Cyberjaya Multimedia Festival 2019 Lebih Besar Lebih Meriah

Leaism

Cyberjaya Multimedia Festival 2019 Lebih Besar Lebih Meriah | Perhatian kepada pencinta seni, animasi dan muzik! Susulan kejayaan besarnya tahun lepas, Cyberjaya Multimedia Festival (CMF 2019) bakal kembali lagi dengan acara yang lebih besar kali ini. Pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman akan menganjurkan acara tersebut pada 7 September 2019 di Tamarind Square, Cyberjaya. Seperti tahun lepas, festival ini akan menandakan berakhirnya acara ‘Kre8tif! Conference and Content Festival’ di Asia Tenggara.

Cyberjaya Multimedia Festival 2019 - Light Up

Tema pada tahun ini ialah ‘Light Up!’ dan ia menjanjikan suasana karnival yang meriah dan menyeronokkan untuk semua golongan usia menikmati seni, animasi dan muzik. Tetapi apa yang membuatkan anda perlu menghadiri festival tersebut? Berikut disenaraikan 5 sebab kenapa anda harus menghadiri Cyberjaya Multimedia Festival (CMF 2019):

‘Projection mapping’ di Tamarind Square – Salah satu trend terkini dalam dunia persembahan dan seni kreatif ialah ‘Projection Mapping’. Ia merupakan teknik paparan visual yang menggunakan projektor terhadap sebarang jenis permukaan untuk mendapatkan paparan visual yang menarik. Buat pertama kalinya, penggunaan ‘projection mapping’ bakal dipaparkan di Tamaraind Square dan persediaan paparan visual ini direka sepenuhnya oleh bakat kreatif tempatan dari kumpulan Saishogen. Bersiap sedia untuk menyaksikan Tamarind Square seperti yang tidak pernah sebelum ini di CMF 2019 nanti!

Cyberjaya Multimedia Festival - Projection Mapping at Tamarind Square

Persembahan daripada barisan pemuzik terbaik – Festival ini akan menampilkan beberapa artis tempatan yang terbaik seperti kumpulan rock, Azlan the Typewriter serta penyanyi elektro-pop dan R&B, Leaism dan juga trio muzik folk, The Impatient Sisters. Bersedia untuk menyanyi dan menari sepanjang malam menyaksikan persembahan dari artis-artis ini di CMF 2019.

Azlan the Typewriter
The Impatient Sisters

Aktifkan cahaya melalui ‘tweet’ anda – Salah satu acara utama pada festival ini ialah dengan pemasangan cahaya interaktif yang membolehkan anda menentukan warna paparan cahaya melalui tweet secara langsung. Contohnya, jika tweet yang dihantar ialah ‘#light up! Yellow’, maka papan tanda rasmi acara tersebut akan bertukar menjadi kuning. Ingin tahu bagaimana ia berfungsi? Datang dan alami sendiri keajaiban tersebut.

Twitter Light Up

Suasana yang penuh meriah untuk setiap pengunjung – Acara yang bertemakan LIGHT UP! ini akan bermula dari 11 pagi hingga 12 tengah malam itu bakal menyajikan pelbagai program menarik untuk para pengunjung. Festival ini akan dimeriahkan lagi dengan tayangan filem percuma, trak makanan dan pelbagai aktiviti mini yang boleh disertai oleh semua orang.

Percuma – Acara ini adalah percuma untuk disertai oleh semua orang. Anda hanya perlu mendaftar melalui laman sesawang EventBox Asia untuk menyertainya.

Ikuti akaun Facebook rasmi Setia Haruman untuk mendapatkan maklumat lanjut.

#CyberjayaMultimediaFestival #SetiaHaruman #EventBoxAsia #LIGHTUP #event


Mengenai Setia Haruman Sdn Bhd

Setia Haruman Sdn Bhd adalah syarikat pemaju bandar Cyberjaya yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan agar Cyberjaya dirancang dan dibangunkan dengan sewajarnya, justeru menjadikan ia sebuah lokasi yang menjadi rebutan di kalangan syarikat multinasional yang ingin menempatkan perniagaan, menjadi idaman keluarga untuk membina kediaman, impian para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dan usahawan baru untuk mengembangkan jenama masing-masing.

Selain berperanan sebagai syarikat yang membangunkan bandar Cyberjaya, Setia Haruman turut beroperasi sebagai pemaju hartanah yang membina bangunan-bangunan komersial dan kediaman bagi memenuhi permintaan komuniti di Cyberjaya yang kian berkembang.

Setia Haruman berhasrat untuk membentuk komuniti masa depan yang diperkaya dengan kehidupan berkualiti di Cyberjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *