Bolehkah Anda Melepaskan Diri Dari The Walking Dead Escape Room?

Escape Rooms Promo

Bolehkah Anda Melepaskan Diri Dari The Walking Dead Escape Room? |  FOX meraikan episode yang ke-100 The Walking Dead dengan aksi Escape Room di Sunway Pyramid, dari 18 hingga 24 Oktober 2017. FOX Networks Group Asia (FNGA) mengumumkan aksi pemasaran pelbagai bandar untuk mempromosikan episod ke-100 dan premiere musim ke-8 The Walking Dead di FOX di seluruh Asia pada 23 Oktober jam 11.30 pagi.

TWD_Invite general

 

The Walking Dead: Aksi promosi Escape Rooms akan berlangsung dari 18 Oktober hingga 24 Oktober 2017, di Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid (Orange Concourse, Level LG2). Peminat akan dikunci di dalam bilik, dengan petunjuk daripada siri dan teka-teki tidak linear tersembunyi, diberikan satu misi – untuk melepaskan diri. Pemain mesti bekerjasama untuk melepaskan diri dari bilik bertema dalam tempoh masa 8 minit. Di Malaysia, Escape Rooms bertemakan dari The Walking Dead musim 5, 6 dan 7.

Season 5

Season 6

Season 7

Dean Dezius, Naib Presiden – Saluran Hiburan, Kandungan dan Komunikasi, FOX Networks Group Asia, FNGA berkata, “The Walking Dead adalah salah satu siri drama yang paling berjaya di Asia di saluran FOX. Kami mempunyai berjuta-juta peminat merentasi rantau ini dengan penuh semangat menunggu musim baru, dan kami teruja untuk memberi mereka pengalaman sebenar siri drama tersebut, di mana mereka bekerjasama antara satu sama lain sebagai sebahagian daripada aksi pemasaran tahun ini. Kami yakin pengalaman yang menggembirakan ini melengkapkan pelancaran Musim 8 dan episod ke-100 The Walking Dead dengan sempurna.”

Ssalah satu drama yang paling ditonton di dunia, kembali untuk siri mendebarkan dan menggujakan, terdiri daripada 16 episod. Dalam musim ke-8 yang sangat dinantikan ini, Rick membawa “All Out War” ke Negan bersama pasukannya. The Saviors kali ini lebih besar, lebih baik dilengkapi dan kejam – tetapi Rick dan masyarakat bersatu berjuang untuk masa depan yang lebih cerah. Garis pertempuran disusun untuk mereka melancarkan serangan kinetik dan tindakan penuh-aksi. Sehingga kini, meneruskan kehidupan telah menjadi fokus Rick dan kumpulannya, tetapi ia tidak mencukupi. Mereka perlu berjuang untuk mencapai kebebasan mereka supaya mereka dapat terus hidup. Dan mereka boleh membina kehidupan semula. Dalam mana-mana pertempuran, akan ada kerugian dan kerosakan. Tetapi dengan Rick mengetuai pasukan Alexandria, Maggie memimpin Hilltop, dan Raja Ezekiel yang memimpin Kingdom – Negan dan pegangan Saviors di dunia ini mungkin akan berakhir.

Bolehkah Anda Melepaskan Diri dari Escape Rooms?

Dalam merayaikan ‘The Walking Dead’s Episod ke-100’, FOX menjemput anda untuk menguji pengetahuan The Walking Dead anda untuk membebaskan diri daripada tiga bilik yang bertemakan The Walking Dead!

Tarikh: 18 Okt 2017 (Rabu) hingga 24 Okt 2017 (Selasa)
Tempat: Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid, LG2 @ Orange Concourse

The Walking Dead S8

The Walking Dead premiere pada 23 Oktober 2017, hari yang sama dengan Amerika Syarikat pada 11.30 pagi di FOX HD (Astro Channel 724), dengan ulang tayang pada pukul 9.00 malam. Anda boleh menonton Musim 1 hingga 7 pada bila-bila masa melalui On Demand, dan ke mana sahaja di Astro GO sebagai persediaan untuk Musim ke-8.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *