Butik Siti Khadijah Kini Di Central I-City dan Subang Parade

Butik Siti Khadijah ke33

Butik Siti Khadihah Kini Di Central I-City dan Subang Parade | Peneraju telekung inovasi di Malaysia, Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan dengan membuka dua buah butik di Lembah Klang. Dua butik SK yang dibuka tersebut adalah di Central I-City dan Subang Parade.

Pelancaran Butil Siti Khadijah yang ke-33 di Subang Parade
Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel, Encik Ammar Mohd Hishamudin, Puan Sri Datin Normala Samsudin, Puan Hajah Fadzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah dan Mr. Jason Loke, Leasing Manager Subang Parade.

Majlis ‘Grand Opening’ Butik SK di Central l-City & Subang Parade ini dijalankan secara serentak bermula 26-28 Julai 2019. Untuk Grand Opening di Subang Parade diserikan dengan kehadiran bekas personaliti terkenal, Puan Sri Datin Normala Samsudin, Puan Hajah Fadzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel, Encik Ammar Mohd Hishamudin.

Dilancarkan oleh Puan Sri Datin Normala Samsuddin bersama Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman
Penyampaian cenderahati kepada Puan Sri Datin Normala Samsuddin

Manakala untuk Grand Opening di Central l-City pula dihadiri oleh Yang Berbahagia. Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin.

Butik Siti Khadijah Central I-City dan Subang Parade ini masing-masing merupakan cawangan yang ke-32 dan ke-33 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bagi Butik SK yang baru ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.

“Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka dua lagi butik di dalam Malaysia… Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil saya, iaitu anak-anak dan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan SK sekarang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada famili besar saya, iaitu Team SK yang sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk SK bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. InsyaAllah, pembukaan dua butik baru SK di Subang parade dan Central l-City ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium produk SK, dan dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa”. Puan Hajah Fadzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah

Disebabkan sokongan dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan untuk membuka dua buah cawangan butik di Subang Parade dan Central I-City, Shah Alam. Nilai pelaburan bagi pembukaan butik baru Siti Khadijah di Subang Parade dan I-City mencecah RM400,000.

Logo Siti Khadijah

Istimewa sempena pembukaan butik Siti Khadijah secara serentak di Subang Parade dan Central l-City, SK telah keluarkan koleksi telekung baru iaitu TPO Nayla & Basic Kain Safaa. Harga promosi bagi TPO Nayla ialah RM 239 manakala Basic Kain Safaa pula berharga RM149. Bukan sahaja produk telekung, produk gaya hidup Muslim yang lain juga boleh didapati di butik SK dengan harga promosi sempena Grand Opening yang bermula 26-28 Julai 2019.

Bukan sahaja keluaran rangkaian produk telekung SK, sempena Grand Opening kedua-dua butik baru SK ini, SK ingin memperkenalkan sebuah produk terbaru daripada Seedkey, iaitu Seedkey Hair Mist Jasmine & Seedkey Hair Mist Rose. Seedkey merupakan produk penjagaan kulit dan badan yang telah ditubuhkan pada tahun 2017. Ianya bermula dengan produk sabun dari wangian gaharu dan syampoo dari wangian limau purut. Seedkey mensasarkan misi untuk menjadi peneraju produk yang berasaskan bahan semulajadi di Malaysia. Penghasilan produk ini adalah disebabkan oleh kesedaran yang tinggi terhadap bahan kimia yang merbahaya didalam produk komersial.

Selesa, minimalis dan ringkas
Selesa, minimalis dan ringkas

Antara kelainan yang ingin diketengahkan oleh SK bagi kedua-dua butik baru ini ialah konsep rekaan dalam butik itu sendiri. Konsep yang digunakan tampak lebih moden namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk Siti Khadijah iaitu ringkas dan minimalis. Bagi pilihan warna butik pula, kedua-dua buah butik yang baru ini masih kekalkan warna maroon yang menjadi warna tema SK.

Selain itu, susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipasarkan menghadap para pelanggan bagi menarik minat lebih ramai pelanggan dan interaksi yang lebih tinggi. Bagi keluasan butik pula, butik SK Central l-City mempunyai keluasan 746 kaki per segi, manakala butik SK Subang Parade mempunyai keluasan 711 kaki persegi.

Leave a Reply