Dakwat di Jari

Dakwat Di Jari

Dakwat di Jari |  Sempena kehangatan pilihan raya umum yang bakal diumumkan, TV9 mengambil inisiatif menerbitkan sebuah program berbentuk bual bicara khusus untuk wanita iaitu Program ‘Dakwat Di Jari’ (DDJ), yang akan membincangkan pelbagai isu menarik sepanjang tempoh berkempen dan akan disiarkan secara langsung selama satu jam bermula 5.00 petang di TV9 mulai Hari Penamaan Calon sehingga sehari sebelum tarikh mengundi.

DAKWAT DI JARI
Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Johan Ishak, bergambar bersama krew penerbitan pada majlis pelancaran Dakwat Di Jari di Royale Hotel.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Mohamad Ishak, berkata, “Dakwat Di Jari adalah satu-satunya program bual bicara politik khas untuk wanita menzahirkan pendapat dan buah fikiran mengenai demokrasi serta harapan untuk lima tahun akan datang. Program ini menampilkan wanita-wanita berpengaruh dalam industri politik negara seperti ahli politik, selebriti dan ahli akademik. Pelbagai isu kepentingan wanita bakal dikupas oleh tetamu jemputan menerusi program ini.

sesi bual bicara
Sesi ‘Showcase DDJ’ (dari kiri) Tunku Nashrul dan tetamu, Ketua Wanita MCA Ann Tan, Exco Pergerakan Puteri UMNO Dira Abu Zahar dan Pensyarah USM Dr Zaireeni Azmi pada majlis pelancaran Dakwat Di Jari di Royale Hotel.

Majlis pelancaran Dakwat Di Jari turut dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah dan Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa MPB, Datuk Manja Ismail, serta Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma Colors Group, Datin Norjuma Habib Mohamed, selaku penaja program.

Antara tetamu yang diundang untuk menghangatkan perbincangan topik Dakwat Di Jari termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Nancy Shukri, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Siai Kee; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar; dan Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy.

Selain Dakwat Di Jari, TV9 turut membariskan pelbagai liputan menarik dan terkini sepanjang tempoh PRU14 yang meliputi siaran langsung pembubaran Parlimen, sidang media oleh SPR bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi, pelancaran manifesto parti dan siaran langsung keputusan PRU14.

Program Dakwat Di Jari merupakan terbitan bersama Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad dan Primeworks Studios, yang diterajui oleh Pengarang Eksekutif TV9, Wan Sabariah Shikh Ali manakala barisan penerbit ialah Nur Irjuana Mohd Ishar, Ahmad Farith Zahir dan Norhakimi Naim serta ditaja oleh Aidijuma Colors Group.

Aidijuma

“Aidijuma bertekad untuk memperkasa wanita, yang juga merangkumi lebih daripada 50 peratus jumlah pengundi di Malaysia. Tujuan kami untuk menaja kempen Dakwat Dijari ini adalah merupakan salah satu cara untuk memberi galakkan kepada para wanita supaya tampil untuk menyuarakan pendapat mereka di kalangan masyarakat dengan mengundi apa yang mereka percayai,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma Colors Group, Datin Norjuma Habib Mohamed.

Aidijuma selaku Penaja Program Dakwat Di Jari TV9 copy

Melalui kempen 2018 ‘Dakwat Di Jari’, sesiapa sahaja boleh mendapatkan koleksi #rayapilihan Aidijuma pada harga istimewa di kesemua 13 kedai konsep seluruh dan 15 kedai konsep mudah alik, Scarf Machine.send.sell.story di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Antara Koleksi Tudung Aidijuma copy

Koleksi AIDIJUMA c

Maklumat terperinci mengenai kempen ini akan disebarkan melalui media digital instagram @aidijuma @scarfmachine, laman Facebook Aidijuma Scarf, laman Twitter @aidijumascarf dan di YouTube Colors Digital, juga dengan hashtag #rayapilihan, #dakwatdijari dan #aidijuma. Koleksi Tudung Bawal Aidijuma™ dan Shawl Bawal #rayapilihan pasti memberi mood ceria dikala ketegangan musim mengundi.

Aidijuma di Laman Sosial Media:

Laman Sesawang:    www.aidijuma.com
Facebook: Aidijuma Scarf
Instagram: @aidijuma atau @scarfmachine
Twitter : @aidijumascarf
YouTube: Colors Digital

Leave a Reply