Bufet Ramadhan 2 Dalam 1 di Sime Darby Convention Centre

Ramadhan Preview

Bufet Ramadhan 2 Dalam 1 di Sime Darby Convention Centre |  Sime Darby Convention Centre membuka tirai kepada promosi bufet Iftar Ramadhan 2 dalam 1 pada 1 Mac yang lalu. Kali ini pengunjung mempunyai pilihan samada berbuka puasa di Restoran Halia dengan tema Sajuan Tradisi atau di China Treasures bertemakan Ramadhan Dinner Indulgence.

Sajian Tradisi Bufet Ramadhan

Restoran Halia

Sajian Tradisi Bufet Ramadhan di Restoran Halia menjanjikan lebih daripada 80 jenis hidangan tempatan, 20 gerai-gerai makanan, hidangan makanan antarabangsa dan hidangan steamboat.

hidangan tempatan

Chef-chef bertungkus lumus untuk menyediakan lebih daripada 80 hidangan tempatan seperti Sotong Kangkung, Kerabu Mangga, Bubur Lambuk Berherba, Sotong Sambal Tumis Petai, Murtabak, Rojak Pasembor, Roti John Special dan Roti Jala Pandan bersama Serawa Durian sepanjang bulan Ramadhan.

gerai-gerai pameran makanan

Selain dari itu, terdapat juga 20 buah gerai pameran yang menawarkan masakan yang menarik seperti Sup Berempah, pelbagai Sushi dan Sashimi, Sizzler, Hot Plate / Shell Out, Assam Laksa, Penang Fried Kway Teow, Satay, Masakan Kawah, Lemang, Shawarma dan pelbagai jenis Cucur.

Lagi menarik bila ada gerai Kambing Panggang, Ikan Bakar, Kerang dan Otak-Otak untuk membangkitkan lagi selera makan anda. Ada juga Duck Crispy Roasted dengan Sos Plum untuk yang inginkan kelainan.

Kambing Panggang

Hidangan antarabangsa pula menyajikan stesen pizza dan pasta Itali seperti Spaghetti Carbonara dan Tomato Concasse Sauce, Penne dan Fettuccini dengan Bolognese dan Pizza Italiano yang pelbagai.

Nasi Kukus Dalam Buluh

Tahun ini, ada penambahan dalam menu iaitu promosi steamboat yang menawarkan hidangan mewah 100 hidangan All-You-Can-Eat untuk dipilih.

Steamboat section

Steamboat

Yang buat Naz jadi rambang mata bila melihat pencuci mulut tempatan yang pelbagai dan berwarna-warni. Ada Tapai Pulut, Wajik dan Dodol, ABC, Pancakes, Ice Cream dan Churros dengan Sos Caramel. Memang pasti berbaloi makan di sini!

Pelbagai sajian pencuci mulut

Churoz

Harga adalah RM99 nett bagi setiap orang, bufet Ramadhan akan bermula setiap hari dari 6:30 malam hingga 10.30 malam bermula 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. Kanak-kanak (berumur 6 hingga 12 tahun) dan warga emas (berumur 60 tahun ke atas) menikmati diskaun 25%. Kanak-kanak di bawah 6 tahun makan secara percuma.

Bufet Ramadhan Price

Baucar awal dijual pada harga RM69 nett pada bulan Mac dan RM79 nett dari 1 April 2018 hingga 16 Mei 2018. Bagi setiap pembelian 10 baucer, satu (1) baucar percuma akan diberikan.

Untuk tempahan, hubungi / e-mel Halia di 03-2089 3799 / halia.sdcc@simedarby.com atau banquet di talian 03-2089 3688 / enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

China Treasures

Restoran China Treasures juga tidak ketinggalan seperti tahun-tahun terdahulu, menawarkan 60 hidangan mewah ala All-You-Can-Eat segera bersama-sama dengan 79 pilihan dim sum.

Ramadhan Dinner Indulgence

Antara menu segera utama termasuk Deep Fried Fresh Mushroom dengan Salted Egg Yolk, Poached Tiger Prawns dengan Hokkien Shrimp Sauce dalam Claypot, Deep Fried Chicken dengan Dried Chill & Cashew Nuts, dan Roasted Duck with Siamese Plum Sauce.

79 jenis dim sum pasti menambat peminat makanan ini terdiri daripada Deep Fried Shrimp Patties dengan Sliced Almond, Stir-Fried Radish Cake & Beansprouts dengan Chili Sauce, Deep-Fried Prawn & Salted Egg Yolk Roll, Steamed Szechuan Hot & Spicy Chicken Dumplings, dan Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Buns.

aneka satay

Sushi

Harga adalah pada RM99 nett bagi setiap orang, Ramdhan Dinner Indulgence akan bermula setiap hari dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam, bermula 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. Kanak-kanak (berumur 6 hingga 12 tahun) dan warga emas (berusia 60 tahun ke atas) akan menikmati diskaun 25%. Kanak-kanak di bawah 6 tahun makan secara percuma.

Baucar awal dijual pada harga RM69 nett pada bulan Mac dan RM79 nett dari 1 April 2018 hingga 16 Mei 2018. Bagi setiap pembelian 10 baucer, satu (1) baucar percuma akan diberikan.

Untuk tempahan, hubungi / emel China Treasures di 03-2089 3788 / chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com ATAU Pertanyaan di 03-2089 3688enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

Leave a Reply