COCO Fesyen Jepun Kini Di Malaysia

COCO Fesyen Jepun Kini Di Malaysia |  Ini bukan King COCO atau pun COCO Jelly yang sedap di makan tu….. Ia adalah sebuah syarikat fesyen berinspirasikan fesyen Jepun, COCO Concept Store,  kini telah dibuka di Malaysia, AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru merupakan cawangan pertama kedai ini.

 

COCO Concept Store ini telah diasaskan oleh sekumpulan pereka muda Jepun yang bermatlamat untuk memperkenalkan fesyen kontemporari dan minimalis untuk lelaki dan wanita. COCO menawarkan pelbagai pakaian minimal yang anggun untuk semua orang, tidak kira umur.

Fesyen Jepun - For Men

Fesyen Jepun - For Women

Keunikan COCO pada gaya kasual dengan kemodenan Shinjuku – serba boleh untuk pemakaian “mix & match” menjadikan ia mudah dan selesa untuk sebarang majlis. Tidak lama lagi COCO akan memperkenalkan lebih banyak fesyen streetwear Jepun dan barangan, serta pakaian rugged dan lasak untuk ke pejabat dan pakaian sukan inspirasi Harajuku, mengikut kata En. Nicholas Chong, Ketua Pegawai Eksekutif COCO.

Ribbon Cutting Ceremony

Sabrina emceeing the event

Pada pelancaran tersebut, para media telah disajikan dengan Fashion Mob Performers dari I Dance, pertunjukkan fesyen dari rangkaian pakaian COCO serta pelbagai aktiviti lagi.

Fashion Show-1

Fashion Show-4

Rata-rata fesyen pakaiannya yang simple dan menarik, warna yang vibrant dan kualiti fabrik yang bagus membuatkan ia selesa dipakai … yang penting boleh “mix & match” menjadikan ia sesuai digayakan untuk sebarang majlis. Tak hairan la kenapa ramai pereka fesyen sekarang memandang ke timur, Jepun terutaman sekali, untuk trend terkini bagi pakaian gaya streetwear.

Fashion Show-2

Fashion Show-3

Dari segi harga pula sangat berpatutan, bermula dari RM19 sehingga RM99.90 untuk sehelai baju, seluar atau dress. Juga harga kombo seperti beli “satu RM49.90, dua RM80.00”.

Harga berpatutan di COCO Concept Store

Dengar kata, COCO Concept Store ini akan di buka di Melawati Mall Taman Melawati, Kuala Lumpur pada bulan April 2017 nanti. Ia akan menampilkan lebih banyak koleksi fesyen dari pelbagai jenama dan kedai ini 3 kali lebih besar dari kedai di AEON Mall Tebrau City.

 COCO Concept Store - AEON Mall Tebrau City
COCO Concept Store – AEON Mall Tebrau City

Untuk informasi dan fesyen terkini dari COCO, anda boleh ikuti media sosial mereka di COCO Facebook dan COCO Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *