Berkongsi Italian Lunch Di Olive Garden MidValley

Olive Garden

Berkongsi Italian Lunch Di Olive Garden MidValley |  Sabtu lepas sebelum menyaksikan tayangan premiere Haunted Hotel, Naz dan isteri telah ke restoran Olive Garden MidValley untuk menikmati makan tengahari. Maklum la asyik sibuk je, ini lah peluang nak berdating di hujung minggu.

2 course italian lunch

Kami telah ke restoran Olive Garden di MidValley yang menyajikan hidangan ala Italian. Restoran ini terletak di aras 1 bersebelahan restoran Madam Kwan atau bertentang dengan Toys R Us. Dan kami melihat terdapat promosi “2 Course Italian Lunch” yang bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang bermula dari RM21.90.

Terus kami bertanyakan tentang promosi ini. Untuk setiap pesanan makanan utama (main course) anda akan diberikan pilihan sup atau salad, breadsticks x 3 keping dan minuman (bottomless drink). Terpandang pesanan yang datang di meja sebelah, kelihatan portion hidangannya besar. Jadi Naz pun membuat satu saja pesanan dengan tambahan menu lain.

Mari tengok apa yang Naz pesan… untuk hidangan utama Stuffed Chicken al Forno. Untuk set ini Naz diberikan minuman the limau ais, breadsticks dan Naz pilih salad.

Stuffed Chicken al Forno
Stuffed Chicken al Forno (RM32.90)
Breadsticks
Breadsticks diberikan percuma…
Salad
Salad yang dipenuhi dengan parutan cheese yang banyak…

Untuk tambahan, Naz order White Chocolate Raspberry Cheesecake dan Long Black.

White Chocolate Raspberry Cheesecake
White Chocolate Raspberry Cheesecake (harga RM8.80 jika add-on kepada hidangan utama)
Long Black Coffee
Long Black Coffee (RM7.90)

Naz suka salad dia sebab fresh dan boleh minta cheese parut banyak-banyak dari pelayan di situ. Untuk Stuffed Chicken al Forno tu kira sedap juga la dan mengenyangkan sebab diberikan 2 keping isi ayam yang besar berserta mashed potatoes. Rasa sedang elok sahaja Naz berkongsi dengan isteri sebab kami tak makan banyak sekarang ni….maklum la nak berdiet konon.

Selesai menikmati hidangan utama, pelayan tersebut terus bertanya samada dia boleh menghidangkan kek yang di order tadi. Bagus kan servis, sebab begitu peka dengan pelanggan. Pinggan yang sudah kosong pun mereka datang untuk clearkan…

Sedap menikmati cheesecake dengan Long Black coffee sebagai dessert. Memang puas hati sebab sedap, portion besar dan harga berbaloi.

Jika anda ke MidValley boleh la singgah dah cuba promosi tengahari mereka. Untuk makan malam ada juga promosi seperti ini.

Dinner set

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:

Laman Web:
www.olivegardenrestaurant.com.my

Facebook:
www.facebook.com/olivegardenmalaysia

Instagram:
www.instagram.com/olivegardenmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *