. Jika meja lama atau bahagian dapur anda penuh dengan kesan cawan, anda tidak perlu risau. Hanya semburkan sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® dan biarkan sekejap, gosok dan kesan kotoran berkenaan akan hilang. Permukaan pula akan menjadi seperti baharu. Biarpun permukaan mempunyai contengan krayon atau penanda lain, anda tidak perlu risau. Lakukan cara yang sama.
  3. Apabila kita memerlukan lebih banyak kerusi untuk acara atau parti yang bakal diadakan dan kita mempunyai kerusi plastik atau kerusi taman yang sudah lama tersimpan di rumah. Tetapi ia tidak seperti yang diharapkan apabila kerusi yang ada warnanya telah pudar dan terdapat kesan kotoran degil yang telah terkumpul bertahun-tahun. Oleh itu, anda hanya perlu sembur dengan Produk Pelbagai Guna WD-40®  ke atas kerusi terbabit dan gosok kuat sedikit.  Anda akan kagum dengan hasilnya.
  4. Satu set pemanggang BBQ selalunya agak mahal. Malah, jika ia dibiarkan terlalu lama dan tidak digunakan, sudah pasti akan memudahkan set BBQ menjadi kotor dan berkarat. Sebelum anda mengetahui kaedah ini, sudah pasti anda akan terfikir untuk membuangnya. Namun, ia sangat membazir jika barang berkenaan boleh diselamatkan dengan hanya membersihkannya.  Mulakan dengan menyembur sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® ke atas tempat pemanggang dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Selepas itu, semburkan semula, kemudian gosok larutan itu dengan kain kering atau aluminium foil. Bersihkan sebarang sisa kotoran dengan tuala kertas.  Sekiranya terdapat kesan kotoran (sama ada dari sisa makanan lama atau lain-lain jenis) yang terperangkap pada tempat pemanggang, anda hanya perlu sembur, kemudian hilangkan dengan menggunakan berus dawai atau berus kasar, sebelum mencucinya dengan air panas dan sabun .
BBQ Grill
perabot lama
perabot lama - spfa

Produk Pelbagai Guna WD-40® selamat untuk digunakan pada logam, getah, kayu dan plastik. Ia juga boleh digunakan untuk permukaan logam yang dicat tanpa memberi sebarang kemudaratan kepada cat.

Untuk maklumat lanjut mengenai lebih daripada 2,000 kegunaan Produk Pelbagai Guna WD-40®  yang boleh dipercayai, sila layari https://wd40.asia/.

Leave a Reply