Cabaran Haunted Hotel Siapa Paling Berani?

Cabaran Siapa Paling Berani

Cabaran Haunted Hotel Siapa Paling Berani? |  Setelah menyaksikan tayangan premiere Haunted Hotel di GSC MidValley MegaMall, Sam Kassim Events & Communications telah mempelawa para blogger untuk bermalam di Amber Court pada 21 Oktober 2017 dengan menyahut cabaran ‘Siapa Paling Berani’ pada jam 10.00 malam. Ini merupakan antara aktiviti promosi LOMO Pictures untuk filem seram Haunted Hotel yang mula ditayangkan di Malaysia bermula 19 Oktober 2017.

Amber Court Genting Highlands
Amber Court Genting Highlands, salah satu hotel seram yang paling terkenal di Asia

Dengar cerita, setelah 8 hari ditayangkan di China filem ini telah mengutip jualan tiket mencecah RM11 juta, manakala di Malaysia selepas 3 hari tayangan sudah mencecah RM600 ribu kutipan. Apabila mendapat pelawaan dari Sam Kassim, Naz terpanggil untuk mencabar diri samada mampu untuk menyahut cabaran ‘Siapa Paling Berani’. Naz pun mengajak rakan-rakan Naz yang ingin turut serta tetapi tiada seorang pun memberi respon yang positif. Terpaksa la Naz pergi seorang diri.

LRT Station Gombak
Berkumpul di stesen LRT Gombak sebelum naik ke Genting Highlands

Pada jam 5 petang, kami semua berkumpul di stesen LRT Gombak untuk menaiki kenderaan yang disediakan untuk menuju ke Amber Court. Kurang lebih 6.20 petang, kami tiba di Amber Court, Genting Highlands dan disambut dengan deruan angin sejuk dan perasan bercampur baur. Setibanya di sana, kelihatan blogger masing-masing mula membuat liputan melalui media sosial mereka termasuk la Naz sekali.

Blogger buat coverage
Blogger masing-masing mula membuat coverage setiba sampai di Amber Court

Sekali pandang, bangunan Amber Court ini kelihatan begitu usang dengan dinding yang berlumut dan seperti tidak diselenggara dengan baik. Juga kelihatan pekerja warga asing yang pulang ke Amber Court untuk berteduh. Bermacam rupa dan pandangan mereka terhadap kami seperti orang asing yang baru tiba di negara ini.

Sebaik sahaja kami menerima kunci, kami telah check-in ke bilik masing-masing. Yang lain datang berpasangan manakala Naz hanya seorang diri. Naz mendapat kunci F3-19 dan hanya Naz sahaja yang berada di tingkat 19 tersebut. Perasan berdebar semakin terasa tapi cuba memberanikan diri. Apabila keluar dari lif di tingkat 19, Naz terpandang susun atur ruang dan sudah mula terbayangkan seperti berada dalam filem Haunted Hotel tersebut. Terdapat 3 pintu dan terpinga pinga mencari papan tanda untuk ke bilik Naz. Suasana sungguh sunyi walaupun baru jam 7.30 malam.

Kemana arah nak di tuju...
Kemana arah nak di tuju…

Naz mula membaca beberapa surah sebelum memasuki bilik F3-19 dan memberi salam sebelum masuk serta mengetuk pintu….mana la tahu kot-kot ada orang di dalam. Naz membuka pintu tersebut dan memetik suis lampu tetapi tak satu pun lampu menyala, berderau darah. Naz terpandang kotak fius di atas dan terus membukanya dan menolak fius utama ke atas terus semua lampu bernyala dan alangkah terkejut Naz bila melihat pintu sliding tidak ditutup tirai. Kegelapan malam dengan kesamaran lampu di luar telah membuat kepala Naz berfikir yang bukan-bukan. Lantas terus Naz menarik tirai menutup pintu sliding tersebut, begitu juga di dalam bilik tidur. Selepas meletakkan beg di situ, Naz memeriksa keseluruhan bilik termasuk bilik air.

F3-19
Bilik yang luas dan kemas, tetapi agak menyeramkan bila bersendirian di sini…

Kemudian keluar dan turun untuk bertemu rakan-rakan blogger yang lain untuk melawat lokasi pengambaran dan kemudian menikmati makan malam.

Melawat Lokasi Pengambaran Haunted Hotel

Amber Court ini mempunyai 2 blok iaitu Blok 1 dan Blok 2. Kami telah dibawa ke Blok 2 di mana lebih kurang 20 hari pengambaran dilakukan di hotel ini.  Dimulakan dengan menaiki tingkat 14 yang mana terletaknya dua apartment yang digunakan untuk pengambaran scene di dalam apartment.

Kalau yang dah tengok filem Haunted Hotel ini mesti tertanya-tanya bukan tingkat 11 ke sebab nombor bilik 1174.

Bilik 1174
Adegan dari Haunted Hotel – menerima kunci bilik 1174 [ kredit trailer Haunted Hotel ]
Dalam cerita memang 1174 kerana nombor tu ada membawa maksud seperti skrip dalam cerita. Tapi sebenarnya ia dilakukan di tingkat 14. Kemudian, dua apartment berbeza digunakan, satu untuk bahagian luar sahaja dan satu untuk bahagian dalam.

Bagi pengambaran di dalam apartment ia dilakukan di apartment bernombor B4-14 (1411).

Pengambaran dalaman apartment 1174
Pengambaran dalaman apartment 1174

Manakala pengambaran di luar apartment (ketika Ling dan Jun sampai dan berborak dengan jiran) dilakukan di apartment yang bernombor A7-14. Bila ditanya kenapa tak buat pengambaran sahaja di unit ini. Mengikut kata JY (selaku Pengarah ke-2 filem Haunted Hotel) semasa di set pengambaran, pintu pagar apartment ini memang berkunci tapi terbuka dengan sendirinya apabila pengurus lokasi memegang mangga pintu tersebut.

 Tingkat 14 - perbualan dengan jiran
pengambaran

Sehinggakan petugas di Amber Court terpaksa memanggil dan menceritakan perkara yang pernah berlaku di situ kepada pengurus lokasi tersebut. Antara ceritanya 7 sekeluarga mati bunuh diri di dalam apartment tersebut….sejauh mana betul ceritanya biarlah ia menjadi misteri sahaja.

Unit A7-14
Unit A7-14 ini diceritakan berlaku 7 sekeluarga membunuh diri…

Setelah selesai, kami ke tingkat 4 untuk melihat tangga yang digunakan semasa hantu Yi memegang kepala Jun.

Lokasi tangga di mana Yi memegang kepala Jun
Lokasi tangga di mana Yi memegang kepala Jun yang telah di penggal…

Kami kemudian ke luar hotel ini melihat kawasan di mana Yi jatuh semasa membunuh diri. Lihat sahaja lah aksi-aksi blogger merakamkan foto masing-masing. Di sini juga scene permulaan di mana Ling dan Jun tiba dan terlihat kejadian bunuh diri ini.

Yi terjun dari Bilik 1174
Yi terjun dari Bilik 1174…  [ kredit trailer Haunted Hotel ]
Lokasi di mana mayat Yi dijumpai
Lokasi di mana mayat Yi dijumpai…
gelagat blogger mengambil shot siap terbaring
gelagat blogger mengambil shot siap terbaring…

Jam sudah menghampiri jam 8.30 malam dan kami terus untuk makan malam di salah sebuah kedai yang terletak di tingkat 4 ini.

Disebabkan kebanyakkan kedai makan yang berada di tingkat 4 milik warga asing, kami telah memilih kedai yang menyediakan juadah yang biasa kami makan. Kerana terlalu memikirkan akan tidur seorang diri malam ini, Naz hanya memesan mee sedap goreng untuk alas perut dan air nescafe bagi mendapatkan impak kafein dalam badan untuk menempuhi cabaran malam nanti.

Cabaran “Siapa Lebih Berani’

Jam menghampiri pukul 10.00 malam, Sam dan JY mengajak untuk ke lokasi yang dikatakan agak keras bukan disebabkan keras konkritnya tetapi dari segi mistiknya. Kami telah dibawa ke tingkat basement 1 yang kosong dan gelap. Mengikut cerita petugas Amber Court, basement 1 dan 2 telah lama dikosongkan kerana dikatakan telah berlaku perkara-perkara yang aneh dan pelik. Sebab itu, bahagian reception Amber Court ini dipindahkan ke tingkat 4. Jadi kalau turun menggunakan lif jangan pula tekan 1 nanti sampai ke basement pulak.

Tangga di mana Jun membuat panggilan telefon
Tangga di mana Jun membuat panggilan telefon dan jalan kami ke BAsement 1…

Semasa turun ke basement 3, kami mengikuti tangga utama kemudian terpaksa melalui ramp untuk turun ke basement 2 dan 1. Memang lampu tidak dipasang di basement 2 dan setibanya di basement 1 hanya ada satu bahagian yang lampunya bernyala. Di situ lah tempat yang harus dituju.

Basement di mana Jun dan Ling melarikan diri dengan kereta
Lokasi tempat membuat cabaran ‘Siapa Paling Berani’…

Mengikut JY, lokasi ini diceritakan telah berlaku beberapa insiden dimana terserempak dan ternampak entiti putih dan juga yang menyerupai manusia oleh beberapa penghuni dan pekerja. Oleh disebabkan itu, pihak pengurusan Amber Court telah mengosongkan 2 tingkat ini.

Setibanya di tingkat basement 1, kami telah diberikan taklimat bagaimana cabaran ini akan dilakukan oleh Sam.

Misi: Kami diberikan 1 minit untuk mencari sebuah botol perfume silinder untuk dibawa keluar dan 6 yang terpantas akan dikira sebagai pemenangnya. Mudah bukan!

7 peserta cabaran Siapa Lebih Berani Haunted Hotel
7 peserta cabaran Siapa Lebih Berani Haunted Hotel yang akan mencuba nasib mereka…

Bukan mudah seperti yang disangkakan… mengharungi kegelapan dengan hanya berbekalkan lampu suluh pada telefon pintar dan dibelengu perasan risau serta takut menjadikan ia begitu sukar sekali. Apa tidaknya, pusingan pertama Naz masuk sehingga terlupa nak tekan rekod pada kamera video. Tidak seorang pun berjaya pada pusingan pertama ini dan kami juga ingin tahu samada botol perfume itu disorok. JY telah membawa kami melihat botol perfume tersebut dan ternyata ia diletakkan di tempat yang mudah untuk dilihat.

Pusingan ke-2, kami diberikan 2 minit dan Naz masih tidak berjaya menjumpai botol perfume tersebut tetapi kali ini berjaya merakamkan aksi pencarian tersebut. Pada pusingan ini hanya seorang sahaja yang berjaya iaitu Cyrill Hassan (buzzingmalaysia.com) dengan catatan masa 60 saat. Blogger lain mula mendapat semangat untuk terus mencari.

Pusingan ke-3 diteruskan dan kali ini Naz berjaya membawa keluar botol perfume tersebut dalam masa 50 saat. Tetapi ada perkara yang pelik berlaku di mana video terhenti dengan sendirinya semasa Naz menjumpai botol perfume tersebut. Naz hanya perasan tentang perkara ini setelah membuat playback. Sebaik sahaja habis membuat playback, Ellie Toh telah keluar dan memaklumkan smartphone beliau crash semasa merakamkan pencarian tersebut. Perasan seram semakin memuncak dan jam sudah melepasi detik 11.00 malam. Pada pusingan ini juga saudara Khir (khirkhalid.com) juga berjaya dengan catatan 60 saat.

Pusingan ke-4 dimulakan dan kali ini Shafiq (hangat.com) berjaya dalam 40 saat dan Ellie Toh (cleffairy.com) berjaya dalam 80 saat. Tinggal lagi 2 blogger iaitu Adam Lau (k-network.net) dan Faizol (faizolhafizi.wordpress.com). Dan slot terakhir diisi oleh Faizol dengan catatan masa 35 saat.

Ini merupakan catatan masa pemenang cabaran ‘Siapa Paling Berani’ Haunted Hotel:

  • Cyrill Hassan – 60 saat (Round 2)
  • Nazlan Nasir – 50 saat (Round 3)
  • Khir Khalid – 60 saat (Round 3)
  • Shahful Shaffiq – 40 saat (Round 4)
  • Ellie Toh – 80 saat (Round 4)
  • Faizol Hafizi – 35 saat (Round 5)

Apa pun yang penting, kami semua selamat mengharungi cabaran ini tanpa sebarang insiden yang tidak diingini dari berlaku. Yang paling penting, kami telah berjaya menamatkan aktiviti ini 5 minit sebelum detik 12 malam.

Kami kembali ke tingkat 4 untuk supper sebelum balik ke bilik masing-masing. Selepas mengharungi cabaran tadi dan Naz terpaksa bermalam sendirian, mula perasan bercampur baur balik.

Naz tidak tidur sehingga 4.30 pagi kerana ada bunyi-bunyian dari luar bilik tapi mungkin itu hanya perasaan Naz…. atau mungkin tidak!

Penyampaian Hadiah Cabaran ‘Siapa Paling Berani’ Haunted Hotel

Pada jam 9.30 pagi, kami telah berkumpul dan check-out dari Amber Court. Para pemenang telah diberikan ganjaran sebuah smartphone tajaan VC Malaysia iaitu VC Violet III (RM499).

Sam mengumumkan pemenang cabaran HH
Sam mengumumkan pemenang cabaran ‘Siapa Paling Berani’ Haunted Hotel
Naz 40 saat Round 3 dalam cabaran Siapa Paling Berani
Terima kasih LOMO Pictures, Sam Kassim Events & Communications dan VC Malaysia…
Pemenang Cabaran Siapa Paling Berani
Pemenang Cabaran Siapa Paling Berani Haunted Hotel

Apa pun, Alhamdulillah Naz berjaya menempuh cabaran ini dengan selamatnya dan sangat berterima kasih kepada LOMO Pictures dan Sam Kassim Events & Communications untuk peluang menyertai cabaran “Siapa Paling Berani’ sempena promosi Haunted Hotel yang mula ditanyangkan pada 19 Oktober yang lalu.

Bagi yang belum lagi melihat filem seram terbitan produksi tempatan ini, Naz sarankan anda untuk mencabar diri anda menonton filem ini.  Akan ditayangkan di 68 pawagam seluruh negara (rujuk senarai panggung di bawah) dan yang terkini atas permintaan ramai TGV KLCC menjadi panggung yang ke-69 akan menanyangkan filem Haunted Hotel ini.

Pawagam-pawagam yang terlibat

Anda berani ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *