Chefmanship Akademi Lengkapkan Wanita Dengan Keusahawanan

UFS CA MBSA April2019_Banner

Chefmanship Akademi Lengkapkan Wanita Dengan Keusahawanan | Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan dua modul terbaru iaitu Ke Arah  Kelestarian Hijau (‘Go Green) serta satu lagi inisiatif untuk memperkuatkan tahap keupayaan warga wanita, mengikut usaha peningkatan berterusan yang wajar dengan trend terkini dalam industri perkhidmatan makanan.

Chefmanship - MBSA yang diwakili (dari kiri) Tuan Haji Rosli Bakar, Timbalan Setiausaha merangkap Pengarah Pelesenan; Timbalan Datuk Bandar Tuan Mohd Rashidi Ruslan; Kamarudzaman Sanusi, Ketua Ahli Majlis menerima 'mock cheque' sumbangan tajaan bernilai RM123,000 daripada Unilever Food Solutions Malaysia yang di wakili oleh pengarah urusannya Nusrat Perveen.

Pengarah Urusan UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata pada majlis pelancaran acara CA di Auditorium MBSA bahawa sementara tumpuannya adalah untuk mendidik pengendali mengenai pengurusan sisa makanan dan pengiraan kos, terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan lagi program akademik yang inovatif.

Chefmanship - Pengarah Urusan UFS Malaysia, Nusrat Perveen

“Sejajar dengan pendekatan global Unilever iaitu Pelan Hidup Lestari dalam meningkatkan tabiat kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia, ‘Go Green’ ialah satu titik tumpuan utama kami dan akan dilancarkan pada Jun ini di mana kempen digital Tonton & Menang (‘Watch & Win’) di laman Facebook UFS bertujuan untuk menjangkau sekurang-kurangnya 8,000 pengendali makanan serta menggalak dan menekan pada manfaat pembungkusan makanan biodegrad untuk impak jangkamasa panjang, ” kata Nusrat.

Timbalan Datuk Bandar MBSA Tuan Mohd Rashidi Ruslan menanda-tangani apron sebagai tanda untuk melancarkan program taklimat pengendalian makanan Chefmanship Akademi Ramadan 2019 yang di saksikan oleh (di belakang dari kanan):   Kamarudzaman Sanusi, Ketua Ahli Majlis MBSA;  bersama wakil Unilever Food Solutions Malaysia Pengurus Jualan Nasional – Modern Trade Frederick Tan dan Pengarah Urusan Nusrat Perveen.

“Di samping ‘Go Green’, satu lagi inisiatif penting oleh UFS Malaysia ialah memperkuatkan tahap keupayaan warga wanita dalam industry perkhidmatan makanan. Pihak-pihak penting lain dalam program inisiatif wanita ini termasuk MBSA bersama Persatuan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) menggalakkan kemahiran keusahawanan wanita di kalangan kumpulan isi rumah B40 dengan menyediakan latihan dan dana untuk potensi memulakan perniagaan mereka sendiri.”

CA menegaskan keusahawanan pintar dan membantu pengusaha makanan memahami keperluan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan dan kecekapan untuk menjadi cef yang lebih baik.

Nusrat berkata: “UFS telah memulakan program pertama CA 2019 dengan bekerjasama dengan MBSA yang disasarkan untuk melibatkan 700 pengendali makanan minggu ini untuk Bazar Ramadhan tahunan ini.

“Kami amat berbesar hati untuk meneruskan hubungan rapat kami dengan majlis bandaraya ini sejak penubuhan CA kami dalam tahun 2013 dan kami tak sabar menanti peluang bekerjasama selanjutnya dalam masa terdekat.”

Nusrat berkata bahawa berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir, dengan pembuangan hampir 1.1 juta tan setahun.

Sejak CA dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Nusrat berkata, “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.

“Kami amat gembira bahawa CA sedang berkembang dengan cepat, dengan pertolongan rakan sepandangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan,” kata Nusrat.

UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pengurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.

“Dengan pletfom Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan,” Nusrat kata.

“Laman web UFS akan menampilkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi cef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk cef sahaja,” Nusrat kata.

Nusrat berkata bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my.


Unilever Food Solutions – Siapa kami

Unilever Food Solutions adalah bahagian perkhidmatan makanan Unilever.

Produk-produk kami adalah bahan ruji bagi setiap dapur professional di 74 buah negara di seluruh dunia. Knorr, Lady’s Choice, Lipton dan banyak lagi. Kami mengeluarkan produk-produk untuk menjimatkan masa untuk penyediaan makanan di dapur, tanpa kompromikan rasa dan bakat. Kami telah berada di dalam industri ini semenjak tahun 1880-an. Kami juga adalah cef, jadi kami tahu bagaimana kritikal untuk menyampaikan hidangan yang bukan sahaja menarik perhatian pelanggan, malah meraih keuntungan. Dan, juga bagaimana untuk sentiasa mengeluarkan menu dan resipi yang baru dan menarik, mengikut aliran masa dan citarasa yang sentiasa bertukar. Unilever Food Solutions amat komited untuk perkembangan kemampanan, jesteru membawa kesan yang positif terhadap industri pemakanan. Itu bermaksaud mensyorkan servis yang dapat membantu cef dan pengendali makanan untuk bekerja di dalam dapur dengan lebih kemampanan dan makanan sihat dalam menu untuk pelanggan. Ia adalah peranan terhadap tanggungjawab social dan persekitaran yang lebih mesra untuk menjalankan perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *