BRAND’S Sari Pati Ayam Kini Dijual Di FamilyMart

BRAND’S Sari Pati Ayam Kini Dijual Di FamilyMart |  Mahu terus kekal fokus atau dah mula letih pada pertengahan hari? Jangan bimbang kerana BRAND’S® Sari Pati Ayam kini dijual secara tunggal dalam botol sedia minum untuk memudahkan pengguna yang sentiasa mengejar masa untuk meminum sari pati ini bagi meningkatkan ketahanan mental dan tenaga mereka, pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja.

FamilyMart_Logo_(2016-).svg

Hidangan botol tunggal BRAND’S® Sari Pati Ayam boleh didapati di beberapa outlet FamilyMart terpilih dijual pada harga RM4.70 untuk setiap botol 42g dan pengguna boleh memilih untuk menikmati minuman ini secara sejuk atau panas mengikut kehendak masing-masing.

Hot or ColdAntara sepuluh buah lokasi outlet FamilyMart ini adalah Damansara Uptown, pintu gerbang Ketibaan dan Pelepasan KLIA2, Bandar Sunway, Amcorp Mall, Nu Sentral, MyTOWN, Scott Garden, Jalan Sultan, MyTOWN dan Wisma Lim Foo Yong.

Sekiranya anda ingin meningkatkan kecerdasan minda dan tubuh seawal pagi, atau menambahkan tenaga di pertengahan hari mahu pun perlu kekal terus fokus dan bertenaga untuk berjaga di malam hari, anda bolehlah mendapatkan hidangan botol tunggal di outlet serbaguna FamilyMart bagi mendapatkan minuman berkhasiat ini.

“BRAND’S® akan terus berazam untuk menginovasikan dan mengembangkan saluran bagi memudahkan para pengguna kami untuk merialisasikan kemahuan dan kehendak mereka. Daripada pengalaman kami telah menunjukkan bahawa hidangan botol tunggal adalah sangat terkenal di negara Thailand serta Singapura maka kami ingin memperkenalkan saluran baru ini kepada para pengguna di Malaysia. Kami amat teruja tentang pengenalan konsep hidangan botol tunggal kami yang pertama di FamilyMart ini dan kami merancang untuk mengembangkan lagi cara konsep ini untuk kemudahan para pengguna untuk kekal bertenaga secara mental dan fizikal sepanjang hari.” kata Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S® Suntory Malaysia.BRAND'S Essence of Chicken is selling single served at FamilyMartBRAND’S® Sari Pati Ayam disokong oleh lebih daripada 40 kertas saintifik antarabangsa dan hasil kajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan harian mampu mempertingkatkan daya ingatan sehingga 15% serta meningkatkan daya tumpuan sebanyak 22% sambil menambahkan metabolisme sehingga 16% untuk memberikan tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Hasil kajian klinikal menunjukkan pengambilan BRAND’S® Sari Pati Ayam secara kerap membantu meningkatkan daya prestasi mental dan fizikal seseorang di samping mengurangkan tekanan peredaran darah dan pengaliran oksigen ke otak dan tubuh badan

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila layari www.brandsworld.com.my atau BRAND’S® Smart Living di Facebook atau hubungi Talian Perkhidmatan Prihatin Pelanggan BRAND’S® di 1-300-228-300.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *