CholeQ Terbaik Bawah Satu Bumbung | Rasa Colek Asal

 

CholeQ Terbaik Bawah Satu Bumbung | Rasa Colek Asal | Colek adalah sejenis sajian masakan perut lembu, paru, ayam, sotong dan cucur yang disaluti tepung sebelum digoreng dan dimakan dengan kuah cicah pedas dan manis. Seperti kata Mawardi Yunus, kalau di Kelantan memang famous dengan colek ni yang kebiasaannya muncul pada bulan Ramadhan dan dimakan selepas solat tarawikh.

Restoran CholeQ
Restoran CholeQ ini terletak di Jalan Reko, Kajang (belakang stesen Petronas)

 

Azimin bersama rakan-rakan dari Seremban selalunya mencari makanan ringan seperti colek selepas solat Isyak, dan terpaksa ke merata tempat bagi mendapatkan colek yang sedap. Kerana kesukaran inilah Azimin mendapat ilham untuk membuka Restoran CholeQ yang menghimpunkan colek dari seluruh Malaysia dibawah satu bumbung.

Azimin pemilik CholeQ
Azimin pemilik CholeQ

 

Pada 14 Mac lalu, NaZ dan rakan blogger yang lain berkesempatan untuk membuat food review di Restoran CholeQ yang terletak di Jalan Reko Sentral 1 (belakang stesen Petronas Jalan Reko, Kajang). Restoran ini baru berusia 2 bulan lebih (buka pada Januari 2014) dan hiasan dalamannya membawa pengunjung kembali ke zaman silam.

Deko Restoran CholeQ

 

Di CholeQ ini menyajikan sajian yang menjadi signature dish bagi sesuatu tempat dan dinamakan mengikut tempat tersebut. Terdapat 16 jenis CholeQ yang boleh dinikmati dan semestinya akan merangsang deria rasa anda.

Menu di CholeQ
16 menu di CholeQ sebagai pilihan dengan harga yang berpatutan..

 

Jom lihat komen NaZ tentang sajian yang dihidangkan kepada kami….

CholeQ Ayam Cherang
CholeQ Ayam Cherang [ RM8.90 ]
CholeQ Ayam Cherang yang berasal dari Cherang, Kelantan memang sedap dan rasa seperti yang asli, kata Azimin. ia terdiri dari ayam, pelempong, sedikit perut, jemput maklah, popia dah tauhu. Memang boleh kenyang kalau makan sorang ni.

 

CholeQ Ayam Pasir Putih
CholeQ Ayam Pasir Putih [ RM5.90 ]
Choleq Ayam Pasir Putih pun dari Kelantan juga. Ia terdiri dari ayam, kuih jemput maklah, tahu goreng, timun, taugeh, kacang tumbuk dan keropok serta disaluti dengan kuah CholeQ mereka tersendiri. Simple tapi menarik.

 

Rojak Ayam Bomba
Rojak Ayam Bomba [ RM6.90 ]
Rojak Ayam Bomba ini berasal dari kedai di kawasan Kota Bahru (kalau tak silap) yang berhadapan dengan Balai Bomba dan oleh sebab itu dapat nama Rojak Ayam Bomba. Rojak ini ada mee, ayam dan jemput maklah. Yang ni tak sempat nak rasa sebab dah licin, mesti sedap kan.

 

CholeQ Buah Alor Setar
CholeQ Buah Alor Setar [ RM4.90 ]
CholeQ Buah Alor Setar ini berasal dari negeri Kedah dan sememangnya terkecur air liur dibuatnya. Campuran buah cermai, anggur, jambu batu, nenas, dan banyak lagi menjadikan ia hidangan pembuka selera yang bagus. Petua pemakanan pun ada menyebut “elok makan buah dahulu sebelum makanan yang lain”.

 

CholeQ Ikan Seberang Takir
CholeQ Ikan Seberang Takir [ Harga RM3, RM4, RM6 ]
*harga mengikut saiz semasa
CholeQ Ikan Seberang Takir ini famous di Terengganu, sebuah kawasan perkampungan nelayan yang terletak di muara Sungai Terengganu. Ikan merupakan sumber makanan utama jadi sememangnya menjadi sajian hidangan di situ. Di CholeQ ikan kembung tersebut disaluti dengan tepung special dan digoreng hingga garing. Lihat sahaja kerak atas ikan tu yang menjadi rebutan ramai.

