‘Curi-Curi Cinta’ Berjaya Mencuri Hati 7.5 Juta Hati Penonton!

CCC_FINAL_KV (2)

‘Curi-Curi Cinta’ Berjaya Mencuri Hati 7.5 Juta Hati Penonton! | Drama bersiri popular di slot MegaDrama (Astro Ria), ‘Curi-Curi Cinta’(CCC) berjaya mencatatkan rekod sebagai ‘Drama Nombor 1’ di Malaysiapada tahun ini apabila berjaya meraih sejumlah 7.5 juta tontonan di saluran linear (televisyen) sepanjang ia bersiaran selama 28 episod, Isnin hingga Khamis, dari 29 April hingga 13 Jun lalu. Sementara itu, di platform digital, drama sensasi tersebut juga berjaya mengumpul sejumlah 11 juta tontonan, menjadikannya drama yang menerima tontonan tertinggi di ruangan maya Astro.

Curi-Curi Cinta Poster

Malah, lagu runut bunyi rasmi (“soundtrack”) drama CCC yang bertajuk ‘Terlalu Memuja’, ciptaan komposer hebat, Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya dan Gouffran, serta dinyanyikan oleh penyanyi Wany Hasrita ini telah memperoleh lebih dari 3.8 juta tontonan di laman YouTube.

kredit: FMC Music

Drama yang diarahkan oleh sutradara hebat tanah air, Raja Ahmad Alauddin ini mempamerkan gandingan mantap pasangan Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson, dengan dibantu Fauziah Nawi, Adam Lee, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Fauziah Nawi, Ku Faridah dan Farisha Irwayu.

Kisah Intan Raihana (lakonan Zahirah Macwilson) dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim (lakonan Aiman Hakim), Intan merancang untuk memikat Daniel. Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya.

Leave a Reply