Bufet Makan Tengahari di Club Lounge Grand BlueWave Shah Alam

Buffet Lunch

Bufet Makan Tengahari di Club Lounge Grand BlueWave Shah Alam |  Rasanya dah lama tak dapat invitation dari Hotel Grand BlueWave untuk food review. Kali terakhir pada Mac yang lalu semasa Promosi “Crab Yummy Combo”. Kali ini Hotel Grand BlueWave ada promosi baru iaitu Bufet Tengahari di Club Lounge Tingkat 18. Makan tengahari dengan menikmati pemandangan yang indah.

Bufet Makan Tengahari di Club Lounge Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan barat yang menjadikan masa makan tengah hari anda sebagai detik paling gembira sepanjang hari. Pasukan masakan berpengalaman menyajikan pelbagai hidangan popular dari seluruh dunia.

Harga:  RM85.00+ untuk seorang
Hari: Isnin hingga Jumaat
Masa: 12.00 tengahari – 2.30 petang
Lokasi: Club Lounge, Tingkat 18
 
Hotel Manager :  Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Chef Incharge (Senior Chef De Cuisine) : Chef Al-Hafiz Redzuan

Bufet Makan Tengahari - Club Lounge Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Para tetamu boleh memilih dari pelbagai jenis salad segar dan makanan ringan yang tidak terhad seperti Open Face Sandwich, Assorted Cheese Platter, Cold cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetables Crudités, Caprese Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad, Orzo Pasta Salad with Roasted Baby Roma dan Basil.

Stesen makanan laut adalah antara pilihan yang paling popular di restoran ini. Ia menyediakan hanya yang terbaik dari laut seperti pelbagai jenis udang, ketam, kerang dan banyak lagi. Puaskan hati dengan hasil lautan yang segar ini dalam masakan yang lazat.

hidangan laut yang segar

Tidak lupa pemilihan sup seperti Tom Yam Prawn Chinese Soup Style, disertai dengan Cheese Bread Croutons. Yang meminati daging pula boleh menjamu diri dengan Roasted Lamb Leg, Beef Wellington with Italian Seasoning, Roasted BBQ Sausage, Fish Wellington with Italian Seasoning dan Juicy BBQ Ribs.

Di samping itu, terdapat masakan selera tempatan seperti Bukhara Rice, Butter Milk Prawn, Broccoli with Braised Mushroom, Kuzi Briyani Chicken, Daging Masak Merah Pineapple Fried Rice, Flossy Prawn, Stir Fried Broccoli, Chicken Pandan with Special Sauce Daging Goreng Cili Padi Daun Limau Purut, Nasi Pakistan, Harissa Shrimp, Chicken Kofta with Bell Pepper & Onion, Stir Fried Lamb Nyonya Style, Stir Fried Kailan with Salted Fish, Pasta with Sauce, Bamia Okra & Tomato Sauce dan Grilled Seabass with Lemon Butter Sauce.

Manakala sajian antarabangsa menampilkan Chicken Cordon Bleu, Mussel Creamy Au Gratin, Smoked Salmon Quiche, Pasta Aglio Olio, Pizza Satay, Baked Meatball Cheese, Nachos, Bolognese Sauce, William Potato, Grilled Chicken Thigh with Sauce, Mussel Smoked BBQ, Grilled Salmon with Capsicum Sauce, Baked Pasta Melted Cheese, Pizza Arabiata, Meatloaf Tomato Coulisse, Nachos, Bolognese Sauce, Homemade Wedges, Pasta with Sauce Grill Seabass with Lemon Butter Sauce, BBQ Chicken Wing dan hidangan kegemaran dari Jepun, Sushi.

Jangan lupa untuk mengakhiri bufet makan tengahari anda dengan sajian pencuci mulut yang sedap. Chef pastri berbakat dari Grand BlueWave telah menghasilkan Assorted Pudding, Assorted Cakes, Chocolate Fountain dan Hot Dessert yang mengiurkan, Chocolate Pudding with Vanilla Sauce.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan bufet makan tengahari ini, sila hubungi Telemarketing di 03-55111833 ext. 2723, 2724, 2606 atau e-mel terus ke telemarketing@bluewavehotels.com. Lawati laman web kami untuk maklumat lanjut www.bluewavehotels.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *