BTS Kekal Terunggul Album Terbaru dan Hit Single ‘Boy With Luv’

teen-party-teen-bts

BTS Kekal Terunggul Album Terbaru dan Hit Single ‘Boy With Luv’ | Meskipun baru dilancarkan, single terbaru BTS Boy With Luv bersama Halsey kini menduduki tangga #3 di carta Global Top 50 Spotify, sekaligus mencipta rekod baru bagi kedudukan paling tinggi pernah dicapai oleh mana-mana artis K-pop. Malah, MAP OF THE SOUL : PERSONA kini memegang rekod baru sebagai album K-Pop yang paling banyak distrim di Spotify hanya dalam masa satu hari. Kumpulan ini memecahkan rekod mereka sendiri pada tahun 2018 sewaktu album Love Yourself 結 ‘Answer’ dikeluarkan. Ia juga merupakan album K-Pop pertama di mana semua lagu-lagu album tersebut memasuki carta Global Top 50.

Boy With Luv

Boy With Luv bersama Halsey dan lagu-lagu lain dari album tersebut telah mengungguli All-Kill bagi carta Spotify Top 50 seluruh dunia, membawa kumpulan ini ke kedudukan #1 dalam 25 pasaran termasuklah Malaysia. Mereka kini turut berada dalam 10 tangga teratas bagi 71 pasaran. Ini bermakna K-Pop telah mendominasi lebih kurang 90% dari Carta Spotify Top 50 di seluruh dunia!

Ianya bukanlah sesuatu yang asing bagi kumpulan super seperti BTS untuk memecahkan rekod – baru sahaja minggu lepas mereka menjadi artis Asia dan K-Pop pertama untuk mendapat lebih 5 bilion strim di Spotify.

Lagu Boy With Luv

Menurut  Tan Chee Meng, Ketua Pemasaran Artis & Label, Spotify Asia berkata: “Inilah masa penentuan untuk K-Pop – melihat genre daripada Asia mendapat tempat di hati pendengar dari seluruh dunia adalah suatu pencapaian yang sangat hebat. Pengiktirafan antarabangsa yang semakin meningkat ini menandakan bahawa K-Pop mempunyai kepelbagaian kreativiti dan keupayaan untuk melangkau sempadan budaya dan geografi.”

Top 50 Malaysia - Boy With Luv

Tambah beliau: “Muzik bukan sahaja mampu untuk menghubungkan peminat dengan artis kegemaran mereka, tetapi juga menyatukan setiap peminat dari seluruh dunia. Kami sangat teruja untuk membawakan peluang ini  dan membantu mengembangkannya melalui pelbagai cara yang boleh kami laksanakan.”

Bagi yang masih belum tahu, ARMY dan peminat K-Pop kini boleh mendengar muzik BTS kegemaran kerana mereka kini mengambil-alih playlist  Spotify Teen Party dari hari ini sehingga pagi Jumaat, yang memaparkan lagu-lagu kegemaran mereka dari serata dunia termasuklah dari Halsey iaitu Without Me, lagu lagenda Queen iaitu Bohemian Rhapsody dan idontwannabeyouanymore nyanyian Billie Eillish.

Anda peminat tegar K-Pop? Pastikan anda mengikuti @SpotifyKDaebak, saluran khas K-pop kami di Twitter, untuk lebih banyak berita menarik mengenai BTS. Anda juga boleh tweet menggunakan #SpotifyxBTS untuk mendapatkan emoji istimewa dari kami: !

Leave a Reply