Dashing Anytime EDT Mewangikan Anda Di Mana Saja

Anytime EDT

Dashing Anytime EDT Mewangikan Anda Di Mana Saja |  Jenama Dashing ini bukan lah jenama asing dalam hidup Naz. Antara produk Dashing yang Naz pernah cuba dan masih memakai seperti sabun mandian, pencuci muka, deodorant roll-on, stick dan spray dan juga minyak wangi. Dan terbaru sekali Naz mencuba Dashing No Gas Deo. Dashing jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT.

Dashing Anytime EDT pek

Jadi kali ini Naz nak review tentang produk Dashing Anytime EDT. Ini merupakan produk wangian yang di pek dalam saiz kecil ala-ala kad kredit. Ianya mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan muat diletakkan ke dalam poket baju atau seluar.

Dashing Anytime EDT dalam 4 variasi
Dashing Anytime EDT dalam 4 variasi
Saiz Kecik Tapi Power
Saiz kecil dengan isipadu 18ml Tapi Power

DASHING Anytime EDT ada empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

Cool

Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

Dashing Anytime EDT Active & Cool
Dashing Anytime EDT Active & Cool

Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden. Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

Dashing Anytime EDT Hattrick & Ultimate Kick Pack & Unit Box
Dashing Anytime EDT Hattrick & Ultimate Kick Pack & Unit Box

Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Pek Menarik
Pek ini mampu bertahan sehingga sebulan…

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.”

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki – iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Bersaiz kecil mudah untuk disimpan di dalam poket
Bersaiz kecil mudah untuk disimpan di dalam poket – bila perlu keluarkan dan sembur…

Naz memang kuat berpeluh dan rasa tidak selesa jika berada dekat dengan rakan-rakan. Ya lah takut mereka kurang selesa dengan bauan peluh. Sekarang hanya perlu keluarkan Dashing Anytime EDT dari poket dan sembur.

Daris nak Dashing Anytime EDT
Daris nak Dashing Anytime EDT variasi Hattrick sama dengan deodorant body spray dia…

Bila tunjuk pek baru Dashing Anytime EDT ini kepada anak lelaki Naz, dia terus minta satu untuk di bawa ke sekolah. Maklumla budak-budak lagi kuat berpeluh disebabkan asyik berlari sahaja.

Dashing Anytime EDT Range RM7
Dashing Anytime EDT berharga RM7 (18ml) untuk setiap wangian…

Oh ya sebelum terlupa, pek ini dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.

Sekarang tak perlu risau dan boleh berwangian ke mana sahaja dengan Dashing Anytime EDT!

 

Untuk maklumat lanjut tentang Dashing dan produk mereka, anda boleh ikuti Dashing di…

Facebook: www.facebook.com/Dashing.MY
Instagram: www.instagram.com/Dashing_MY
Website: www.dashing.com.my

 

 

Tentang WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama keseluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain

Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.

8 thoughts on “Dashing Anytime EDT Mewangikan Anda Di Mana Saja

  1. Mmg best Dashing anytime EDT ni sbb mudah dibawa ke mana2, wangi sentiasa. Klu jumpa lepas ni kita teka masing2 guna variasi wangian Dashing anytime EDT yg mana hihii 🙂 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *