Cendol Kampung Hulu Kini Boleh Didapati di Midvalley Megamall

Cendol Kampung Hulu Logo

Cendol Kampung Hulu Kini Boleh Didapati di Midvalley Megamall |  Satu ketika dulu heboh pasal cerita Cendol Kampung Hulu yang terletak di The Straits Werks & Cafe, No. 32 Jalan Kampung Hulu, Melaka. Apa yang best sangat sampai ramai yang duk posting kat sosial media pasal cendol ni. Baru-baru nie Naz ke AEONBIG Midvalley Megamall, Kuala Lumpur sebab dapat tahu mereka telah membuka cawangan mereka yang ke-3 (kalau tak silap). Nak ke Melaka jauh, jadi kita try yang dekat KL punya.

Naz dengan 8 perisan Cendol Kampung Hulu

Kedai Cendol Kampung Hulu ini terletak di aras LG, East Court betul-betul dekat dengan AEONBIG MidValley. Kalau dah sampai depan AEONBIG tu, toleh lah ke kanan dan kedainya ke dalam sedikit belah hujung. Boleh nampak signboard Cendol Kampung Hulu tersergam indah…

Cendol Kampung Hulu di AEON BIG Midvalley Megamall

Bila pergi ramai-ramai dengan geng kecoh nie, habis haru-biru lokasi tersebut. Pening abam-abam cendol nie nak sediakan order kitaorang.

Geng havoc makan cendol
Geng havoc haru biru
(foto kredit: @ciklilyputih)

Di sini katanya tak lah sebanyak perisa yang ada jika dibandingkan dekat Melaka. Tapi bila Naz tengok menu dia, perrrghhhh ada kurang lebih 9 jenis cendol yang boleh dinikmati dan ada 4 Add-On toppings kalau rasa tak cukup.

Menu Cendol Kampung Hulu

Apa yang special sangat Cendol Kampung Hulu nie kan??? Haaa mai dengar sini Naz nak khabor…. Biasanya cendol diperbuat dari parutan air batu dan baha-bahan yang lain kan. Tapi di sini air batu tersebut telah digabungkan dengan air santan maka terbentuk la Santan Ais.

Parutan Santai Ais

Santan ais tersebut diparut dengan mesin parut ais yang khas dan menghasilkan tekstur parutan ais yang halus dan betul-betul nipis. Itu salah satu trademark cendol ni. Untuk cendol biasa, bahan utamanya adalah parutan Santan Ais, cendol, kacang merah, air gula melaka dan satu scoop aiskrim kelapa. Aiskrim kelapa nie pun rasanya diaorang buat sendiri kot (lupa nak tanya sebab dah tak zaabaarrr nak rasa cendol tu). Harga untuk cendol biasa ini ialah RM8.00 semangkuk (kalau kat Melaka harga dia Cuma RM5 je). Tapi mangkuk dia kira besar dan boleh share untuk 2 orang.

Cendol Biasa
Cendol Biasa RM8.00

Untuk cendol dengan buah-buahan pula berharga RM10.00 semangkuk antaranya Mangga, Longan, Jagung, Buah Naga, Cocktail Buah Kabung dan Kelapa Madu Laut.

Cendol Dragon Fruits
Cendol Buah Naga RM10
Cendol Jagung
Cendol Jagung lebih RM10
Cendol Kelapa Laut
Cendol Kelapa Laut RM10
Cendol Longan
Cendol Longan RM10
Cendol Cocktails
Cendol Cocktails RM10
Cendol Buah Kabung
Cendol Buah Kabung RM10

Bagi yang nak raja buah, boleh cuba cendol Durian yang berharga RM20.00 semangkuk. Isi Durian yang digunakan adalah dari jenis D24 atau IOI tau dan memang besar-besar isi dia bagi.

Cendol Durian
Cendol Durian RM20

Kalau nak Add-On buah-buahan, aiskrim atau Cream Cheese just tambah RM2.00 setiap satu. Nak tambah Durian, just tambah RM6.00 saja.

Naz dan Cendol

So kalau ada yang teringin tu, boleh lah ke Midvalley Megamall dan terus ke AEONBIG untuk mendapatkan Cendol Kampung Hulu semangkuk dua…. Nak lebih pun lagi bagus.

Nak info terkini tentang promosi atau berita tentang Cendol Kampung Hulu ini, follow sosial media mereka di www.facebook.com/cendolkampunghulu atau www.instagram.com/cendolkampunghulu  

cendolkampunghulu #cendol #cendolviral #tourismmelaka #aeonbig #midvalley #midvalleymegamall #muar #muarbacklanedistrict #melaka #kampunghulu #foodporn #viralfood

Leave a Reply