Dato’ Sri Siti Nurhaliza umum peraduan eksklusif untuk pelanggan Go Shop

Dato' Sri Siti Nurhaliza ketika mempromosikan peralatan memasak Vantage

Dato’ Sri Siti Nurhaliza umum peraduan eksklusif Go Shop | Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil mengendalikan program siaran langsung Go Shop selama 2 jam (saluran 118/ saluran 120), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan HELLO (saluran 110) untuk melancarkan koleksi peralatan memasak ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro pada 6 Januari di Astro Bukit Jalil.

Dato' Sri Siti Nurhaliza menyediakan masakan kegemaran beliau sambil diperhatikan oleh Chef Kamarul
Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyediakan masakan kegemaran beliau sambil diperhatikan oleh Chef Kamarul

Program siaran langsung tersebut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018. Semasa program berlangsung, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.

Dato' Sri Siti Nurhaliza mempersembahkan tiga buah lagi di showcase istimewa bersama Go Shop
Dato’ Sri Siti Nurhaliza mempersembahkan tiga buah lagi di showcase istimewa bersama Go Shop

Menariknya lagi, ia merupakan program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama disiarkan yang mana pada masa yang sama turut berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di Go Shop sepanjang 2 jam masa bersiaran! Jualan tersebut melebihi 7 kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan!

Di samping itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’. Terdapat pelbagai peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam ukiran laser.

Dato' Sri Siti Nurhaliza ditemui di sesi showcase istimewa bersama Go Shop
Dato’ Sri Siti Nurhaliza ditemui di sesi showcase istimewa bersama Go Shop

Untuk menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour?

  1. Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 – 17 Feb 2019.
  2. Jadilah 3 pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM 710.00 ke konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour.
  3. Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila layari: bit.ly/DSCTxConcert

Program siaran langsung Dato’ Sri Siti Nurhaliza selama 2 jam turut memperkenalkan 3 set Alat Memasak Tahan Lekat Edisi Terhad. Produk tersebut adalah ‘Vantage Siti Jumbo Pot’, ‘Vantage Siti Magic Pan’ dan ‘Vantage 3 in 1 Cookware’ yang diukir nama dan tandatangan Dato ‘Sri Siti Nurhaliza dengan laser. Produk ini boleh didapati secara eksklusif di Go Shop dengan harga yang sangat murah beserta hadiah percuma bernilai sehingga RM 270.00 bagi sebarang pembelian produk terpilih.

Vantage 3 in 1 Cookware
Vantage 3 in 1 Cookware

Koleksi khas ini hanya tersedia untuk masa yang terhad. Jangan terlepas tawaran eksklusif oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Go Shop ini. Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayari www.goshop.com.my atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan. Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop.


About Go Shop

Go Shop, a multi-platform 24-hour lifestyle shopping destination in Malaysia where products and services are demonstrated, promoted and sold on multiple platforms including Astro (Channel 120, 118 and 303), NJOI Prepaid, Astro Go, NJOI NOW as well as online (www.goshop.com.my) and on mobile applications via Apple Store and the Google Play Store offering an anytime-anywhere retail experience. Go Shop offers an exciting array of electrical, electronic, home, kitchen, fitness, beauty, fashion accessories and other products.

Leave a Reply