Bufet Ramadhan Selera Aneka Rasa Di Kelab Rahman Putra

Food review KRPM Ramadhan Buffet

Bufet Ramadhan Selera Aneka Rasa Di Kelab Rahman Putra |  Alhamdulillah Naz mendapat undangan food review dari Kelab Rahman Putra Malaysia (KRPM) di Sungai Buloh sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. KRPM amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama berbuka puasa di kelab golf mereka tahun ini dengan bufet ramadhan yang bertemakan ‘SELERA ANEKA RASA’ yang menyediakan pelbagai hidangan yang menyelerakan.

SELERA ANEKA RASA-1
Bufet Ramadhan Selera Aneka Rasa

Terdapat lebih daripada 70 jenis sajian dari masakan Melayu, Cina, India, Timur dan Barat seperti kambing panggang, Nasi Briyani Hyderabad, Ayam Mentega Masala, Ulam-ulaman dan Kerabu. Naz mencuba semua jenis kerabu yang ada dan sememangnya ia membangkitkan deria rasa lidah dengan rasa masam, masin dan pedas.

Pelbagai Kerabu
Pelbagai Kerabu disediakan untuk para tetamu Kelab Rahman Putra Malaysia

Lauk hidangan

Pasembor

Cold Cuts

Dan seperti biasa bahagian bakar membakar menjadi tumpuan ramai kerana ada kambing panggang, ikan bakar seperti pari, keli dan cencaru, serta ayam dan daging grill. Satay ayam dan daging seperti berpisah tiada di bufet Ramadhan yang Naz pergi setakat ini.

Gerai yang menjadi tumpuan

Kambing Panggang

Chef menyediakan Ikan Bakar

Chef membakar satay

Segalanya Grill

Disamping itu terdapat gerai-gerai yang menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, agar-agar dan aneka kuih muih.

Hidangan pencuci mulut

pencuci mulut

Harga Bufet Selera Aneka Rasa

Bufet berbuka di Kelab Rahman Putra Malaysia akan bermula pada 29hb Mei 2017 sehingga 22hb Jun 2017.

SELERA ANEKA RASA-2

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan harga promosi (Early Bird) yang bermula daripada harga serendah RM40.00 bersih bagi Dewasa untuk hari biasa (Isnin hingga Khamis) dan RM60.00 bersih bagi Dewasa untuk hujung minggu (Jumaat hingga Ahad), sila dapatkannya bermula dari tarikh 13hb April sehingga 15hb Mei 2017.

Manakala harga untuk warga emas dan kanak-kanak adalah adalah RM29.00 bersih setiap seorang. Setahu Naz, ini merupakan antara bufet Ramadhan termurah di Lembah Klang setakat ini. Amat sesuai untuk berbuka puasa seisi keluarga atau pun dengan sahabat handai di Kelab Rahman Putra ini.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Kelab Rahman Putra Malaysia di talian 03-61566870 sambungan 1303/1901/1903.

Leave a Reply