‘Bila Entah’ Buah Tangan Terbaru Aisyah Aziz

BILA ENTAH COVER ART

‘Bila Entah’ Buah Tangan Terbaru Aisyah Aziz |Selepas menjadi salah seorang peserta akhir Akademi Fantasia sekitar 6 tahun yang lalu, penyanyi jelita kelahiran Singapura Aisyah Aziz, terus mengorak langkah dalam arena seni suara serantau. Selain mengukuhkan nama di negaranya sendiri di seberang tambak, dia juga berjaya mencipta nama di Malaysia. Berkat suaranya yang unik dan wajah yang cantik, Aisyah bukan sahaja sudah menjadi salah seorang penyanyi yang disegani tetapi juga telah meraih banyak anugerah sepanjang kerjayanya yang baru sekitar lima tahun.

Kini dia kembali dengan buah tangan terbarunya yang berjudul ‘Bila Entah’. Lagu hasil ciptaan pasangan pemuzik tersohor, Ezra Kong dan Hael Husaini ini mengisahkan seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya namun wanita itu masih meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan lelaki itu kembali. Walau bagaimanapun, wanita tersebut mempunyai sedikit gangguan mental dan sanggup lakukan apa sahaja demi mendapat kebahagian daripada lelaki itu. Tapi sayang lelaki itu pergi begitu sahaja tanpa khabar berita.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

”Aisyah Aziz mempunyai suara yang unik. Maka kita gunakan kelebihan tersebut dalam memberikan kelainan terhadap single terbarunya itu. Bukan itu sahaja, genre muzik yang akan di bawanya itu juga berlainan dari kebiasaan lebih lagi ianya mendapat sentuhan dari penyanyi dan komposer yang sedang meningkat naik iaitu Hael Husaini dengan hasil kerjasama Ezra Kong. Diharapkan agar semua dapat menerima lagu terbaru Aisyah Aziz ini.”

Lagu ‘Bila Entah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Bila Entah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Bila Entah dari Aisyah Aziz

Lirik
BILA ENTAH

AISYAH AZIZ
LIRIK / LAGU : HAEL HUSAINI DAN EZRA KONG
 
VERSE 1
Dari mana ke mana
Rumput tawan padi*  
*Di tahun bila bulan apa
Kan bersua lagi?
 
Rumah laksmana
Pasang dian tiga* 
*Gadai hati tuk dikasihi
Hingga tua nanti
 
PRECHO
Sayang
Hilangnya di mata 
Sayang
Di hati jangan…
 
CHORUS
Entah’ bertemu tah’ tidak
Makin hiba hati yang terdesak
Entah’ bertemu, tah’ tidak
Ngapa bila ku mahu kau elak
 
POST CHORUS
Bila–ah bila ‘tah bila bertemu tidak
Bila–ah ku mahu kau elak
 
VERSE 2
Oh bulan mana bintang
Atas pucuk ara* 
 
*Rajinnya kanda yang ku sayang
Sampai tak mau pulang
 
BRIDGE 
Salahnya di mana
Jatuhnya ke mana
Malang ku ditimpa tangga
Sayang ku tak apa
Biar buta mata
Janji jasad kambus bersama
 
Post Chorus
Lambai-lambai pucuk kayu ara
Oh bila ku mahu kau elak

Leave a Reply