Buat Video TikTok Dan Sertai Cabaran #BigMacTikTok

TikTok dan Menang

Buat Video TikTok Dan Sertai Cabaran #BigMacTikTok |  Berita baik buat anda yang suka membuat video pendek di platform TikTok. And kini mungkin boleh memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000. Lagi banyak anda buat video, lebih tinggi peluang anda untuk menang dan juga dapat BigMac percuma untuk setiap penyertaan video anda.

Buat Video TikTok untuk cabaran #BigMacTikTok

TikTok, platform video pendek yang paling cepat berkembang di dunia, telah bekerjasama dengan McDonald’s Malaysia untuk melancarkan cabaran #BigMacTikTok, dan mengajak para pencipta Malaysia untuk mempamerkan gerakan terbaik mereka!

Dari 4 – 31 Oktober 2018, pengguna TikTok boleh menyertai cabaran ini dan melancarkan kreativiti mereka dengan membuat video mereka sendiri menggunakan mana-mana lagu-lagu Big Mac yang dikuasakan oleh McDonald’s. Setiap penyertaan yang sah boleh memenangi Big Mac McDonald’s PERCUMA dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM20,000.

Big Mac Percuma dengan setiap penyertaan yang sah

Untuk menyertai cabaran #BigMacTikTok, anda hanya perlu lakukan 6 langkah mudah:

  1. Muat turun aplikasi TikTok ke telefon pintar anda dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Klik butang “Rakam”, kemudian butang “Pilih Bunyi”, dan kemudian butang “Cabaran”
  3. Pilih lagu Big Mac pilihan anda
  4. Mula menari dan rekod video Big Mac dan hashtag #BigMacTikTok
  5. Pos video Big Mac anda di TikTok dan kongsikannya ke Facebook atau Instagram
  6. Pilih URL Penyertaan, log masuk ke Aplikasi McDonald’s, isi butiran anda dan masukkan URL Penyertaan dan klik “Hantar”
#BigMacTikTok

Tiga (3) peserta dengan kemasukan yang paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000 manakala lima (5) peserta dengan kemasukan terbaik di bawah kategori terpilih akan memenangi hadiah khas sebanyak RM1,000 setiap satu. Baucar lima puluh (50) McD bernilai RM100 juga akan diberikan sebagai hadiah saguhati.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran #BigMacTikTok, layari https://www.mcdonalds.com.my/bigmactiktok.

Leave a Reply