 

CholeQ Sotong Tg Lumpur
CholeQ Sotong Tg Lumpur [ RM3.50 / RM4.50 / RM7.00 ]
*harga mengikut saiz semasa
CholeQ Sotong Tg. Lumpur ini memang berasal dari daerah Kuantan, Pahang. Sotong yang segar disaluti tepung special dan digoreng garing menjadikan ia satu sajian yang harus dicuba bila ke CholeQ ini.

 

CholeQ Perut Tanah Merah
CholeQ Perut Tanah Merah [ RM5.90 ]
Menikmati CholeQ
Mencuba rasa dan menikmati CholeQ Perut Tanah Merah bersama Mawardi Yunus dan Khai Artzfar

CholeQ Perut Tanah Merah ini memang terkenal di Kelantan. Ia terdiri dari perut, paru, jemput maklah, timun, taugeh dan keropok. Memang sungguh sedap dan penggemar perut lembu akan bersetuju dengan NaZ. Untuk pengetahuan semua, perut lembu ini didatangkan khas dari Kelantan dan ditempah 3 hari sekali. Rasanya sama seperti resepi asal tahun 1984 di Tanah Merah sebab Chef di CholeQ ini telah mengekalkan resepi asli ini yang diperolehinya. Harus dicuba tau!

4 Sos CholeQ
4 jenis kuah colek yang ada di sini…

Tak lengkap kalau tak ada kuah colek ini. Terdapat 4 jenis kuah colek yang dipadankan mengikut resepi asal.

 

CholeQ KL Tower (3 Layers)
CholeQ KL Tower (3 Layers) [ RM50.00 ]
Ini dia Choleq KL Tower (3 tingkat) yang menjadi perhatian orang sekeliling kami. Anda boleh membuat pilihan anda sendiri air apa yang anda kehendaki. Kami disajikan dengan Jus Oren, Jus Epal Hijau dan Jus Tembikai. Memang pure rasa buah yang segar. Kata Azimin, idea untuk buat Air Tower ini datang semasa melawat Thailand lalu diapplikasikan di CholeQ.

Jenis Tower di CholeQ
Antara bekas Tower yang ada di CholeQ…

Selain dari itu anda juga boleh cuba air botol yang klasik yang didatangkan dari negeri Kelantan.

Air Botol Klasik
Air Botol Klasik

 

Selain dari itu, ada tarikan jika berkunjung di CholeQ pada hari Rabu dan Sabtu. Secara kebetulan di sebelah CholeQ ini menjadi pusat latihan dikir barat penyokong pasukan Red Warriors yang berlansung jam 10 malam ke atas. Sambil makan sambil berhibur la kiranya.

 

Program TV3, Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) turut ke restoran CholeQ ini pada 6 Mac yang lalu dan akan bersiaran pada bulan April 2014 nanti.

CholeQ di JJCM
Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) pun sudah ke CholeQ
kredit foto: CholeQ Delights facebook

 

Blogger @ CholeQ
Foto kenangan di CholeQ
dr kiri: Khai Artzfar, Eazy Izzudin, Atika Ramlan, Azimin (boss CholeQ), Tatie, Nannie Isa, Mawardi dan Maznizam….NaZ dihimpit oleh Mawardi

Memang puas hati menjamu selera di CholeQ ini dan ada rakan blogger yang siap bungkus bawa balik (yang ini bayar sendiri). Sesuai untuk kunjungan seisi keluarga dan dapat mencuba hidangan colek serata Malaysia di sini. Bagi yang ingin merasa colek yang beraneka ini boleh ke:

Restoren CholeQ
No 1-G, Jalan Reko Sentral 1,
Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Landmark : Belakang Stesen Petronas,Jalan Reko Kajang

Waktu Operasi: Dari jam 4.00 petang hingga 1.00 pagi
Tutup/Rehat: hari Isnin
dan follow CholeQ di Instagram @CholeqDelights
Jangan lupa untuk gunakan hashtag #choleq dan #choleqdelights bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman media sosial anda.

 

 

 

One thought on “CholeQ Terbaik Bawah Satu Bumbung | Rasa Colek Asal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *