CRAEZ Café Kelana Jaya | Imelda Harris Sajikan Killer Dish

Welcome to CRAEZ Cafe

Sekiranya anda berada di sekitar Jalan SS6/3 Kelana Jaya, sila lah ke Bangunan Unitar dan naik ke tingkat 1…di situ lah terletaknya CRAEZ Café milik Imelda Harris (Masterchef All Stars).

Welcome to CRAEZ Cafe
CRAEZ Cafe yang sungguh colourful…

Semalam NaZ diundang oleh Imelda (melalui bro Farid Laham) untuk membuat food review di CRAEZ Café. Terkejut juga NaZ bila terjah laman facebook CRAEZ Café dan dapati ramai yang sudah berkunjung ke sana. Mari baca review NaZ tentang CRAEZ Café ini.

CRAEZ Cafe's Owners
3 rakan kongsi; Azrin, Imelda dan Saifol

CRAEZ Café ini masih baru lagi, yang mula beroperasi pada 11 Disember 2013. Café ini adalah usahasama antara Imelda Harris dengan dua rakan kongsi iaitu Azrin dan Saifol Bahri.

Interior CRAEZ Cafe
Berwarna warni dan susun atur yang kemas…

Dekorasi dalaman café ini memang menarik sebab colourful dan cozy. Ruang dalaman yang tidak begitu besar tetapi disusun rapi dengan kerusi meja yang simple serta santai corner yang membuatkan anda tidak mahu balik. Terdapat juga ruang makan di luar ya.

Meja Santai Craez Cafe
Ruang santai untuk ‘chillax’

Semasa NaZ dan rakan blogger yang lain tengah sibuk menjalankan aktiviti paparazzi terhadap deko di café ini, pelayan café ini telah membawa keluar killer dish mereka….

Lamb Chop
Lamb Chop yang juicy — harga RM18.90

Lamb Chop yang sedap dengan daging dimasak dengan baik (masih ada jus lagi). Sos blackpepper yang pekat memang sedap cuma kurang sengat pedasnya.

 

Aglio Olio Shrimp
Aglio Olio Shrimp yang berkhasiat — harga RM15.50

Bagi yang tengah diet pun boleh berkunjung ke sini dan menikmati Aglio Olio Shrimp ini. Spaghetti disalut dengan minyak zaitun secukupnya dan kandungan yang sesuai untuk seorang makan. Kalau ada tambahan hirisan bawang putih dan daun parsley lebih sikit memang lagi best.

 

Craezy CRAEZ Pizza a.k.a. Pizza Mak
Craezy CRAEZ Pizza a.k.a. Pizza Mak — RM21.90

Piza ini merupakan kegemaran Dato’ Aznil Hj. Nawawi, Imelda jelaskan. Tambah Imelda lagi, nama lain bagi piza ini ialah Pizza Mak (sambil angkat tangan letak ke bahu semasa menyebut nama piza ini). Dipenuhi dengan cendawan, isi ayam, keju mozzarella dan keju parmesan. Tak hairanlah kenapa piza ini jadi favourite Pak Nil. Kalau NaZ memang boleh habis satu pizza ini.

 

Beef Lasagna
Beef Lasagna yang meruntun jiwa — RM15.50

Rasa lapisan lasagna yang lembut dengan inti daging lembu ditambah dengan sos tomato yang enak ini membuatkan NaZ rasa nak lagi. Tapi sedihnya dah habis disambar blogger lain, maklum la sedap. Siap minta Azrin tambah lagi.

 

Craezy Fire Carbonara
Craezy Fire Carbonara yang pedas berkrim — RM??? (menu baru)

Ini resepi baru yang telah dieksperimentasikan oleh Imelda. Spaghetti carbonara ditambah dengan herba rahsia (mungkin serbuk kari kot) membuatkan ia menjadi pedas berkrim. Kepingan daging ayam memberi keseimbagan pada rasa pedas itu tadi. Lazat dan anda harus cuba menu ini bila ke CRAEZ Café.

