Burger Bakar Kaw Kaw Original | Restoran Kaw’D Ampang Waterfront

Restoran Kaw'D

Burger Bakar bukan lagi satu menu yang asing buat penduduk di kawasan Lembah Klang umumnya dan Ampang khasnya. Malah satu ketika dulu ada yang sanggup beratur lebih dari 2 jam (termasuklah NaZ sekali) bagi mendapatkan burger bakar pilihan mereka. Burger apakah itu…semestinya Burger Bakar Kaw Kaw! Mesti ada yang special tentang burger ini sehinggakan orang sanggup beratur lama untuk mendapatkanya. Pada 15 Januari yang lalu NaZ telah dijemput oleh Izzati Ghafur untuk membuat food review bersama rakan blogger yang lain di Restoran Kaw’D Ampang Waterfront. Jom baca apa yang nak NaZ komenkan…

Restoran Kaw'D Ampang Waterfront

Setiba di Restoran Kaw’D ini, NaZ lihat signboard yang besar tersergam memenuhi ruang atas (2 tingkat) bangunan tepi tersebut tetapi agak malap (mungkin disebabkan latarbelakang yang gelap). Blogger Mawardi and the gang pun sudah dua tiga kali pusing tapi tak perasan restoran ini. Cadangan NaZ: pihak pengurusan restoran mungkin boleh memasang spotlight supaya lebih senang di lihat oleh pelanggan yang ingin ke sana.

Dining Experience at Restoran Kaw'D Kami disambut mesra oleh pelayan dan kami minta ditempatkan di kawasan luar supaya tak mengganggu pelanggan lain (maklum le blogger-blogger ni havoc hehehe). Restoran Kaw’D Ampang Waterfront ini menggunakan konsep kedai makan atau diner. Jadi amat sesuai untuk seisi keluarga datang kerana tempat yang selesa lagi kondusif. Untuk ketahui lokasi cawangan-cawangan Burger Bakar Kaw Kaw yang lain boleh klik di SINI.

Restoran Kaw'D Kondusif

Pelayan kami telah membuat rekomendasi untuk bermula dengan snek sebagai pembuka selara….

Chili Con Carnea Kaw'D
Chili Con Carnea – harga RM7.00

Chili Con Carnea adalah daging cili ala-ala stail Mexico dengan kepedasan yang sederhana serta daging cincang yang sedap. Cuma biskut cream crackers je pada NaZ macam tak kena dipadankan dengan pembuka selera ini. Kalau digantikan dengan Garlic Bread lagi best kan. Mungkin Chef Zam ada sebab kenapa guna biskut tu.

Kaw'D Chili Potato
Kaw’D Chili Potato – harga RM5.00

Kaw’D Chili Potato ialah kentang yang dibakar dan dilapisi dengan keju bersama daging cili Mexico memang idea yang menarik. Kentang bakar yang gebu ditambah dengan keju dan makan pula dengan daging cili memang superb!

Nachos with Chili
Nachos with Chili – harga RM8.00
[foto ehsan Mawardi Yunus; jurugambar: Beki Mustafa]
Nachos with Chili ini memang membuka selera sebab cicah dengan daging cili (resepi rahsia Kaw’D). Appetizer yang kena order sementara menunggu menu utama sampai.

Untuk hidangan utama pula, kami dipilihkan menu harus cuba jika ke Restoran Kaw’D ini…

Permaisuri Crispy Chicken Burger Kaw'D
Permaisuri Crispy Chicken Burger – harga RM12.00

Permaisuri Crispy Chicken Burger ini yang telah diberikan kepada NaZ untuk cuba. Memang besar burger ini untuk NaZ habiskan seorang. Rasanya memang ada kelainan dengan rasa sos serai pedas, kepingan ayam belanda salai dan serunding ayam menambahkan kemeriahan rasa burger ini.

Black Pepper Lamb Burger Kaw'D
Black Pepper Lamb Burger – harga RM12.00

Black Pepper Lamb Burger dengan sos lada hitam yang pekat memang sedap dimakan dengan daging kambing ini.

Baconizer Beef Burger Kaw'D
Baconizer Beef Burger – harga RM11.50

Baconizer Beef Burger ialah burger daging dilapisi dengan daging salai berserta keju…meleleh….ini adalah burger pilihan ramai.

Basic Lamb Cheese Burger
Basic Lamb Cheese Burger – harga RM12.00

Basic Lamb Cheese Burger ialah daging kambing ini diperap dengan pelbagai herba dan dilapisi dengan keju. NaZ memang gemar daging kambing tapi rasa daging kambing yang diperap ini memang tak serasi dengan deria rasa lidah NaZ. Tapi mungkin orang lain mengemarinya.

Texas Chili Beef Burger Kaw'D
Texas Chili Beef Burger – harga RM11.50

Texas Chili Beef Burger pula daging burger yang dilapisi dengan telur dan daging cili memang sedap.

Mix Grill (Ribeye & Lamb Chop)
Mix Grill (Ribeye & Lamb Chop) – harga RM30.00

Mix Grill (Ribeye & Lamb Chop) kombinasi daging lembu dan daging kambing yang lembut di grill dengan baik dan disajikan dengan sos lada hitam yang enak. Tak cukup sos tu siap mintak lagi…

Kaw'D Beef Meat Ball (Australian)
Beef Meat Ball (Australian) – harga RM16.00

Beef Meat Ball (Australian) bebola daging yang agak tawar walaupun di makan dengan sos perang. Mungkin NaZ kena makan bersama sos Lingon Berry baru mengimbangi rasa bebola daging itu. Jadi siapa yang order bebola ini pastikan makan bersama sos Lingon Berry ya. Salad kentang dan coleslaw memang fresh dan sedap.

Kaw’D Spicy Marinara Spaghetti
Spicy Marinara Spaghetti – harga RM9.00

Kaw’D Spicy Marinara Spaghetti untuk hidangan ini NaZ hanya rasa sedikit spaghetti sebab dah full dengan burger. Tak dapat nak komen banyak sebab perut pun dah penuh dan deria rasa dah tak sensitif masa tu.

Ini pula minuman yang kami order…

Minuman di Kaw'D
Mojito Lime Berperisa dan Milkshake Special

 

Orang Penting di Restoran Kaw’D

Chef Zam Serving Kaw'D Burger
Chef Zam turut membantu untuk menghidangkan Burger Bakar Kaw Kaw kepada pelanggan.

Setelah selesai makan barulah kami dapat berjumpa dengan Chef Zam (Tengku Mohd Norfizam) yang amat sibuk pada malam itu untuk memastikan segala pesanan sampai kepada pelanggan. Bukan senang mengendalikan dapur tu bagi memastikan apa yang dihidangkan mengikut order yang dibuat. Maklum la kat sini anda boleh “custom-madeburger anda sendiri mengikut apa yang anda suka….kan best kan! Tambah Chef Zam lagi, walaupun ia hidangan barat tetapi telah dipelbagaikan mengikut citarasa Malaysia seperti menggunakan cili padi, sos serai dan perapan herba-herba dari Malaysia. Patties daging yang digunakan adalah dari daging berkualiti tinggi dan sos-sos yang enak adalah resepi mereka sendiri.

Chef Zam Candid
Chef Zam masih boleh tersenyum walaupun malam itu dia kepenatan.

Group Photo
Foto kenangan bersama Chef Zam, thumbs up for Restoran Kaw’D.
[foto ehsan Mawardi Yunus; jurugambar: Beki Mustafa]
Dari segi harga agak tinggi berbanding dengan burger biasa, tetapi pengalaman merasai kelainan burger bakar itulah yang membuatkan ia berbaloi. Bagi pengemar burger ataupun yang ingin mencuba kelainan, NaZ rekomen anda ke Restoran Kaw’D Ampang Waterfront di alamat berikut:

RESTORAN KAW’D, AMPANG WATERFRONT

No. 46, Jalan AFW 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor.

No. Telefon:

Zul – 017 325 0244

Nita – 012 627 6547

Waktu Operasi: Dari jam 6:00 petang hingga 2:00 pagi.

Laman Web: www.burgerbakar.com

Facebook Fanpage: www.facebook.com/kawdoriginal

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #KawD bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman sosial anda.

Untuk Restoran Kaw’D Ampang Waterfront ini, NaZ bagi rating:

4 Star rating

9 thoughts on “Burger Bakar Kaw Kaw Original | Restoran Kaw’D Ampang Waterfront

Leave a Reply