 

White Storm Lasagna
White Storm Lasagna yang memukau — RM??? (menu baru)

Hasil dari permintaan lasagna tadi, Azrin telah membawa ciptaan baru mereka (tak de dalam menu) White Storm Lasagna. Memang kena sangat dengan nama menu ini sebab kami pun sambar lasagna ini macam storm jugak (licin pinggan beberapa saat). Lasagna inti ayam berkuahkan sos carbonara, memang kombinasi yang menjadi.

Manakala minuman pula kami disajikan dengan Mocktails, minuman panas dan Parfait.

Special Mocktails
Dari kiri: Beach Street Cooler, CRAEZ Green Lake, Blue Lagoon dan Flamingo

Minuman mocktails yang manis dan sejuk ini memang menyegarkan. Dengan warna warni menghiasi gelas ini membuatkan orang ingin mencuba rasanya.

Cappucinno
Cappucinno dari biji kopi asli — harga RM8.90

Cappucinno ini diperbuat dari biji kopi yang fresh. Memang sesuai untuk diminum selepas habis makan.

 

Hot Chocolate & Latte
Hot Chocolate & Latte — harga RM9.90 & RM8.90

Latte dan Hot Chocolate juga tak kurang hebat rasanya dan sesuai bagi yang tidak mengemari minuman sejuk.

 

Parfaits
Parfaits

Yang ini NaZ pun tak tau nak kategorikan sebagai minuman atau pemanis mulut. Masa yang diambil untuk menyiapkan Parfait ini memakan masa antara 7 hingga 10 minit. Lihat sahaja susunan buah anggur dan hiasan pada Parfait ini…menarik kan.

 

Chocolate Paradise
Chocolate Paradise — RM14.90

Rasa coklat yang kuat melekat ke tekak NaZ. Chocolate Paradise ini memang sesuai benar bagi pengemar coklat.

 

Strawberry Island
Strawberry Island — RM14.90

Rasa strawberry terlalu manis buat NaZ. Strawberry Island ini sesuai sangat buat pengemar buah strawberry.

 

CRAEZ King Castle
CRAEZ King Castle — RM16.90

Di penuhi dengan marshmallow, buah epal (sayap) dan buah anggur. Rasa vanilla yang tak begitu manis dan diseimbangkan dengan mani dari buah memang kena dengan tekak NaZ. Cara hiasan tu memang terbaek!

 

Imelda Harris
Chef Imelda mengayakan makanan yang tersedia…cuba lihat memek muka Imelda tu

Selepas siap mengambil gambar makanan tersebut tiba pula gambar bersama tuan tanah…memang kelakar si Imelda Harris ini.

 

Hidangan yang menarik dan colourful seperti juga hiasan dalaman café ini. Kepada yang ingin mencuba, NaZ memang rekomen sebab rasanya memang sedap…terutama sekali lasagna tu. Mari rasa sendiri kelazatan dan keenakan rasa di:

 

CRAEZ CAFÉ

TC-01-03A, Bangunan Tierra Crest (UNITAR), No. 3A, Jalan SS6/3.

Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: +6010 4080224

Waktu Operasi: Dari jam 10:00 tengahari hingga 11:00 malam.

Facebook Fanpage: www.facebook.com/CraezCafe

Instagram: http://instagram.com/craezcafekj

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #craezcafekj bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman sosial anda.

Oh ya sebelum terlupa, pada 7 hingga 9 Febuari ini CRAEZ Café akan mengadakan CRAEZ Karnival di mana anda berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti telah diatur. Ramai selebriti-selebriti yang akan menjayakan program ini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 013-3393224 atau 010-4400224.

CRAEZ Karnival

Sesi bergambar Imelda Harris bersama blogger.

Group Photo with Imelda H
foto ehsan dari www.kitepunye.com

3 thoughts on “CRAEZ Café Kelana Jaya | Imelda Harris Sajikan Killer Dish

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *